Di Malaysia, terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi. Malah banyak taman tema yang disediakan untuk mengisi masa percutian. Jika ingin pergi ke tempat yang mendamaikan dan jauh dari kesesakan, jadi inilah tempat yang sesuai dikunjungi. Sesiapa yang pencinta alam sekitar, berkunjunglah ke Borneo Highland Resort.
Foto Youtube
Di Sarawak pula, Borneo Highland adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Ianya terletak di Jalan Puncak Borneo di Kuching Sarawak. Kira-kira 70km dari Bandar Kuching. Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan tanah tinggi amat sesuai dijadikan tempat pelancongan yang popular.
Ditambah pula dengan alam semulajadi yang jauh dari Bandar dan mendamaikan jiwa.
Tempat ini kira-kira 1000 meter dari aras laut. Kawasan ini diliputi oleh hutan hujan antara yang tertua dan kedua besar di dunia. Flora dan faunanya masih kekal dan tidak terusik oleh pencemaran dan pembalakan. Terdapat spesis hidupan liar di situ jarang ditemui di tempat lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Foto: sarawak.attractionsinmalaysia.com
Di situ terdapat sebuah resort yang cantik iaitu Borneo Highland Resort. Resort ini mempunyai pemandangan yang menarik dan boleh menghirup udara yang segar.
Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya:
1. Golf - The Hornbill Golf Course yang dipanggil 'Golfing in the clouds' yang mempunyai 18-hole (par 72)
2. Spa - Jungle Spa bagi yang meminati kecantikan dan menenangkan tubuh badan.
3. Berkelah - Terdapat sebuah sungai yang jernih mengalir dan disediakan tempat beriadah.
4. Jungle Track - Bagi yang suka suasana di dalam hutan.
Sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan mempelajarinya, datanglah ke tempat ini. Pengunjung yang datang ke sini dihadkan untuk menjamin keselesaan dan privasi para pengunjung yang menginginkan ketenangan.
Resort ini hanya mempunyai 30 bilik di Clubhouse dan 10 bilik Chalet yang berada di hutan.
Jika ada kesempatan atau ingin percutian yang privasi, datanglah ke tempat ini. Jauh dari kesesakan, boleh menghilangkan beban perasaan, beban pekerjaan dan sebagainya. Pasti anda akan berpuas hati jika berada di tempat seperti syurga dunia ini.
Seperti Slogannya... BACK TO NATURE, BACK TO BASICS. - CARI
|