CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Bakie

Sister In Islam (SIS) Diisytiharkan Sesat Oleh MAIS

  [Copy link]
Post time 1-5-2019 06:16 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2019 05:54 PM
maka carilah maksud dan bacalah buku al  attas on

makna ILM, ADAB dan hakikat INSAN. dapatka ...

Pandangan peribadi aku, sis ni sesat lagi menyesatkan. Tapi dalam sesetengah isu yang diketengahlan dalam CI, nampak sis main peranan yang baik dalam memenangi hati kaum hawa dimalaysia. Lihat bagaimana mereka ni cuba mencari kedudukan dimata rakyat dengan menawarkan khidmat khidmat guaman kke atas kaum wanita yang dianiaya, sesuai dengan kepakaran mereka. Perkara yang sama aku tak nampak ada pada mana mana pendukung kaum wanita lain atas nama agama.

Lihat bagaimana isu pihak gereja membantu kaum miskin dengan cash. Perkara yang sama gagal dilakukan oleh pihak masjid yang jauh lebih banyak kuantiti kewujudannya berbanding dengan gereja yang ada di malaysia. Lamaaa setelah tular kaedah halus dari pihak kristian ini dalam memenangi hati rakyat muslim miskin dinegara kita, baru lah ada segelintir pihak masjid yang cuba nak lakukan perkara sama. Itu pun setelah tular dan mula sedar. Selama ni ? Banyak bazirkan duit atas renovation benda yang tak perlu dan bayar penceramah yang mahal mahal untuk menarik minat orang datang kemasjid. Benda dah lama basi.

Aku perati cara satu kelompok golongan pendakwah, bilamana asal kewujudan kelompok ni lahir dari seorang pemikir masalah umat akhir zaman. Dimana dia mdlihat golongan miskin sibuk mencari rezeki hingga lupa tanggung jawab atas agama. Maka lahir golongan pendakwah ni pergi rumah kerumah untuk ingatkan yang rezeki tu Allah yang bagi. Even sejauh mana kita mencari, jika kita lupa yang Allah tentukan rezski kita maka tidakkan kemana mana juga kita.  

Dari situ kita dapat belajar satu perkara, golongan miskin perlu diambil berat. Tapi sayangnya, pihak agama lain yang nampak dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2019 06:17 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2019 06:09 PM
ini soal topik thread bukan soal saya, ini masuk personal dan ini tak penting dalam topik berkenaa ...

Rillleekkksss.
Even aku pun perlukan masa untuk menaip. Bukan sekali tekan terus keluar karangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:24 PM | Show all posts
Sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan diwartakan yg antara lain memutuskan SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana- mana Undang Undang. Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa meneliti fatwa tersebut kerana ianya terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Terima kaseh kepada semua team peguam, MAIS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya penghakiman ini adalah suatu hadiah di ambang kemerdekaan negara dimana jatidiri negara dipertahan dan struktur asas negara yang meletakkan kedudukan istimewa agama Islam dinobatkan.

https://www.facebook.com/ZainulRijal?__tn__=lC-R&eid=ARD-4ViQIW2SX27Fc0M-
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:24 PM | Show all posts
updates above
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:03 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 27-8-2019 03:24 PM
Sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh  ...

waaaaaa.  syukur lah.  semoga kedudukan undang2 islam diperteguhkan lagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:16 PM | Show all posts
Baguslah begitu. SIS juga tak segan quotes dari tokoh sesat Ibn Arabi untuk mempromosikan agenda anti Islam mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 27-8-2019 03:24 PM
Sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh  ...

Bagus!! Sister In Islam ni mmg sesat & merosakkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 06:25 PM | Show all posts
https://www.ismaweb.net/2019/08/ ... v1ZS9RVeSUO5THqwIUU




BANGI, 26 Zulhijjah 1440H, Selasa – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS Forum Berhad), bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Hakim, Datuk Nordin Hassan memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ketika dihubungi berkata, permohonan semakan kehakiman itu ditolak dengan kos RM10,000.

“Hakim memutuskan bahawa tidak ada undang-undang yang dicerobohi. Mahkamah Sivil pula tidak ada bidang kuasa untuk meneliti kesahan fatwa berkenaan kerana ianya terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mereka perlu memohon semakan kehakiman di Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil.

“Ada beberapa isu yang diulas Mahkamah Tinggi antaranya sama ada fatwa tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Hakim menegaskan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau yang berbesar hati dengan keputusan itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi ini diibaratkan sebagai sebuah kemenangan dan hadiah kepada umat Islam di ambang menyambut hari kemerdekaan ke-62 negara ini.

“Saya secara peribadi amat bersyukur dengan keputusan ini. Ini adalah satu hadiah sempena menyambut kemerdekaan, mahkamah telah mempertahankan jati diri negara.

“Salah satunya tunjang keistimewaan negara iaitu agama Islam itu sendiri yang tidak boleh diperkotak-katikkan. Penghakiman ini suatu hadiah di ambang kemerdekaan negara apabila jati diri negara dipertahan dan struktur asas negara yang meletakkan kedudukan istimewa agama Islam dinobatkan,” katanya.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor sebagai responden.

Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai “company limited by guarantee” adalah tidak tertakluk dan bukan subjek kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik

Martabat kan maruah islam
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 09:47 PM | Show all posts
Fatwa SIS kekal, MAIS bersyukur

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menolak permohonan oleh SIS Forum (Malaysia), Zainah Mahfuzah Anwar dan Mohd. Zaid Ibrahim dalam kes semakan kehakiman berhubung dengan Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 17 Julai 2014.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, Datuk Nordin Hasan memutuskan bahawa Fatwa Liberalisme dan Pluralisme Agama tersebut telah dibuat dan diwartakan mengikut prosedur dan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Justeru menurut Nordin, fatwa tersebut adalah mengikat dan boleh dikuatkuasakan kepada semua umat Islam di negeri Selangor termasuk SIS Forum dan dua pemohon yang lain iaitu Zainah Mahfuzah Anwar dan Mohd. Zaid Ibrahim.

Selain itu mahkamah juga memutuskan bahawa fatwa tersebut tidak bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan dan segala pertikaian berhubung fatwa adalah perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, di mana Mahkamah Sivil tidak berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan isu tersebut.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, sehubungan dengan itu pihak MAIS memanjatkan kesyukuran di atas keputusan mahkamah tersebut dan MAIS kekal tegas dengan pendirian bahawa fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor seharusnya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana fatwa merupakan persoalan Hukum Syarak dan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara ini.

“Pihak MAIS juga menasihatkan semua orang Islam dalam negeri Selangor untuk mematuhi semua fatwa yang telah diwartakan terutamanya yang berkaitan dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

“Ini kerana, tindakan melanggar atau mempertikaikan fatwa yang telah diwartakan adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,”katanya.

Mohammed Khusrin berkata, pihak MAIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat Islam yang memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan pihak MAIS, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya barisan peguam yang terlibat iaitu Majdah Muda dan Yusfarizal Yusoff yang mewakili pihak MAIS, Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datuk Masri Daud yang bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.


http://bebasnews.my/2019/08/27/f ... eWH1f0zqybg2q-0Vi0M


kenyataan MEDIA MAIS yg lengkap boleh dilihat pada pautan ini:
http://bebasnews.my/2019/08/27/f ... eWH1f0zqybg2q-0Vi0M
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 10:56 PM | Show all posts
kalau dh sosek..np x bw ke court mcm HASAN ANAK GHIMAU,ANTI HADIS ,KERAJAAN LANGIT DLL ????
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
So kesimpulannya marina mahathir bawa fahaman sesat
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 03:24 AM | Show all posts
tobby replied at 29-8-2019 07:33 AM
So kesimpulannya marina mahathir bawa fahaman sesat

Marina Mahathir dgn org2 Melayu bolehla dia sembang kencang.

Bila kat international forum UK mewakili SIS berhujah....

terkedu2, terdiam dan cuba mengelak dari menjawab soalan.


Nampak sangat kebodohan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 31-8-2019 03:24 AM
Marina Mahathir dgn org2 Melayu bolehla dia sembang kencang.

Bila kat international forum UK me ...

Sbb kat msia boleh guna nama bapak dia bagi org takut
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 07:30 PM | Show all posts
Mempertahankan keabsahan fatwa

PELBAGAI pihak sering lantang mempertikaikan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ataupun fatwa yang dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri. Malah fatwa tertentu juga sering dicemuh dan diperlekehkan. Malah apabila fatwa telah dikeluarkan ia juga dicabar.


Terkini penghakiman terbaru Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Sister In Islam (SIS) Forum Berhad melawan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengesahkan fatwa yang dibuat terhadap SIS Forum Berhad tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang negara.


Sila baca berita penuh pada pautan di bawah ini :

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... T6L-6F7l3g7j38EkWg8
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... T6L-6F7l3g7j38EkWg8
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 07:33 PM | Show all posts
npe erk kapir2 bongok dlm forum ni ngelak bila ditnye tntang asal mne datangnya graviti...btul ke graviti jupiter lebih lemah dri earth sperti yg dikatakan kapir bongok brnama fother? prrrrrrrrrrrrfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffftgh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.082998 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list