CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23108|Reply: 117

Anuar Zain Si Raja Botox -Bukan sombong, tapi bayaran tak berbaloi

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 04:32 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengakui, bayaran tidak setimpal sebagai antara sebab dia jarang tampil membuat persembahan untuk program televisyen.

Menafikan dirinya sombong atau eksklusif, Anuar, 49, berkata banyak perkara perlu dititikberatkan sebelum dia muncul membuat persembahan.

“Memang saya sudah lama tidak menjayakan program televisyen. Kebiasaannya, tawaran diterima pada hujung minggu iaitu ketika jadual saya padat dengan undangan persembahan.

“Selain itu, bayaran diberikan juga tidak setimpal dengan perbelanjaan saya. Untuk persembahan, saya perlu keluarkan wang untuk membayar jurutera muzik, jurusolek, selain menyediakan pakaian dan kos pengangkutan. Harga yang diberikan perlu relevan.

“Ada ketika, bayaran diberikan tidak pulang modal. Saya bercakap bukan hanya untuk diri, sebaliknya semua artis juga mahukan bayaran yang setimpal. Memang ada ketika, penyanyi perlu berkorban, tetapi sampai bila?,” katanya.

Anuar berkata, sebagai penyanyi, undangan persembahan adalah punca pendapatan mereka, namun ia harus setimpal dengan tenaga dan perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Jika harga yang ditawarkan munasabah, saya tidak akan menolak. Contohnya, saya bakal menjayakan persembahan untuk sebuah acara anugerah yang disiarkan menerusi televisyen,” katanya.

Bakal meraikan ulang tahun ke-50 pada 15 Februari tahun depan, Anuar berkata, dia merancang untuk keluar dengan album penuh sempena hari kelahirannya.

“Kali terakhir saya menghasilkan album penuh pada 2016. Insya-Allah, menjelang usia 50 tahun depan, saya mahu tampil dengan sebuah lagi album baharu.

“Untuk kali ini, ramai memberikan saranan supaya menghasilkan karya lebih ringan. Sebagai memenuhi permintaan peminat, saya mencari lagu balada yang ringan seperti yang dibawakan penyanyi K-pop,” katanya.

Anuar ditemui pada sidang media sempena Malam Amal Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019.

Bakal berlangsung pada 29 Mac ini, acara itu menyaksikan Anuar bergandingan dengan Datuk Sheila Majid dan dua penyanyi Indonesia, Harvey Malaiholo serta Marcell Siahaan.

“Saya sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan tiga penyanyi yang menjadi idola. Lebih istimewa, ini persembahan pertama, saya dan Harvey beraksi di pentas yang sama,” katanya.

Selain sibuk memenuhi undangan nyanyian, Anuar turut menceburi dunia perniagaan dengan memperkenalkan produk serum penjagaan wajah dan tudung bawal.


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 04:33 PM | Show all posts
hai ada lagi ke peminat kau tu nuar zin ??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:35 PM | Show all posts
aduiii wajahmu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:38 PM | Show all posts
dengan dahi pun bengkak...
lama2 dia ni mau jadi macam pelakon Mickey Rourke...
ketagih mencocok daripada kacak jadi hodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Botox ke. Dulu dia kata dia urut muka kasi tegang. Tgk cam bengkak je.. Ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:48 PM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 13-3-2019 04:33 PM
hai ada lagi ke peminat kau tu nuar zin ??

bukan dia ni artis sendu ke

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 04:51 PM | Show all posts
aiyoooo gambar first tu...
dah nak masuk 50an rupanya...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:57 PM | Show all posts
eee makin teruk ja muka ko nuar..haaa bgs la tu kurangkan masuk tv lg 1 klu program raya tolongla jgn ambik dia sakit telinga aku dgr dia nyanyi lagu org..hancurrrrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 05:13 PM | Show all posts
oooit tu muka bila tu
muka dia skg bkn camtu la

mmg pn elok dia minta bayaran setimpal nya
kt mesia ni asal penyanyi/pelakon dah tua je
bayaran pun turun

ni muka dia skg 2019








Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:16 PM | Show all posts
AshkieLa replied at 13-3-2019 04:38 PM
dengan dahi pun bengkak...
lama2 dia ni mau jadi macam pelakon Mickey Rourke...
ketagih mencocok  ...

mickey rourke seyes dulu sweet jer
sekarang sedey sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni botox guna sengat lebah/tebuan ke? Hodoh di skala 9.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:21 PM | Show all posts
alamak 50 tahun dah ke umurnya?
aku masih termimpi2 lagi video klip dia dengan nowa danish dulu
pastu lagu kain pelikat la la la la
tak sangka aku pun tua dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu Zamani selalu kena tanya psl kawin..dia ni tak ada pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 13-3-2019 05:18 PM
Dia ni botox guna sengat lebah/tebuan ke? Hodoh di skala 9.

Memula botok

Lelama jadi bonyok
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Penampakan dahi bengkak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik nuar patut makan pegaga jer nk awet muda..dah macam kena sengat tebuan pulak. Ntah bape riban la bayar kat doktor yg injek botox overdose ni. Lenkali gi korea la acik nk buat muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dh ghuper khir toyo tempe dh
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:40 PM | Show all posts
kenapa muka mcm kena sgt dgn semut charlie nie..serammmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 13-3-2019 05:13 PM
oooit tu muka bila tu
muka dia skg bkn camtu la


baju oren muka cam faizal tahir jah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ohmaii abg nuar..uols mencucuk tmpt bajet rendah ke..biar la tua gracefully bang nuar dr muke membengkak mcm tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.109894 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list