CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4995|Reply: 10

Mengapa Borneo Highland Antara Tempat Tercantik Di Malaysia? Ini Sebabnya..

[Copy link]
Post time 13-3-2019 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Di Malaysia, terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi. Malah banyak taman tema yang disediakan untuk mengisi masa percutian. Jika ingin pergi ke tempat yang mendamaikan dan jauh dari kesesakan, jadi inilah tempat yang sesuai dikunjungi. Sesiapa yang pencinta alam sekitar, berkunjunglah ke Borneo Highland Resort.




Foto Youtube




Di Sarawak pula, Borneo Highland adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.  Ianya terletak di Jalan Puncak Borneo di Kuching Sarawak. Kira-kira 70km dari Bandar Kuching. Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan tanah tinggi amat sesuai dijadikan tempat pelancongan yang popular.



Ditambah pula dengan alam semulajadi yang jauh dari Bandar dan mendamaikan jiwa.



Tempat ini kira-kira 1000 meter dari aras laut. Kawasan ini diliputi oleh hutan hujan antara yang tertua dan kedua besar di dunia. Flora dan faunanya masih kekal dan tidak terusik oleh pencemaran dan pembalakan. Terdapat spesis hidupan liar di situ jarang ditemui di tempat lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.





Foto: sarawak.attractionsinmalaysia.com



Di situ terdapat sebuah resort yang cantik iaitu Borneo Highland Resort. Resort ini mempunyai pemandangan yang menarik dan boleh menghirup udara yang segar.

Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya:

1. Golf - The Hornbill Golf Course yang dipanggil 'Golfing in the clouds' yang mempunyai 18-hole (par 72)

2. Spa - Jungle Spa bagi yang meminati kecantikan dan menenangkan tubuh badan.

3. Berkelah - Terdapat sebuah sungai yang jernih mengalir dan disediakan tempat beriadah.

4. Jungle Track - Bagi yang suka suasana di dalam hutan.



            



Sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan mempelajarinya, datanglah ke tempat ini. Pengunjung yang datang ke sini dihadkan untuk menjamin keselesaan dan privasi para pengunjung yang menginginkan ketenangan.



Resort ini hanya mempunyai 30 bilik di Clubhouse dan 10 bilik Chalet yang berada di hutan.





Foto: Sarawak Tourism



Jika ada kesempatan atau ingin percutian yang privasi, datanglah ke tempat ini. Jauh dari kesesakan, boleh menghilangkan beban perasaan, beban pekerjaan dan sebagainya. Pasti anda akan berpuas hati jika berada di tempat seperti syurga dunia ini.



Seperti Slogannya... BACK TO NATURE, BACK TO BASICS. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 04:51 PM | Show all posts
wish to be here
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 02:49 PM | Show all posts
mcm best je sbb ada jungle trekking
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:01 PM | Show all posts
best ni, sejuk ja bila tengok gamba
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya ada jungle spa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols penahh sampaii sini. Bestt lah. Selalunya org naik sebab nk pergi puncak dia yg bersempadan dengan kalimantan. Mmg sejukk. Pukul 1 tghri pun still sejuk. Rate bilik boleh thn gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya, nk pi la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 06:53 AM | Show all posts
sungguh mendamaikan tempat ni. bercuti dalam negara pun apa kurangnya kan.



https://www.malaysiatravelforum. ... s-of-malaysia/sabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2019 01:56 PM | Show all posts
mesti best & sejuk tmpat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 03:49 PM | Show all posts
boleh masuk dalam wishlist
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 05:38 PM | Show all posts
tq bagi info ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080610 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list