CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7872|Reply: 47

PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive

[Copy link]
Post time 13-3-2019 04:52 PM | Show all posts |Read mode
PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive dapat sambutan dan reaksi positif

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/03/539734/petronas-primax-95-dengan-pro-drive-dapat-sambutan-dan-reaksi


JOHOR BAHRU: Petrol RON 95 formulasi terbaharu, dikenali sebagai PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang dilancarkan PETRONAS Dagangan Bhd (PDB), bulan lalu mendapat sambutan dan reaksi positif daripada pengguna.

Kebanyakkan pengguna yang sudah merasai pengalaman menggunakan bahan api yang didatangkan dengan ciri “Dual Friction Modifier” yang pertama di dunia itu dapat melihat perbezaan dari segi penjimatan, jika dibandingkan petrol sebelum ini.

Ketua Teknologi Bahan Api PDB, Mohamad Hafiz Abd Aziz, berkata PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive diuji berhasil mengurangkan geseran dalam enjin sebanyak 20 peratus berbanding bahan api sebelum ini yang didatangkan dengan modifier tunggal.
“Kesannya, enjin kenderaan menjadi lebih lancar dan responsif. Kedua, ia juga hadir dengan “Double Detergent” yang berupaya membersihkan sehingga 99 peratus deposit karbon.

“Dibangunkan selama dua tahun, Primax 95 dengan Pro-Drive direka sepenuhnya di Malaysia, sebelum turut diuji di Amerika Syarikat dan ini juga kali pertama pembangunan bahan api petrol yang turut mengambil kira pemerhatian terhadap penggunaan terhadap kenderaan hibrid di dalam proses pembangunannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan tengah hari dan penerangan produk PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive bersama pengamal media di sini, hari ini.

Mohamad Hafiz berkata, petrol baharu itu juga hadir dengan ciri anti-hakisan enjin yang kini menyediakan dua kali lebih perlindungan kepada enjin.
“Ujian dan pemerhatian ke atas kenderaan juga mendapati, baki tenaga bateri yang tersisa masih berbaki dua peratus berbanding penggunaan petrol biasa. Ia juga menggunakan kurang tenaga bateri dan bahan api bagi satu jarak perjalanan yang sama,” katanya.

Orang ramai kini boleh mencuba petrol terbaharu itu di lebih 1,000 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara, termasuk 148 di Johor






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2019 04:55 PM | Show all posts
Salam korang, minta pendapat pasal minyak atas... Aku ada baca feedback kat forum lain... kali ni nak dgr pendapat dari warga cari pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:58 PM | Show all posts
macam vpower 97
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try guna pro drive petronas i rasa ini ron95 yg terbaik. Skrg ni kereta i yg guna ron95 bila i drive terasa mcm guna ron97...banggalah pulak anak tempatan yg develop prodrive ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:11 PM | Show all posts
biar betul mcm RON97?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 04:30 PM | Show all posts
.. ops sory tegelak plak baca komen diatas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 09:29 PM | Show all posts

Kalau lebih kurang sama 97 aku pakai pro drive lebih baik, blh jimat wang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:32 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 16-3-2019 04:58 AM
I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try g ...

Petronas pro drive ni dari formula mana? Rasa hebat nya... apa berkesan jika guna selama nya? aku nak test tuakr pro drive ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 09:33 PM | Show all posts

Aku dah cuba, rasa pro drive ni agak responsif dari bunyi enjin... semakin guna rasa perjalanan lebih lancar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:37 PM | Show all posts
Edited by June01 at 4-4-2019 09:54 AM

bahan api petrol pro drive ni blh membersihkan enjin kita?? nanti nanti lah saya cuba
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 18-3-2019 04:30 PM
.. ops sory tegelak plak baca komen diatas

Kenapa nak gelak bang.....? Utk kali ini..mmg i pujilah fuel pro drive ni...dulu mmg i anti giler primax dgn enjin terbatuk batuk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:23 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 16-3-2019 04:58 AM
I mmg pengguna petron, caltex dan bhp dan sangat kritikal dgn minyak primax petronas. Tp lepas try g ...

kalau dah Ron95 rasa macam Ron97, so yg Ron97 rasa macam apa pula? tu je aku nak tanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:24 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 27-3-2019 04:05 PM
Kenapa nak gelak bang.....? Utk kali ini..mmg i pujilah fuel pro drive ni...dulu mmg i anti giler  ...

aku gelak pasal ko puji melangit
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 27-3-2019 05:23 PM
kalau dah Ron95 rasa macam Ron97, so yg Ron97 rasa macam apa pula? tu je aku nak tanya

Pro drive utk ron 95 saja...kereta i ygbguna Ron 97 still i guna petron...dan i dpt detect lebih kurang saja performance dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 27-3-2019 05:24 PM
aku gelak pasal ko puji melangit

Ooo....mmg la i puji..yg i kutuk kaw kaw primax pun bnyk jugak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 06:32 PM | Show all posts
Harga minyak minggu depan tu, macam akan naik lagi hidup memang susah dengan harga barang sentiasa naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2019 06:43 PM | Show all posts
bbpinkie replied at 29-3-2019 06:32 PM
Harga minyak minggu depan tu, macam akan naik lagi hidup memang susah dengan harga barang sentiasa n ...

Memang kehidupan sekarang memang macam itu, sara keluarga tidak senang kerana semua barang sekarang inflasi tapi dengar harga minyak RON 97 yang harga meningkatkan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 08:27 PM | Show all posts
pikochew replied at 13-3-2019 04:55 PM
Salam korang, minta pendapat pasal minyak atas... Aku ada baca feedback kat forum lain... kali ni na ...

Pandangan saya tentang minyak rasa bagus untuk pakaikan kerana 95 Pro Drive ini lebih kuat dan jalan lebih lancar atas kereta saya berbanding dengan jenama lain yang saya gunakan dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 08:53 PM | Show all posts
wiseguys9999 replied at 26-3-2019 09:32 PM
Petronas pro drive ni dari formula mana? Rasa hebat nya... apa berkesan jika guna selama nya? aku  ...

Formula minyak ini adalah dari Petronas sendiri punya pusat kajian di negara Euro dan teknologi dengan formula mencapaikan taraf dunia memang hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 08:58 PM | Show all posts

Memang ada sedikat serupa dengan 97 tapi 95 Pro Drive ditambahbaikan RON 95 biasa dengan keluarkan fungsi yang lebih kuat dan jimatkan untuk minyak kereta kami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070580 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list