CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9492|Reply: 54

[Idea] [SYV 007] BUANG LAGI TOKSIK BERACUN...

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 03:01 PM | Show all posts
Sal i n g kebergantungan antara komuniti setinggan dengan persekitarannya merupakan suatu bentuk interaksi ekosistem yang bukan sahaja berlaku dalam konteks manusia, malah pada kcsemua unsur persekitaran fizikal seperti tanah, air sungai, tumbuhan[size=14.1667px] dan organisma. Saling interaksi yang berlaku dalam ekosistem hakikatnya melibatkan pelbagai kitaran semula jadi seperti kitaran air, makanan, tenaga dan bahan. Memandangkan terdapat pelbagai jenis kitaran, maka ekosistem sesebuah kawasan lembangan saliran mudah terancam dan cenderung mengalami kemusnahan sekiranya tidak dipelihara sebaik mungkin (Abdul Samad 2000). Kemusnahan ekosistem di kawasan sungai yang dikaitkan dengan komuniti setinggan biasanya daripada aktiviti pembuangan sisa berupa pepejal, cecair dan kumbahan. Kesan kemusnahan itu juga bukan sekadar dialami dan dirasai oleh penduduk setempat tetapi turut mengancam kepentingan masyarakat umum seperti masalah bekalan air dan penyakit berjangkit bawaan air atau serangga.



Antara masalah lain yang berkaitan dengan gangguan ekosistem sungai ialah banjir kilat, hakisan tebing, apungan sisa pepejal dan kadar pepejal terlarut yang tinggi dalam air yang mengganggu hidupan air serta masyarakat secara amnya. Hubungan pemilihan kawasan pertapakan bagi sesebuah komuniti dengan sungai adalah sangat jelas. Maka tidak hairanlah pertumbuhan bandar-bandar di Malaysia kebanyakannya terletak berhampiran dengan sungai kerana kepentingan sumber tersebut kepada manusia tidak boleh dinafikan lagi. Namun proses perkembangan sesebuah bandar atau komuniti turut memberikan kesan negatif kepada persekitaran sungai iaitu mula wujud pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran air dan sisa pepejal. Proses interaksi unsur persekitaran sebuah ekosistem saliran adalah bersifat dinamik. Menurut Jamaluddin (2001) kestabilan ekosistem dan gangguan ekosistem secara semulajadi atau gangguan kecil biasanya dalam keadaan terkawal dan mampu pulih secara semulajadi. Menurut Odum (1971), perubahan dalam persekitaran fizikal secara semula jadi mampu dipulihkan dengan kedinamikan ekosistemnya, tetapi jangkamasa pemulihan gangguan tersebut ditentukan oleh sejauhmana gangguan berlaku. Dengan lain perkataan, perubahan atau gangguan yang berlaku terhadap persekitaran fizikal lembangan saliran oleh faktor semula jadi mampu mencapai tahap keseimbangan berasaskan keadaan ruang dan masa.



Gangguan ekosistem saliran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia yang mengeksplotasi kawasan tersebut secara tidak terkawal. Selain itu, ekosistem sungai boleh dianggap rapuh disebabkan sifatnya terbentuk di kawasan yang paling rendah atas muka bumi, lantas menjadikannya sebuah tempat pengumpulan bahan sisa yang dihasilkan oleh pelbagai aktiviti dijalankan komuniti setempat. Misalnya, kawasan setinggan dalam bandar dan tebingan sungai turut menyumbang bahan pencemar iaitu seperti penghasilan sisa pepejal dan sisa domestik termasuk kumbahan. Kesemua punca kemerosotan ekosistem lembangan saliran berpunca daripada manusia dan kembali kepada manusia dalam pelbagai bentuk seperti banjir, kemerosotan kualiti dan kuantiti air, penyakit bawaan air dan hakisan sungai dan sebagainya.



source -
Jurnal Perspektif Jil. 3 Bil. 1 (1-12) 5 ISSN 1985 - 496X

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:04 PM | Show all posts
Pencemaran Sg Buah: Air Beracun    Selasa, 25 Oktober 2016 9:06 AM                                                    
        SEPANG: Ada seseorang yang membuang pelarut toksik di tebing Sg Buah dekat Lebuhraya Elite dekat sini menyebabkan air mengalir ke Sg Semenyih membahayakan.

Pihak berkuasa kini bertungkus lumus membersihkan sisa buangan itu dengan membina benteng di seberang sungai bagi menghentikan air dari mengalir ke Sg Semenyih dan mengeluarkan semula air yang tercemar ke tempat lain.
Benteng setinggi 20 meter telah dibina merentasi Sg Buah ketika pihak berkuasa berusaha memulihkan bekalan air bersih kepada ratusan ribu pengguna di empat daerah di Selangor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata walaupun pihak berkuasa masih belum menahan dalang di sebalik insiden itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menjumpai sisa pelarut di tiga tempat di sungai tersebut merentasi sempadan ke Negeri Sembilan.



Pelarut itu amat bertoksik sehingga rumput hijau di tebing sungai menjadi hangus.

"Kami tiada pilihan lain tetapi menghalang Sg Buah dari mengalir ke Sg Semenyih untuk memulakan semula rawatan air. Keutamaan kami sekarang adalah untuk memastikan 320,000 pengguna mendapat bekalan air secepat mungkin," katanya selepas meninjau operasi pembersihan.

Mereka yang terjejas melibatkan pengguna di daerah Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling.

Selain Luas, beberapa agensi lain termasuk Majlis Perbandaran Sepang dan Kajang, Jabatan Pengairan dan Saliran, Indah Water Konsortium terlibat dalam operasi pembersihan tersebut.

Selepas benteng dibina, pam dibawa masuk untuk mengeluarkan air berbau busuk dari Sungai Buah ke dalam tangki.
Air itu kemudiannya dibawa keluar menggunakan lori dan disimpan di kolam berdekatan.

Azmin berkata kakitangan Luas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan bau busuk kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad.
"Ketika menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati bau busuk itu semakin teruk berhampiran bahagian sungai di arah utara Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan," katanya.

Kira-kira pukul 6.10 petang, mereka menjumpai tompokan besar pelarut tersebut.

"Ia kelihatan seolah-olah pelarut dibuang di sepanjang cerun menyebabkan ia mengalir ke Sg Buah," kata Azmin.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/10/25/air-beracun


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:22 PM | Show all posts

Sisa toksik Sg Kim Kim: Hospital nafi keluarkan ‘red alert’

Bernama -
March 13, 2019

Semalam, tersebar di media sosial pengarah Hospital Sultan Ismail mengeluarkan ‘red alert’ berhubung pencemaran udara di Pasir Gudang. (Gambar FB)

JOHOR BAHRU: Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran “red alert” yang tular di laman Facebook semalam dan dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital berikutan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan ringkas mengenai perkara itu berkata, “Tidak betul”.

Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran ‘red alert’ kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang. Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.

Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan 3 insiden di 4 sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru hari ini, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.

Terbaru, laporan menyebut Sahruddin sebagai berkata, setakat ini 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai hari ini sehingga tarikh ditetapkan kemudian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 03:23 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-3-2019 02:25 PM

Tiada kematian susulan kejadian pembuangan sisa toksik di Sg Kim Kim            

Astro Awani |                                                 

Mac 13, 2019                                    


whatsapp://send text=Tiada+kematian+susulan+kejadian+pembuangan+sisa+toksik+di+Sg+Kim+Kim

http://www.astroawani.com/berita ... i-sg-kim-kim-200994                                            

               
            
            
                                                                                                                                                                                Murid-murid SK Taman Pasir Putih berkumpul di hadapan pagar sekolah menunggu waris masing-masing selepas sekolah berkenaan diarahkan tutup pada 11 Mac, 2019. --fotoBERNAMA

                           
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada sebarang kematian akibat dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz turut menafikan penularan kenyataan melalui Whatsapp mengenai pengisytiharan Red Alert oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang turut tular pada Selasa.

"JKNJ ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan.

"Pihak JKNJ juga menyeru agar masyarakat lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib.

"Maklumat terkini keadaan akan disiarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran 'Red Alert' kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.   

Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.

Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan) dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan (kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun).

"Sehubungan dengan kejadian itu (kejadian 7 Mac), pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu (pembuangan sisa toksik) agar dapat tampil membantu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes ASP Nurul Bazilah Jaafar dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis Ibu Pejabat Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan tiga insiden di empat sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru pada Selasa, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.

Setakat ini, 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai Rabu sehingga satu tarikh ditetapkan kemudian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul lah orang yang buang ni. Pencemaran  Satu pasir gudang tau tak klu bertong tong humban kat sungai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu kesan sisa toksik ialah menjejaskan kesihatan manusia. Apabila gas-gas toksik dibebaskan dari kilang atau tapak pelupusan secara tidak sistematik, maka akan membawa kesan negatif terhadap kesihatan manusia. Sebagai contoh, kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara adalah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan tercemar akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya memasuki paru-paru melalui trakea. Manusia boleh mengalami sesak nafas, asma, kanser paru-paru dan juga pelbagai jenis penyakit. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, nitrogen oksida (NO2) boleh menyebabkan pendarahan pulmonari. Plumbum (Pb) juga boleh mengakibatkan penyakit kulit dan juga kematian. Tumbesaran kanak-kanak dan bayi dalam kandungan juga akan terjejas.

            Selain itu, sisa toksik yang tidak diurus dan dikendalikan dengan sistematik akan mengakibatkan keracunan makanan. Kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai dan laut. Sisa toksik ini akan mengancam hidupan akuatik. Ikan-ikan yang mati akibat sisa toksik seterusnya dimakan oleh manusia. Hal ini akan menyebabkan keracunan makanan. Bekalan air juga akan tercemar. Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi.

            Seterusnya, sisa toksik juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Alam sekitar menjadi kotor akibat pengurusan dan pengendalian yang tidak terancang. Keindahan alam sekitar akan terjejas dan pelbagai penyakit akan merebak. Selain itu, akan berlaku pencemaran udara akibat gas-gas toksik yang dibebaskan secara tidak sistematik oleh kilang-kilang. Berlaku juga pencemaran air disebabkan oleh kilang-kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai atau laut.

            Pengurusan dan pengendalian sisa toksik secara tidak sistematik juga akan menyebabkan berlakunya krisis air dan tanah. Contohnya, bagi pencemaran air, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf manakala sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah, kerosakkan hati, masalah kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan sebagainya. Sisa toksik yang mencemarkan air minuman boleh mengubah kromosom manusia dan akan memberi kesan terhadap zuriat. Bagi pencemaran tanah pula, sisa-sisa toksik akan merosakkan tanah dan kualitinya. Akibatnya, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam tidak subur atau tidak hidup dengan sempurna. Selain itu, apabila hujan lebat, sisa toksik yang terdapat di tanah akan mengalir ke dalam sungai. Perkara ini memburukkan lagi keadaan.

            Bukan itu sahaja, pengurusan dan pengendalian sisa toksik secara tidak sistematik juga akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Apabila sungai dan laut tercemar dengan sisa-sisa toksik, maka hidupan akuatik akan terancam. Hidupan akuatik akan mati dan kemungkinan pupus. Hidupan darat yang meminum air sungai yang tercemar juga akan mati. Apabila kualiti tanah terjejas, tumbuh-tumbuhan juga terjejas.

Akhirnya, keseimbangan ekologi akan tergangu. Apabila bahan atau sisa toksik mengalir ke dalam sungai atau laut, sumber makanan seperti alga dan rumpai air akan mati. Hal ini pula akan menjejaskan hidupan akuatik lain yang bergantung kepada tumbuhan laut sebagai sumber makanan. Seterusnya akan menyebabkan rantai makanan atau ekosistem menjadi tidak seimbang dan terjejas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:52 PM | Show all posts
tak pasal-pasal orang lain kene tanggung sama...
penjahattt betullaaa yang membuang sesuke hati ni..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang sisa dah lama Dari dulu. Dah disaster Baru terhegeh2 check. Padahal sblm ini mata dibutakan. Aduan x dilayan. Nelayan2 byk aduan.pihak pemantau tak Buat kerja kah. Sg Malaysia bukan byk pun x terpantau. Mkn gaji buta. Kalau zaman dulu ada karam Singh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:05 AM | Show all posts
ninja boy replied at 13-3-2019 09:22 PM
Buang sisa dah lama Dari dulu. Dah disaster Baru terhegeh2 check. Padahal sblm ini mata dibutakan. A ...

Kena ada ramai lagi aktivis lestari macam Karam Singh Walia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:06 AM | Show all posts
itsmeshikin replied at 13-3-2019 03:52 PM
tak pasal-pasal orang lain kene tanggung sama...
penjahattt betullaaa yang membuang sesuke hati ni. ...

Katanya hari ini nak didakwa..pengusaha kilang tayar kitar semula

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 09:08 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-3-2019 03:42 PM
Salah satu kesan sisa toksik ialah menjejaskan kesihatan manusia. Apabila gas-gas toksik dibebaskan  ...

Kena giatkan semula kempen lestari di semua platform media, billboard dan layar. Buat iklan sebelum filem bermula di panggung-panggung wayang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak pengilang ni dihukum tembak sampai mati. Menyusahkan dan membunuh orang dalam keadaan senyap. Ala2 silent killer. Buatnya tak pulih pencemaran tu, silap2 semua kena pindah. Pasir gudang tinggal nama dan akan terpahat dalam sejarah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat forward msj, katanya pelajar form 2 ada yg dah meninggal.pelajar Dari smk tg puteri resort. Ini betol2 membunuh. Tokei2 haram kaut untung, org tak berdosa jadi mangsa... Memang patut kena tembak pakai senapang gajah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 12:47 PM | Show all posts
fahdramli replied at 14-3-2019 08:49 AM
Dapat forward msj, katanya pelajar form 2 ada yg dah meninggal.pelajar Dari smk tg puteri resort. In ...

Belum keluar media rasmi...setakat tadilah...

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:35 PM | Show all posts
yg paling tak paham,insan2 yg menaguk di air yg keruh.nk promote gune eo utk purify contamination.. god!!
it chemical kot. chemical nih byk category. kitorg yg chemist pon kalau jadi apa2 dalam lab,kena refer sds(safety data sheet) as reference. takda lagi sds yg state guna eo can cure all contamination. noonsense, 101% nonsense. yang ada, kalau kena kena p hosp utk treatment. and every chemical ada sds masing2...tak boleh pukul rata sama ja. haiihh marah betol.

sesapa rajin gugel la kes minamata kat japan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 01:37 PM | Show all posts
fahdramli replied at 14-3-2019 09:21 AM
Boleh tak pengilang ni dihukum tembak sampai mati. Menyusahkan dan membunuh orang dalam keadaan seny ...

jenis pengilang suka take for granted. nak hire third party contractor utk disposed waste kedekut namateyyy,,kualiti alam pon xnak amek...pastu dumped sendiri...memang patot tembak dgn senapang gajah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat kilang tu takde safety officer ke takde orang pernah underwent training kat NIOSH ke apa?

Suruh pakai mask yang nipis tu lagi, tu very fine particles kot paling tidak P100 untuk kes kat johor tu tapi budak2 sekolah tu tau apa. Baaaaaaab* sangat semua yang bertanggung jawab tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyone replied at 14-3-2019 05:35 AM
yg paling tak paham,insan2 yg menaguk di air yg keruh.nk promote gune eo utk purify contamination..  ...

Diorang guna antidotes tak? Tengok kat berita, first aid pun macam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 04:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.552369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list