CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3256|Reply: 8

Ditangkap Bercium Dengan Suami Khloe, BFF Kylie Jenner Memohon Maaf

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Jordyn Woods, teman baik kepada kepada Kylie Jenner yang ditangkap basah sedang bercumbuan dengan suami Khloe Kardashian, Tristan Thompson telah memohon maaf kepada keluarga itu mengatakan beliau terlalu mabuk pada malam kejadian dan tidak mempu mengawal dirinya.


Sumber TMZ memberitahu, Jordyn menangis memohon maaf kepada Kylie dan Khloe  dan mengakui tindakan bodohnya. Menurutnya, beliau sangat mabuk ketika hadir ke  majlis keluarga Kardashian dan  menyebabkannya tidak dapat mengingati apa-apa pada hari kejadian. Jordyn juga memberitahu tidak pernah tertarik kepada Tristan. Kerana tindakannya, Jordyn telah dipulaukan oleh keluarga itu dan semua sumber pencariannya selama ini termasuk menjadi model jenama mereka telah ditamatkan.


Khloe Kardashian pula telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, ahli sukan Tristan Thompson.





Kredit foto: TooFab







Menurut sumber, Tristan telah terbang ke Los Angeles untuk meraikan Hari Valentine dengan Khloe dan anak mereka, True. Walau bagaimanapun dalam satu majlis keraian yang dihadiri oleh rakan dan keluarga mereka, Tristan telah ditangkap berdua-duaan dengan Jordyn.





Kredit foto: RadarOnline







Sumber memberitahu, beberapa orang saksi ternampak Tristan dan Jordyn bercumbuan dan melaporkan kepada Khloe yang menangkap mereka berdua. Khloe dikatakan memutuskan hubungan dengan Tristan serta merta pada malam kejadian.







Kredit foto: Instagram









Sumber memberitahu Khloe tidak mahu berbaik dengan Tristan kali ini memandangkan ini bukan kali pertama beliau ditangkap curang. Sebelumnya Tristan pernah dilihat bercumbuan dengan beberapa orang wanita di sebuah kelab malam dan dirakam membawa masuk wanita ke bilik hotelnya. Lebih memedihkan, kejadian berlaku pada saat Khloe sedang sarat bertarung nyawa di hospital untuk melahirkan anak sulung mereka.







Kredit foto: Instagram









Tidak diketahui apa reaksi Kylie setakat ini tetapi Khloe dan beberapa orang rakan rapatnya seperti Malika dan Larsa Pippen yang berada di tempat kejadian mengesahkan kecurangan Tristan kali secara terbuka di laman sosmed.







Kredit foto: Instagram



Kredit foto: Instagram







Tristan pula cuba menafikan dengan memuatnaik status 'Fake News' tetapi memadam status itu seketika kemudian. Walaupun bagaimanapun, ada peminat berkata ini balasan karma kepada Khloe yang merampas Tristan daripada kekasih sebelumnya.





Kredit foto: Instagram





Semoga Khloe membuat tindakan yang sewajarnya demi kebahagiaan beliau dan anak kecilnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn kes dh beku ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha ♂♂♂
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 03:40 PM | Show all posts

baru gak la on februari aritu kan... hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetgirl replied at 14-3-2019 03:40 PM
baru gak la on februari aritu kan... hehehe

Aah.. Kira lambt la..sbb dh ad mcm2 iv dah gn si jordan tu...br cari nk kluar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:39 AM | Show all posts
obses_budak replied at 14-3-2019 05:02 PM
Aah.. Kira lambt la..sbb dh ad mcm2 iv dah gn si jordan tu...br cari nk kluar


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mcm ada terbaca kata bf dia Islam, ke aku yg tersilap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:13 AM | Show all posts
macam macam hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2019 12:07 PM | Show all posts
Kalau dah spesis penabur benih merata-rata ni tak payah la percaya lgsg. Curang tu benda biasa je pada dia, kalau tak boleh terima blah je terus dari hadap jantan gatal camni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.062541 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list