CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5283|Reply: 20

[Pelbagai] [SYV 008] Saiz perkhidmatan awam

[Copy link]
Post time 13-3-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 13-3-2019 04:49 PM

Baru-baru ni kecoh apabila PM berkata saiz perkhidmatan awam akan dikurangkan. Berikut antara kaedah yg dikeluarkan oleh JPA.  Pd sy setiap tindakan ada pro & cons. Sebagaimana pelaksanaan sistem waktu anjal baru-baru ni. Tapi tidak terguna pakai untuk yg bekerja syif. Apa pendapat anda??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 03:29 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-3-2019 02:31 PM

                Kecil saiz penjawat awam, tidak kurangkan peluang pekerjaan            
                 Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |                                                 Mac 12, 2019 11:23 MYT                                   
            
            
                                                                                                                                                                                TUN M: Ini sekali gus akan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil kerja mereka lebih tinggi. - Astro AWANI/Shahir Omar
                           
                                                                                            KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengecilan saiz penjawat awam tidak bererti akan berlaku pengurangan peluang pekerjaan.

Beliau menegaskan Dasar Penswastaan yang dilaksanakan pada tahun 1983, merupakan satu strategi yang masih relevan pada masa kini sekaligus mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti penjawat awam.

“Kita dapati strategi ini masih relevan bagi menangani isu jumlah anggota perkhidmatan awam yang dilihat terlalu besar dan memberikan implikasi kewangan yang membebankan. Penumpuan harus diberikan kepada peningkatan produktiviti dan penggunaan sumber tenaga secara optimum.

“Ke arah ini, Kerajaan sedar bahawa apabila kita kurangkan saiz maka akan berlaku pula masalah tidak bekerja, dan ini akan menimbulkan masalah sosial. Sebab itu kita perlu bangunkan bidang pembuatan umpamanya supaya lebih ramai yang boleh berpindah daripada bekerja dengan Kerajaan kepada kerja dengan swasta.
“Ini sekaligus akan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil kerja mereka lebih tinggi daripada menjadi pegawai biasa dalam Kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanyakan apakah rasional cadangan Dr Mahathir untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Kerajaanakan memastikan mereka yang terbabit dengan pengecilan saiz penjawat awam itu akan disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain.

Ia termasuk penyediaan pelan holistik bagi menjamin transisi tersebut tidak memberi kesan kepada perjalanan atau pengurusan negara.

“Sektor awam sewajarnya memfokus kepada penyediaan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan dan tidak terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.

“Dengan perkembangan teknologi terkini, Kerajaan percaya perkhidmatan awam akan lebih produktif apabila duplikasi dapat dikurangkan, pembaziran dihapuskan, pengagihan sumber dilaksanakan dengan cekap dan guna tenaga diganti dengan penggunaan teknologi maklumat serta komputer,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:31 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-3-2019 03:13 PM

Sedia pelan holistik jika mahu kecilkan saiz perkhidmatan awam, kata ahli akademi Bernama -

February 27, 2019 8:57 PM

(Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Pelan yang holistik diperlukan jika pengecilan saiz perkhidmatan awam sedia ada perlu dilaksanakan, kata ahli akademi, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.
Beliau berkata bilangan penjawat awam yang dimiliki menjadi cerminan status kualiti kehidupan sesebuah negara terutamanya dalam hal melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
“Jika saranan itu mahu dilaksanakan, kerajaan perlu menyediakan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menjamin transisi tersebut tidak memberi kesan kepada perjalanan atau pengurusan sesebuah negara.
“Walaupun dibayar pampasan, kerajaan tetap perlu memastikan mereka yang terbabit disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini, mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, bahawa saiz 1.7 juta jumlah anggota sektor awam terlalu besar.






Raduan berpandangan saiz 1.7 juta orang itu “tidak sebesar mana” jika mengambil kira bilangan 460,000 berkhidmat dalam sektor pendidikan, serta keselamatan dan kesihatan yang masing-masing berjumlah 250,000 dan 190,000 ketika ini.
Jika mengambil kira definisi penjawat awam di negara lain yang mengecualikan 3 sektor tersebut, jumlah yang tinggal hanyalah kira-kira 900,000 orang, satu nisbah sederhana bagi sebuah negara dengan populasi 34 juta penduduk, katanya.
Raduan berkata antara perkara boleh dipertimbangkan kerajaan ialah mengoptimakan guna tenaga sedia ada di 26 kementerian dengan mengelak pertindihan kerja yang wujud di kementerian tertentu selain memanfaatkan kemajuan teknologi.


@KILL_NANCY @hibernation@fixit @NamaKuMawar @chesfa @Catpaw @mdhelmi @kuihbakar @sitisenyum @lil_honey@Foxey @matkpop@chempaka.ayu @noor2 @adila39@idakamaruddin @ipes2  @MeghanK   @Ipo @fahdramli   @intan_smsb @himun_hino @leylapple @friedfishsoup @wima @dauswq @ismaha @tari  @sapeka @cikkittydiva @bianglala @chesfa @Rumpshaker @fadhramli @ismaha @beautifulliar @shinichi @nurhumayra @sfhzuraz @babydoll @NamaKuMawar@sfhzuraz @ciksurie @akughi @matsyeh @lanesra @nerdy69 @amiraira @spankee_fili @Fantagiro79 @SirihPinang @anniez08 @BelovedTaeyeon @Farini @noor2 @farlis @mattzzx  @kerisnaga @Aardour @NaylaArisha @carly_lah  @card_reader @Magnum8 @mrizumi dan terbuka untuk sesiapa sahaja


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
entahlah.. cuma x herapa faham kenapa yg bergaji kecil yg di pertikaikan je. main decide je ke atau dah lama plan? suppose from day one. maknanya bukan siapa gov yg memerintah but d rules of concept tu kena betulkan... kesian la jugak tetiba xd keje

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 13-3-2019 05:15 PM
entahlah.. cuma x herapa faham kenapa yg bergaji kecil yg di pertikaikan je. main decide je ke atau  ...

Exactly.. Dan org gomen ni jugaklah yg jadi kecaman org2 keje private.. Ikutkan dlm sektor awam ni, gred bwh 38 & below ni lg ramai. Dasar penswastaan, ada byk agensi dh dicadangkan tp x jln2 jugak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak kecilkan skop tu, maknanya, orang atasan besar2 je yang buat kerja? Bushiitttt nya tun sekarang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by farlis at 13-3-2019 07:41 PM
chesfa replied at 13-3-2019 06:05 PM
Dia nak kecilkan skop tu, maknanya, orang atasan besar2 je yang buat kerja? Bushiitttt nya tun sekar ...


Haha..kannnn... Org bwh termasuklah officer gred 48 ke bawah ni laaa penggerak jabatan/qgensi kjaan.. Yg atas2 tambah2 ptd yg tau2 masuk admin dgn certain agensi (not all) sembang lebih ja.. Pembuat dasar & polisi tu sapa?? Mostly ptd tapi penggerak, non-ptd.. Siksa tau...

Alamak, momod @seribulan,  i lupa letak.kredit pada #jpa untuk poster tadi..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Agknya kalau aku dlm tak berkhidmat dlm sektor kritikal, ke manalah hala tuju aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 08:42 AM | Show all posts
Edited by AJ88 at 14-3-2019 08:43 AM

nak kecikkan saiz perkhidmatan penjawat awam tapi lantikan politik berlambak2. gaji masuk bukan sikit2. Jurugambar pon 5k.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
AJ88 replied at 14-3-2019 08:42 AM
nak kecikkan saiz perkhidmatan penjawat awam tapi lantikan politik berlambak2. gaji masuk bukan siki ...

Lantikan politik ni la yg kena buang.. Gaji kemain tinggi lagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan tertinggi yg tidak diisi lebih 2 tahun, akan dihapuskan. Yg penting sektor keselaamtan, kesihatan dan pendidikan selamat. Hurmmm, ramai ja penjawat awam mengular time keja especially yg sokongan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 14-3-2019 09:24 AM
Jawatan tertinggi yg tidak diisi lebih 2 tahun, akan dihapuskan. Yg penting sektor keselaamtan, kesi ...

Haa... Betoi.. Depa ni la yg kasi busuk sektor awam.. Pd hal yg kerja mati-matian pun ramai jugaaa...as usual, yg buruk ni laa yg org nmpk..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 14-3-2019 09:26 AM
Haa... Betoi.. Depa ni la yg kasi busuk sektor awam.. Pd hal yg kerja mati-matian pun ramai jugaaa ...

Yac, tu yang sebenarnya... Malas lah nak cakap, yg gred A jarang la nak pi dok kedai makan, rehat 10 x sehari, balij awai. Yg dok menjadi sgt2 ni yg staf sokong. Bukan kata 41 ke atas tu hebat, ada jugak yg biat tapi tak seramai yg sokongan. Ada ja yg x mai keja 6 bulan, sibuk buat MLM, gaji orang tak buat. Ada sampai 3 tahun tak naik gaji gara2 staf sokongan x buat gaji.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 02:26 PM | Show all posts
Tun,
1st-patut bangkang dan sekat pertambahan pegawai tugas2 khas bila kerajaan baru tukar aritu
2nd-lantikan pro bono ni sume xpatut ada dlm kerajaan baru
3rd- potong gaji dan kelayakan menteri,timbalan dan ahli parlimen
4th-baru kaji yang lain2 yang melaksanakan keje2 ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 14-3-2019 02:26 PM
Tun,
1st-patut bangkang dan sekat pertambahan pegawai tugas2 khas bila kerajaan baru tukar aritu
2 ...

Betoi, depa naik terus lantik geng2 depa.gemg yg tak tau mai dari mana. Gaji bukan murah kot. Belas2 k juga. Tapi kualiti keja habuk pun tarak. Lepas tu keluar statement ntah hape2. Belum lagi terpalit dgn isu menteri ada fake degree. Banyak juga benda tak setel. Bila kena troll asik uturn je,, aku pun dah berpinar pala, pening sbb dok uturn sgt. Tak tau mana satu betol mana satu salah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn jawatan yang tidak diisi (melebihi 2 tahun) tu dimansuhkan..dan diwujudkan jawatan baru di tempat yg lebih kritikal..

Tapi tula..nak mohon jawatan baru bukan sesenang hantar surat n terus dapat perjawatan baru..kena buat justifikasi/keperluan adanya jawatan baru tu..kadang bertahun2 mohon (setelah beberapa kali buat paper/ bengkel/ mesyuarat/ perbincangan)..baru jawatan baru diluluskan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 14-3-2019 02:26 PM
Tun,
1st-patut bangkang dan sekat pertambahan pegawai tugas2 khas bila kerajaan baru tukar aritu
2 ...

Ni la padahnya sbb calon main letak ja.. Asal boleh.. Dh menang, yg naik tadbir negara ke laut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
NamaKuMawar replied at 14-3-2019 09:40 PM
Setuju dgn jawatan yang tidak diisi (melebihi 2 tahun) tu dimansuhkan..dan diwujudkan jawatan baru d ...

Polisi jpa, nk upgrade post, kena korbankan post sedia ada... Nk naik jusa, brp staff sokongan kena korban.. I pun pernah terlibat dgn restructure dept.. Mcm2 la nk.kena hadap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 14-3-2019 10:26 PM
Polisi jpa, nk upgrade post, kena korbankan post sedia ada... Nk naik jusa, brp staff sokongan ken ...

Guna kaedah trade off atau pindah butiran kalu tak silap..

Setiap perjawatan melibatkan implikasi kewangan..sbb tu bukan senang2 bleh wujud perjawatan baru..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 10:46 PM | Show all posts
NamaKuMawar replied at 14-3-2019 10:36 PM
Guna kaedah trade off atau pindah butiran kalu tak silap..

Setiap perjawatan melibatkan implika ...

Haa..trade off.. Itu terms dia.. Tq.. Lupa plakk..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.337038 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list