|
rindu ku bnyak
sekali
rindu bukan sedikit saja
banyak
rindu besar sekali
kerana aku rindu |
|
|
|
|
|
|
alisa This user has been deleted
|
Hendak mati rasa-rasanya
Air ditelan terasa duri
Orang dirindu tak kemana
Ada disisi setia menanti
Perlu ke luah rasa cinta
Perlu ke luah rasa rindu
Andai kau telah tahu
Aku kan menjadi milikmu |
|
|
|
|
|
|
|
malam siang asyik merindu
bayangan sepi melanda diri
kerana rindu kuturutkan hari
menjadi penghibur dikala sunyi |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukanlah pencinta
kepada seorang kekasih
namun aku jua pencinta
pencinta pada Pencipta
namun...aku hanyalah manusia biasa
tidak pernah lari dari mencinta
dan dicinta oleh seorang kekasih
aku juga sedar
cintaku pada Pencipta bukanlah
sekukuh pada pencinta
dan...perlukah aku pada pencinta? |
|
|
|
|
|
|
|
gelap malam tanpa bintang
membawa tanda hari nak hujan
hatiku sayu bkn kepalang
tanda rindu pada mu tuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sayang mak inang asyik menampi
puteri membaca kitab ramalan
siang terkenang malam termimpi
wajahmu berkaca dalam khayalan |
|
|
|
|
|
|
|
petik kecapi di anjung istana
Puteri Habsah sedang beradu
ketika sepi mencengkam suasana
jiwaku resah diserang rindu. |
|
|
|
|
|
|
|
tangkul dijemur pukat disirat
tali jala hendak diramu
tuan di timur hamba di barat
entah bila dapat bertemu. |
|
|
|
|
|
|
|
jalinan kasihku bukan sejengkal
dalamnya rasa tak dapat dijangkaui
kerna jarak yg tak dpt disangkal
sanggup lautan kerinduan ini ku harungi |
|
|
|
|
|
|
|
ke pulau tuba membawa kapak
mencari pegaga ketika rembang
andainya hamba ada berkepak
sekarang juga rasa nak terbang. |
|
|
|
|
|
|
|
dikala malam tidur tak lena
dikala siang mata terkulat
usahlah merindu sejeruk rasa
kuatiri menjadi dendam kesumat |
|
|
|
|
|
|
|
lalang tumbuh ditepi kundur
orang dapur membasuh kuali
lupa hanya waktu tidur
bangun tidur ingat kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
di sebalik kehidupan ini....
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Orang yang membujang adalah orang yang belum
menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup
dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian
diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah
dia masuk ke liang kubur.
Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana
perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan
seorang lelaki.
Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan
segala-galanya.
Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan
sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya,
maka dia telah menjual kemerdekaannya.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis
dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila
ia menginginkan sesuatu.
Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak
mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut
sampai saat dia berkhawin.
Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa
didampingi oleh isteri yang mulia.
Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula
pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam
pada ucapan suaminya.
Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di
dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap
bulan tanpa henti.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,
yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan
kecantikan.
Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah
jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua
lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan
perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan
berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan
isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita
yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah
kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
.
Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami
meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia
berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi Sajak & Puisi bahasa Melayu
salam all,
saya mohon agar segala sajak & puisi yg anda semua hasilkan dapat dikumpulkan setempat, supaya nanti senang forumners nak belek |
|
|
|
|
|
|
|
.:: Hati Sepi... ::.
Di manakah ia kekuatan
Yang hadir bersama keyakinan
Sudah jenuh kah ia bertandang
Menjenguk hati nan sepi
Sedangkan impian ini seluas lautan
Perlukan semangat nan kental
Kesabaran nan utuh
Hati yang keliru kian mendamba..
Sebuah keazaman nan tekad
Yang masih samar diuliti gemawan kelam..
Sepi..dari keindahan pelangi
Yang datang dari semangat yang jati
Mampukah suatu tika nanti
Mimpi bukan sekadar mainan
Impian bukan sekadar igauan
Mampukan bahagia itu ku miliki..
Sedangkan di lubuk hati..
Sedetik rasa
Masih tersarang keraguan
Namun, kerana kesepian hati inilah,
aku mampu mengumpul kekuatan,
Agar segala impian itu,
mampu ku kaut satu persatu,
Sejauh mana pun ia di angkasa nan luas,
Akan ku petik satu persatu,
Mengungkai rasa ragu yang membelenggu,
Berbekalkan doa pada yang Esa,
Akan ku redah onak dan duri,
Mencapai impian nan abadi,
Yang telah kutanam dan sirami
Utuh di dalam jiwa..
Kesepian hati ini,
Akan ku hiasi,
Dengan keindahan sebuah kejayaan,
Yang ku pastikan ia,
Menjadi milik ku yang terindah.. |
|
|
|
|
|
|
|
.:: Hati insan biasa ::.
hatiku resah
rasa jiwa dipuput gelora menyinga
hatiku luluh dipagut rasa amarah yg meronta
aku ingin lari tapi tiada arah
aku ingin bebas tapi tiada kuncinya
mana haluanku itu
mana lorong kosong itu
aku ingin sendiri tapi bayang hitam mengekoriku
aku ingin berteman tapi sepi setia bersamaku
bila gelodak jiwa akan reda
bila harusku nanti saat itu
adakah harus aku mencari
atau haruskah aku terus menunggu
hingga bayang itu lenyap
hingga sepi itu berlalu
lalu aku sedar dari lena
dan kumulakan langkah pertamaku
demi diri ini.........insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
Sepi semalam
menjadi kenangan hari ini
igauan bersama si dia
kembali mengusik kalbu hati
memori semalam
yang bisa ku rungkaikan
menjadi kenangan nan sepi |
|
|
|
|
|
|
|
ingat krmbali waktu bangun
waktu tidur lupa kembali
kalau macam ni hidup ini
seksa merana setiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
hilir natal mudik batahan
hanyutlah bemban dengan uratnya
haus lapar boleh ditahan
hati rindu apa ubatnya |
|
|
|
|
|
|
|
SUdah tiadakah lagi....
sudah tiadakah lagi kegembiraan di dunia ini...
hingga kau begitu taksub pada kesedihan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|