CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2966|Reply: 12

1983 Perak satu2nya negeri beraya Puasa awal sehari

[Copy link]
Post time 13-3-2019 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang ada mengalaminya, sila kongsi

Pada tahun 1983, buat julung pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Ianya berlaku pada musim akhir bulan Ramadhan dimana semua umat Islam menantikan kedatangan bulan Syawal pada tahun 1983 satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah. Jika anda orang lama, bolehkah anda kongsikan pengalaman berhari raya awal sehari itu?

Sultan Idris Shah II

Kisahnya bermula apabila beberapa kumpulan nelayan yang pulang dari menangkap ikan di laut telah terlihat anak bulan dan berita itu telah sampai ke darat dengan cepat. Dikatakan ianya diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut pada ketika itu. Namun, tiada rekod dan bukti khas untuk mengukuhkan kenyataan ini dalam menjadi permulaan kepada kisah sambutan perayaan awal sehari di negeri Perak ini.

Cerita berkenaan dengan anak bulan tersebut juga dikatakan telah sampai ke mufti dan menuurut mufti, ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku Sultan kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya. Apabila perkhabaran tersebut telah dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku Sultan, baginda terus mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak dan Johor telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri-negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei.

raya

Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan loud speaker untuk mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan pelusuk kampung. Baginda dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih. Kebiasaannya kini, apabila hari raya pertama kita akan dapat melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan sudah tidak perlu menggunakan teropong.

Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal, ia terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, penentuan bulan puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana ia sudah sudah bertahun-tahun selari dan ada dicatatkan dengan kalendar dengan kiraan yang betul. Sejak dari itu, sambutan perayaan aidilfitri tidak pernah lewat dan tidak pernah awal.

Perak Sambut Aidilfitri Awal Sehari Pada Tahun 1983

Dahulu, orang ramai akan menanti di depan televisyen atau radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor. Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992. Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.

Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 05:52 PM | Show all posts
urm sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya lahir sehari sebelum hari raya pada setahun kemudian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 10:21 AM | Show all posts
onexox97 replied at 15-3-2019 08:40 AM
Saya lahir sehari sebelum hari raya pada setahun kemudian

haa..hakak dah sekolah rendah masa ni dik..terkulat2 hari tu..dan bergaduh kat kampung tu sesama jiran..ada yg raya..pakai baju cantik melaram sambil berkilat mulut makan lemang..dan ada yg melepek masih puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

Very Meleis...itu je yg boleh dibanggakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan sepadan Perak dengan Selangor Tanjung di Malim kerana mereka yang ada di Tanjung Malim berlagak makan dan hisap rokok.

Very Meleis...itu je yg boleh dibanggakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2019 09:09 AM | Show all posts
Edited by azhartahir at 15-8-2019 04:16 PM

editedddddd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2019 10:05 AM | Show all posts
nobito replied at 24-3-2019 01:41 AM
Ada khabar cerita, ada orang hampir bergaduh pada hari raya pertama pada tahun tersebut di kawasan s ...

haa betui..dari tingkap ketingkap kat kg meols dulu..bergaduh mulut..famili meols..rilek je pose sampai sudey..jiran meols ckp meols bdosa sbb langgar perintah raja negeri??wtf??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 11:28 AM | Show all posts
ni termasuk org perak yg kerja kt negeri lain ker
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Family I dpt blk beraya thn tu...arwah abah askar...kami naik senandung mlm sehari seblm raya...subuh sampai pt buntaq depa dah raya ke 2
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa study kat UK, I beraya dgn kwn di Leeds, gelak housemates di Manchester sebb I raya lambat sehari sebb ikut masjid Leeds...bertabah ajer ler posa lebih sehari lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2019 10:36 AM | Show all posts
palmolive replied at 10-4-2019 11:28 AM
ni termasuk org perak yg kerja kt negeri lain ker

kalau dia balik beraya dikampung..termasukla..tapi kalu tak..kena tunggu pengumuman raya kat TV
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2019 10:37 AM | Show all posts
Nenolen replied at 10-4-2019 10:10 PM
Family I dpt blk beraya thn tu...arwah abah askar...kami naik senandung mlm sehari seblm raya...subu ...

hahaha..kalau ada ketupat lemang lagi..kalu dah abis..tunggu raya haji la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.692220 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list