CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

Split : Koleksi Sajak Terpilih

 Close [Copy link]
Post time 9-7-2004 02:17 PM | Show all posts
Bee
besh signature ko
Time is too slow for those who wait,
too swift for those who fear,
too long for those who grieve,
too short for those who rejoice,
but for those who love, time is eternity
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2004 04:53 PM | Show all posts
desah nafasmu bagai nafas gelombang samudera
dalam pelukanku, kadang ada hujan di mata
masih aku kenali, bagaimana aku memeta
seluruh peta tubuhmu seperti sebuah bahtera
seakan bulan mengambang dalam perkasihan kita

bahasa nafsumu masih bagai taufan senja
mengendap dalam buku ingatanku, dijejak rasa
aku tiba-tiba menjadi musuh kekacauan makna
dan cuba membunuh kebisuan di wajahmu renta
kau kali berkali meraung rindu menenun buih derita

tatkala kau ganas mencabik-cabik ilu mimpiku
aku pecahkan puing-puing kekusutan akalku
dengan cintamu sejak masa kecil kita, kau malu
terhadap bayanganku menggelinjang, dan kau
menggelimang dengan resipi aroma setia cintamu

kelak, seperti ombak, aku masih mencintaimu
persis pantai hingga ke kaki ufuk kerinduanku
jerit-jerit akalku yang berserabut dengan leteranmu
lalu menjelma puisi demi puisi dari rumah kalbu
inilah puisi merakam ingatanku di hari ulangtahunmu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2004 04:54 PM | Show all posts
Alkisahnya aku, tentang diriku
lantaran cinta menjadi buta, lupa
fikiran melayang, diri tak tenteram
ingin diluah tak terluah
sayangkan dia tak terkira
yang rugi - aku, yang - untung dia
angan dipasang rupanya sia - sia
hanya nasib jadi taruhan
rahsia hati dia yang tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2004 04:56 PM | Show all posts
Sunyi…
hanya suara unggas pulang petang
deru angin…gemalai
suria sudah menunduk diri
rangbulan menjenggah-jenggah

aku…
masih di serambi rindu
memetik keluh-kesah dalam hati
menerawang ke alam ingatan
muka tabir segala kenangan

tiba-tiba…
tersedar aku dari lamunan panjang
masih bersisa rasa kesal,rasa ralat
kerana ada soalan tak berjawap
“abang sayang siapa ek?”
aku tersenyum dalam kelat

kau…
masih ku sayang
tetap ku cinta
selagi hela nafas ini berterusan
selagi aku bisa menghitung detik waktu
janganlah kau ragu
cintaku tetap satu…kekal padamu

sayang…
azan sudah berkumandang
mentari sudah jauh melangkah pergi
kenangan pun sudah lama melambai
aku masih di serambi rindu
menanti hadirmu kasih
kerna pepohon cinta kita telah berbunga mekar
pintu halamannya pula telah aku buka
pulanglah dikau
kan ku belai kasihmu
kan ku abadikannya
di serambi rindu ini…
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2004 04:57 PM | Show all posts
Dalam erti kedewasan
ku lalui dengan liku-liku hidup
pelbagai ragam yang ku temui
tiada apa yang dapat ku cari

dalam erti kata sebenar
mencari dan memiliki
adalah limrah hidup di dunia

jika ada yang berjaya
pasti ada yang gagal
jika ada yang ceria
pasti ada yang sedih
jika ada yang gembira
pasti ada yang kecewa

hidup di dunia ini hanya seketika
gembira dan kecewa hanya sementara
tamak haloba pelbagai rupa
yang kaya terseksa...
yang miskin bergembira..

itulah dunia dalam
erti kata sebenar...
dunia,..dunia,...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2004 09:18 PM | Show all posts
aku membuka selak pintu
menjejakkan kaki keluar
melihat porch ayahku yang kosong
aku menjerit bertanyakan
ke mana perginya ayahku
ohh...bersama rakannya sambil dinner
aku membuat beberapa langkah
memijak pavor rumahku yang panas
diwaktu malam menyegarkanku
aku tersenyum sambil mendongak
dongakan yang langsung ke langit biru hitam
dipenuhi bintang yag agak kabur dan kecil
kecil dipandangan aku
ku mencari-cari dimanakah bintang yang paling terang
semuanya sama sinarnya
tiada kurang tiada lebih
aku termanggu di dalam keadaan separa gelap
aku lihat lagi bintang itu
yang membezakan mereka
hanyalah jarak dan saiz
warnanya sama sahaja
dan terusku berfikir
bintang umpama manusia
namun...bintang berkerjasama dalam gelap
memberi cahayanya yang lembut
tetapi manusia? penuh dengan kebencian
dan kejijikan
ahhh...manusia yang menzalimi diri mereka
manusia yang dibenci Allah
biarkan mereka dengan caranya
bukanlah kita penghukum mereka
apa yang boleh kita lakukan
mengubah dengan hati
walaupun selemah-lemah iman adalah
mengubah dengan hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2004 03:55 AM | Show all posts
Sajak : Pasrah



Sepi malam ini
Bagai menyingkap tabir kehidupan
Dingin bayu mendamaikan
Lantaran hatiku berbisik
Terkenangkan nikmat kurniaan Ilahi


Aku pasrah
Tatkala mengimbau memori silam
Diriku terpedaya dengan kemilau dunia
Dibuai tipu daya hidup yang penuh kepalsuan
Ingin kugapai pelangi yang jauh di mata
Ingin kunikmati segala kemewahan duniawi
Lalu diriku alpa
Akan hakikat kita ini hambaNya

Kini kusedar dari lamunan
Lantas kupanjatkan keampunan dariMu
Mengharapkan sejuta rahmat Ilahi
Moga terhapus dosa silamku
Agar Nur hidayahMu
Hadir dalam diriku
Bak cahaya yang menyinari gelita
Rinduku hadir mengharap kasih dan redhaMu
Moga sisa hidupku ini dihujani limpahan rahmatMu

Sesungguhnya aku insan lemah lagi kerdil
Nyata tidak berdaya
Kini kumenginsafi diri
Hanya padamu Allah
Kudambakan kasih sayangMu
Yang tidak bertepi
Moga kasihMu bertakhta dalam naluri.
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
Post time 20-7-2004 08:53 AM | Show all posts
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana..
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..



RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2004 03:31 PM | Show all posts
PENGEMIS

dari tubuhnya
merangkak kehidupan
bagai seekor siput
mencari sehelai daun.

dari peluhnya
terpercik harapan
bagai sekelopak bunga
menanti fajar pagi.

dari keluhnya
terkumpul debaran
bagai gemuruh jeram
menangisi kabut hutan.

dalam matanya
berkocak keharuan
bagai perahu tua
kematian angin.

dalam suaranya
mengalir kesedihan
bagai anak sungai
kehilangan muara.

dalam dadanya
menetes kesalan
bagai mendung hitam
ketibaan hujan.


:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 03:59 PM | Show all posts

Kau Dan Aku Ada Sesuatu

Antara kita ada sesuatu...
perasaan yang sukar diungkapkan
mahu kuluahkan terasa malu
ibarat tiada kata-kata
mampu membentuk bait ayat terindah
sepertimana aku dambakan

nukilan puisiku tiada lagi arah
ia juga turut mengalah
pada ketandusan kata-kata

aku pun tersentak
terasa ada sesuatu menyentap
sejak kehadiran kau

kau buat aku termangu
terpukau tanpa kata
ada sesuatu antara kita
aku dapat merasakan
isyarat itu terlalu kuat
tapi kau dan aku
tetap berlagak biasa
seolah tiada sesuatu antara kita
kau tersenyum..aku tersenyum
namun sesuatu itu tetap melingkari
antara kau dan aku sama-sama malu......
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 04:00 PM | Show all posts

Jangan pisahkan

Aku dan kau
terlalu lama mengenali
ibarat mengenali tapak tangan sendiri
corak dan laku sudah dapat dibaca
hingga riak muka sekilas difahami
begitu akrabnya kita!
mampukah terpisahkan???

Namun sepanjang perhubungan ini
bukan semuanya seindah pelangi
banyak waktunya kita diuji
hanya kesabaran menjadi benteng
diiringi doa dan tawakal yg tak pernah putus
cekal yg masih bertahan
harapan yg tetap ada
penantian yg terasa menyeksa
pengorbananan yg tak sudah

Badai melanda kita tetap cuba berdiri
agar cinta kita tidak dikikis
dan dugaan itu begitu dasyhat
adakalanya airmata seperti sungai alirannya
mana mungkin kita berpisah
setelah segalanya kita hadapi?

Kau dan aku tetap percaya
takdir itu bukan kita merancangnya
hanya pada Tuhan kita berserah
agar jodoh itu tetap dipihak kita

Jangan pisahkan
kasih sayang ini anugerah terindah
terasa ia lembut membelai hati
membasuh duka-duka yg sendu
membuatku tersenyum seketika
walau dalam hiba dan sayu

Jangan pisahkan
kumohon padamu Tuhan
satukan kami dalam ikatan suci
jangan biarkan kami sengsara
menanti restu yg tak kunjung tiba
moga mereka sedar
Dua jiwa ini sudah tak terpisahkan
kecuali dengan kuasa takdirMu, Tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 04:03 PM | Show all posts

Sebuah Pertanyaan

Aku tak tahu perjalanan hidupmu
terlalu setianya kau pada rahsia
apa yang kutahu
adalah apa yg kau pamerkan sekarang
waktu silammu masih selingkar rahsia
tak dapat kuteka apa yang bermain difikiranmu

Tak pernah kau bercerita
tentang sejarah hidupmu
kau enggan menjawab pertanyaan ikhlasku
membiarkan aku dengan seribu persoalan
tanpa jawapan yang pasti
aku tak berdaya mendesakmu lagi

Apa yang hanya kau luahkan
hidupmu tak seindah mimpi
perjalananmu penuh liku
kau tak mahu menoleh lagi
pada hari-hari semalam
niatmu kini hanya memandang hari esok
dan menebus kesilapan lalu
membuktikan sesuatu yang jitu

Tanpa ulasan lanjut
kau kembali membisu
setiap kali kubertanya latar hidupmu
kau hanya geleng kepala
apabila kuajukan tentang keluargamu
ada airmata bergenang
namun kau paksa dirimu bertahan
agar ia tak tumpah membasahi pipimu
penderitaan terlukis pada wajahmu
matamu terpamer kelukaan
saat itu aku tahu
kau benar-benar menyimpan rahsia
dan kau tak ingin membicarakan
walau pada sesiapa
walau pada diriku...

Kini kumengerti
aku tak akan bertanya lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 08:09 AM | Show all posts
Satu,
Tiada dalam beribu
Satu
Hanya tunggal

Satu,
Dipuja
Ditatang penuh gumbira
Menitik tidak biarkan jua

Satu,
Gambarnya beribu-ribu
Menjadi idola setiap waktu
Kaku dan terus terpaku

Satu,
Kerana kau aku disini
Kerana kau aku kemari
Kerana kau aku dicintai
Kerana kau aku dicemburui
Kerana kau aku disegani
Kerana kau aku dijahanami

Satu,
Rupa tiada bicaranya kosong
Bisu, tidak mengerti apa jua
Hanya bisa melihat dan mengangguk
Tetapi mengerti apa yang dibicara

Satu,
Kau laksana bulan
Menerangi setiap malam nan sepi
Menyuluh segenap ruang sepi tidak bercahaya
Memberi cahaya kedamaian dihati ini

Satu,
Tiada dua dan seterusnya
Bilangan yang cuma kita saja yang kira
Nombor yang tidak mewakili apa-apa
Hanya Tuhan yang Maha Bijaksana
Mengetahui apa maksudnya
Kerana Tuhan Maha Esa.......
Reply

Use magic Report

diDiEaNA This user has been deleted
Post time 13-8-2004 03:36 PM | Show all posts

JEJAK

Manusia bimbang hidup dalam kemiskinan dan kegelapan tanpa pelita
tetapi tidak bimbang jika hati mereka menjadi gelap dan mati....
Aku menangis mencari keredhaanNya...tak henti-henti mutiara jernih itu mengalir...tanpa kusedari.
Hatiku sayu...apakah masih ada ruang untukku...
Apakah masih ada waktu....
Hanya DIA mengasihaniku....
Hanya DIA mengetahui resahku....
Namun masih lagi pipiku basah menangis kerna DIA....
Hangat dan hiba
Ya Hayyum, Ya Qayyum....
Aku cuba mencintaiMu
Hatiku semakin syahdu...mengenangkan dosa yang lalu...
Ampunilah daku...dan halkum terasa payau
Manusia sekeliling tidak memahami apa yang aku lalui...
Apa yang aku rasai kini...tentang cintaku padaMu
tentang rinduku padaMu...
terlalu rindu...kurindu padaNya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059491 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list