CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: snipersnake

Himpunan kisah2 aku.

  [Copy link]
Post time 9-4-2019 12:58 PM | Show all posts
snipersnake replied at 29-3-2019 10:14 AM
sorry lama tak menulis. Dah settle BOD meeting baru aku lapang skit.

Ali

mcm nk sama kes bdk ni

https://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1154984&extra=page%3D1



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2019 05:52 PM | Show all posts
Dobi Puaka.

Malam tu John dah tau dia kena game. Balik rumah, mesin basuh rosak. Adat la beranak kecik nih, berlambak baju nak kena basuh. Esok ada futsal, so nak tak nak dia kena basuh dan keringkan baju malam tuh gak. Balik opis dah la lambat, nak kena mendobi pulak. Jam tepat pukul 1am. Dipunggah segala baju, diletak dalam bakul, terus ke pusat dobi terdekat sebelah kondonya.

Sampai kat sana, dia nampak ada dua org tgh mendobi. seorang nenek, nampak stylo gak la..apa org skang cakap...cougar? haa..gitulah ..ngan sorang mcm budak perempuan late 20s kot....sampai2 je dia..nenek tuh tegur. John sebagai lelaki asia yang peramah, melayan je lah...berborak2 kecil ngan stranger tuh. sesekali john tgk budak perempuan tuh just diam je...sombongnya..kata John. Ada emas agaknya dalam mulut tuh. Nenek tuh mcm perasan, dia siap cakap, biasalah, budak2 muda skang memang kurang ajar. Lain lah yang dah berumur, pandai jaga diri. Sempat gak nenek tuh menjual. Erm. Anyways rutin yang sama, John perasan gak budak tuh mcm mengerling kea rah dia dan nenek tuh. Huh, sombong, ada hati nak usha2 kita pulak, bisik John dalam hati. Sedang dia melayan celoteh makcik tuh, dia perasan budak perempuan tuh dah siap dan terus hangkut baju dia tergesa2 masuk kereta. Bakul pon tak pakai. Kelakar. Then john perasan sesuatu, sebelum berlalu pergi, budak tuh mcm pandang dia dan bagi mcm ,,signal mata…john naik seram…ye lah..mana ada perempuan yang nak open2 mengorat lelaki mcm tuh…tgh malam pulak tuh….fuhh…berdiri gak bulu roma dia se cliché cliché nya. Masa john nak angkat baju dia ke dryer, dia perasan makcik tuh tgh lipat2 baju dia..dia pon ada tunggu load dalam washing machine dia.. banyak betul baju dia nih, fikirnya. Then, dia ternampak, machine yg makcik tuh guna, airnya merah. Mcm ada benda dalam tuh berpusing sekali…kepala orang! John terus kaget…jatuh bajunya…terus berlari ke kereta…terdengar makcik tuh ketawa kuat… dua hari john demam. Kebah je demam, dia terus swipe kad kreditnya..beli mesin basuh combo ngan dryer. Kopak 4k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2019 05:53 PM | Show all posts

eh bukan...orang lain tuh...aku org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tt alami sendiri ker...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 23-7-2019 05:52 PM
Dobi Puaka.

Malam tu John dah tau dia kena game. Balik rumah, mesin basuh rosak. Adat la beranak  ...

Nasib baik selalu pegi siang. Ngeriiiii lak bila dibayangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 11:56 AM | Show all posts
snipersnake replied at 23-7-2019 05:53 PM
eh bukan...orang lain tuh...aku org lain..

oh yekestyle penceritaan korg mcm nk sm

tp kenal kn die kt bod ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2019 12:22 PM | Show all posts
snipersnake replied at 23-7-2019 05:52 PM
Dobi Puaka.

Malam tu John dah tau dia kena game. Balik rumah, mesin basuh rosak. Adat la beranak  ...

xpnh dobi sendiri di kedai




Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 01:48 PM | Show all posts
Best2 citer tt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 04:22 AM
Hingga Hujung Nyawa
Borhan dah mengantuk sangat. Mata dah berair. Tapi nak tak nak cargo nih kena s ...

yg ni citer betul ke?.. sgt sedih mengenang perasan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 10:34 AM | Show all posts
ada lag ke tt. citer semua best2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tt bercerita. Share lagi tt. Best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2020 12:06 PM | Show all posts
erm, sorry la lama aku busy. ada satu cerita aku dengar dari member askar abah aku.

Kerinduan Din

Resam orang masuk askar, hati kena kental. Semangat kena kuat. Dalaman pun kalau boleh berisi.

Din nih kata abah aku, antara pegawai yang otai la. Ada juga dia try komando punya selection, gagal.

Tapi orangnya kental, hatinya kuat dan murah senyum.

Asalnya Taiping, anak isteri duk sekali kat Sunggala.

Anyways kisah nih, dia cerita kata abah aku. Jadi masa zaman komunis dulu. Kat hutan area Gerik.

Komunis nih satu perangai, depa suka tangkap anggota kita lepas tuh ikat kat pokok. Depa belasah separuh mati, lepas tuh depa jadikkan umpan untuk ambush anggota kita. Silap langkah, mmg kita kena tembak, yelah, nak selamatkan member kan.

Din kata dia ngan platun dia meronda masa tu. Masa berehat, dia pi la kebelakang sat nak kencing dan isap rokok. Lepas dia kencing, dia nyalakan Camel dia. Berasap. Sesekali dengar bunyik wak wak memecah hening senja.

Tiba2, dia terdengar suara. Dia terus unlock safety senjata dia, cuba mencari sumber suara tuh. Merintih2 sayu je dia kata. Dia mcm terpukau, terus perlahan2 dia tinggalkan platun dia, jejak suara tuh.  Dalam sekilo berjalan dalam hutan, dia dapat rasakan yang suara tuh hanya di sebalik pokok depan dia, kira2 100 meter. Masa dia menyelinap, dia ternampak seorang anggota yang keadaannya teruk dibelasah. Mata lebam, tangan dan kakinya dipotong bersilang. Bau darah hanyir sangat kuat. Dia tetap dalam semak sebab takut di ambush komunis. Merayu2 kawan tu mintak tolong. Tapi, Din cukup kenal budak2 yang kena posting kat Gerik tuh, dia tak pernah nampak mamat nih.

“Din, abang Din, tolong saya bang. Sakit sangat nih bang” rayunya.

Din tetap senyap, perlahan2 dia asses Kawasan dan keadaan.

“Abang Din, saya je nih bang, takdak org lain. Tolong saya bang. Depa dah tak dak, tolong bang, buat apa abang menyorok dalam semak tuh, sakit bang” dia merayu lagi.

Din terkejut, mana mamat tuh kenal dan tau dia menyorok dalam semak? Dia dah rasa semacam. Dia merancang nak patah balik. Perlahan2 dia pusingkan badan, tiba2 dia terdengar lagik rayuan. Kali ini, kalinya terpaku. Dia bangkit dari posisinya. Perlahan2 air matanya mengalir.

“Din, Din tak sayang emak ke Din? Mari lah sini anak mak Shahbudin. Lama kita tak jumpa ye nak? Marilah nak. Mak tunggu Din nih.”

“Mak,” kata Din. Rindunya dia pada emaknya. Dah 10 tahun tak berjumpa. Dia perlahan2 berjalan ke arahnya. Dia nampak sendiri, mamat tuh sekarang, merayu tapi yang keluar suara arwah mak dia.

“Mari dekat sini anak emak, rindunya pada Din.” Katanya lagi.

Masa tuh Din dah tak hirau dah akan ambush komunis. Dia melangkah perlahan2. Mamat yang terikat tu katanya senyum je.

Mamat tuh terus hulurkan tangannya yang reput tuh, harap disambut. Tiba2 Din tersedar, sebab tadi mamat tuh terikat. Istighfar Panjang dia.

Mamat tuh meluru laju ke arahnya. Din kata masa tuh, dia rasa nak pengsan. Dia terus bertakbir dan melaungkan azan.

Benda tuh berhenti sambil ketawa2, mencarut dan memaki Din, tapi masih menggunakan suara emaknya. Din teruskan membaca ayat qursi dan masa dia hembus, dia nampak benda tuh mcm bola api terbang meninggalkan tempat tuh. Selepas tuh, Din kata dia tak boleh berdiri, lututnya lemah dia terduduk.

Tak lama lepas tuh, dia rasa mukanya basah. Rupanya Ahmad, mcm platun tuh punya ustaz la, membasahkan muka dia ngan air. Dah semalaman platuh dia carik dia, tak berjumpa. Rupanya Din berjalan lebih 10 km ke dalam. Nasib baik ada anggota orang asal dalam platun mereka yg handal menjejak. Itu pon dia kata dah berapa kali lalu situ tak nampak pun Din. Pelan2 Din dipapah, dan dia perasan kat pokok yang benda tuh ‘terikat’, bergelimpangan mayat komunis yang mcm di gigit2. Agaknya kalau dia sambut tangan benda tuh, dia pon sama sekali. Hantu hutan rasanya, memang makan org. selalu menjadi penghalang nenek moyang kita nak bukak kampung dalam hutan, atau nak bukak kebun. memang dia mintak korban.

Skang nih katanya Din dah pindah ke Sabah ikut anaknya menetap di sana.
Kalau ada masa, aku ingat balik cerita2 lain dan taip lagik. babai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 02:39 PM | Show all posts
nice one TT. hopefully, more to come...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa tt takde citer lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 11:39 AM
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat
Aku anak sulong. So lepas grad je, aku takder luxury nak lepak2 ...

La..tak sedar ada pencerita yg sama hebat dgn dammerung dlm bod ni.. teruskan cerita baru tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2022 01:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama aku tak tulis. Banyak sangat hal berlaku. Kerja pun banyak. Tapi not complaining. Lebih baik penat kerja dari penat takdak kerja.

Anyways, aku nak berkongsi satu cerita. Ringkas je. Ini cerita aku sendiri. Masa sekolah menengah

Aku duduk kat sebuah asrama masa aku sekolah menengah dulu. Asrama nih asrama yayasan negeri, bukan asrama kat sekolah, walaupun sekolah aku ada je asrama tu.
Asrama aku nih, kami campur sekolah macam-macam. Tapi lelaki je lah. Lokasinya di kampung Pandan, la nih dah jadik abandoned, sedih tengok. Anyways benda nih jadi masa aku form 4, 1996.

form 4 kan ke kita punya zaman enjoy. Baharu lepas PMR, chill2 sebab SPM tahun depannya. So sekolah banyak ponteng, malam2 fly (lompat pagar asrama pi merayau) sana sini haha.
Ada satu ketika tu, aku ngan kawan baik aku sampai la nih, kami nak fly. dalam pukul 11pm rasanya. Niat di hati nak pi gerai nasik goreng akak pondan kat kampung pandan. tempat nak fly tuh kena lalu pagar belakang asrama.
malam tuh, hujan renyai. sebalik pagar tuh pulak, ada kuil hindu. that means each time nak fly, kami kena lalu kuil hindu tuh lah.
sebelum jumpa pagar tuh, ada barisan kelas prep untuk budak2 study. Opposite kelas prep tuh, ada shack tukang kebun simpan segala tools dia. mcm rumah kecik je. selalu masa gotong royong budak2 buat port isap rokok situ. aku tak isap, mak aku marah. sampai la nih..haha! okay sambung,  kami perasan masa tu, ada la budak2 form 3 tgh study nak pmr. poyo, kata kami haha. kami tak amik port and kami pun teruskan niat kami untuk fly ke kedai nasik goreng akak pondan mengisi perut yang kosong.

lepas tu kami balik dalam pukul 1 pagi, kami pelan2 la kopek pagar tuh nak masuk balik. ye lah, perut dah kenyang, hati dah happy, so apa lagi nak buat kan? tidor lah haha!

kami berlalu kat kelas2 prep tadik , maseh ada budak2 form 3 tgh study. eleh, esok depa pun ponteng sekolah juga. tak usah poyo lah haha!
so kami dapat idea, kami jalan terbongkok2 bawah tingkap, depa tak nampak. kami perasan ada 2 kelas. keat kelas pertama, kami menyelinap kat dinding tu, kami buat bunyi perepuan mengilai. kami dengar bunyik tapak selipar, dan jeritan budak2 tuh lari terpekik hantu hantu naik ke dorm...kami punya ketawa ahhaahaha! siap ada sorang tuh terjatuh2 berlari juga.

then kami bergerak lagi, kelas depan skit tu, kami perasa sorang je budak form three. bila tgk, oh, depa punya kepala. future hostel captain la nih. kami buat modus operadi yang sama, mengilai2 sambil kali nih kami ketuk cermin tingkap. kami dengar kerusi ditarik, dan mamat tuh terus laungkan azan. wah berani, kata kami. lepas tuh kami dengar dia kemas buku dan berlalu pergi..sekali lagi kami ketawa...kami duduk jap tepi kelas prep tuh mengadap tukang kebun punya shack tuh. sambil member aku light sebatang, aku perasa atas bumbung shack tu mcm ada orang berdiri tegak.
aku tanya member aku kalau dia nampak, dia kata dia nampak. nampak mcm ada lembaga hitam, berdiri tegak atas atap tuh. aku dah rasa lain macam. then aku nampak, pelan2 mata dia bertukar merah menyala...dan dia bukak mulut nampak gigi taring panjang...kami dah mcm terpaku kat situ..dia bukak mulut, dan keluarlah suara mengilai2 dari mulutnya, the thing was, suara tuh suara yang kami buat tadi...aku tarik bahu member aku sambil menjerit HANNNTUUUUUUU lari naik dorm. mcm tuh kami tido peluk quran. esok kami naik van asrama pi klinik, demam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Best3 cerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 11:54 AM | Show all posts
snipersnake replied at 13-3-2019 12:22 PM
Hingga Hujung Nyawa
Borhan dah mengantuk sangat. Mata dah berair. Tapi nak tak nak cargo nih kena sa ...

apa ending dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 01:49 PM | Show all posts
snipersnake replied at 11-10-2022 01:07 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama aku tak tulis. Banyak sangat hal berlaku. Kerja pu ...

kagum aku masih lagi ingat password login forum cari ni n bleh update cerita..
kelakar cerita ni.. sesuai dipadankan muka.. tapi mesti seram menggigil masa tu kan? sampai demam2.. horror betul..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2024 01:55 PM | Show all posts
erm, ada lagik yek thread aku nih. nanti aku update lagik. tgh susun2 ayat ni. harap korang semua sohat2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070802 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list