CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2621|Reply: 17

[Tempatan] Pengorbanan untuk adik

  [Copy link]
Post time 15-3-2019 11:01 AM | Show all posts |Read mode



“SELEPAS bergelar yatim piatu, kini saya jadi ibu dan ayah kepada Hamin selain perlu menguruskan keperluan persekolahannya,” kata Fatin Nabila Rusli, 20.

Menurut Fatin Nabila, sebagai kakak, dia perlu menggalas tanggungjawab kepada adiknya, Muhammad Hamin, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering walaupun pada masa sama menjadi isteri kepada Muhammad Hanif Kamarudin, 28, dan ibu kepada dua cahaya mata masing-masing berusia tiga dan lima tahun.

Katanya, bapa mereka, Rusli Daud, meninggal dunia pada 2008 kerana demam panas disusuli ibu, Rusnah Yusoff, empat tahun lalu disebabkan tekanan darah rendah.

Menurutnya, dua adiknya, Muhammad Arif Ridzuan, 14, dan Muhammad Zawawi, 16, yang bersekolah di SMK Kedai Buloh dijaga datuk serta nenek selepas ibu mereka meninggal dunia.

“Adik bongsu, Nur Salwani terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat ketika dia berusia enam bulan selepas beberapa hari arwah ayah meninggal dunia kerana pada waktu itu arwah ibu tidak mampu menyara kami sekeluarga.

“Kami terpaksa hidup berasingan, namun reda demi memastikan masa depan adik-adik yang masih memerlukan perhatian itu lebih terjamin,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu baru-baru ini.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, Muhammad Hamin memilih untuk tinggal bersamanya walaupun sebelum ini ada keluarga yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat selepas kematian kedua-dua ibu bapa.

“Saya dan Hamin sangat rapat sejak dari kecil dan sebab itu dia mahu tinggal bersama dan mujurlah suami memahami dan mengambil berat keperluan adik.

“Untuk menampung kehidupan kami sekeluarga, sumber pendapatan hanya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan antara RM50 hingga RM60 sehari.

“Dengan gaji suami yang tidak seberapa ini, saya perlu berjimat cermat selain bijak mengatur kewangan keluarga kerana anak-anak semakin membesar dan dalam masa sama bakal melahirkan anak ketiga April ini,” katanya.

Fatin Nabila berkata, beban yang ditanggung sedikit ringan kerana mereka mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM100 sebulan yang dapat digunakan untuk perbelanjaan sekolah adiknya.

Menurutnya, kakak sulung, Farah Amira, 22, sudah berkahwin dan tinggal bersama suami serta anak-anaknya di Beris, Bachok, juga bukan dalam kalangan orang yang senang dan mereka tidak mahu menyusahkannya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 03003-41-00013586-9, atas nama Fatin Nabila Rusli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 10:10 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 11:05 AM | Show all posts
smoga Allah permudahkan urusan mereka dn dilimpahi rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:08 AM | Show all posts
kesiannye, kecik lagi dah jadi yatim piatu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:43 AM | Show all posts
sedihnya jln cite ko dekk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Kau permudahkan lah kehidupan mereka sekeluarga. Murahkan lah rezeki nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 02:12 PM | Show all posts
Semuga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga.

Kelemahan sistem kekeluargaan di Malaysia ialah bila ketua keluarga (bapa) meninggal, balu dan anak2 terpaksa menanggung sendiri kesusahan.  

Kesian adik bongsu terpaksa diserahkan pada keluarga angkat, tak da datuk atau bapa saudara sebelah bapa ke yang boleh ambil tanggungjawab membesarkan anak2 saudara anak2 yatim..

Penceramah2 agama patut tekankan tanggungjawab memelihara anak2 yatim pada golongan lelaki di Malaysia ni...biar masing2 tau menggalas tanggungjawab dan tidak berlepas tangan saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Kakak pun dh boleh start merancang lah yr, gaji harian tak menentu dgn anak tiga ni agak kasihan lah, bkn kasihan kat parents, kasihan kat anak2 tu nnti
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik bongsu
Tapi ye lah..maybe keluarga angkat tu berduit..mudah lah hidup adik tu...amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 07:29 PM | Show all posts
mudah2an dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 09:11 PM | Show all posts
Pixie902 replied at 15-3-2019 02:12 PM
Semuga dimurahkan rezeki mereka sekeluarga.

Kelemahan sistem kekeluargaan di Malaysia ialah bila  ...

penceramah agama dh tekankn, tnggungjwb tu terletak pada adik bradik laki si bapa,
psl dorg berkuasa jadi wali
berulang kali sebut dlm kursus kawin da...

aku dah berpuluh kali hadir psl aku handle dewan..haha

tapi, cam biasa, org melayu
benda psl wang hantaran neraka tu masa nk kawin tu lagi utama dari benda2 gini,
bakal laki keje gomen/ada kete/ada rumah tu lagi penting dari smua ni..
tu yg semua gelap mata bab2 gini...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kakak pun umur 20 dah nak beranak no 3..
kehidupan pun cukup-cukup makan katanya..
harap dia pun fikir masa depan anak-anak dia..
adik beradik dah warisi kemiskinan..
takkan dia nak turunkan warisan sama pada anak-anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
umur 15 dah beranak? kesian adik2 dia yg masih sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mne ada org mati sbb sakit demam panas ngn tekanan darah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu ada cikgu share bank rakyat adik hamin ni... Nmpk baik budaknya. Semoga Allah mengganjarkan kebahagian dunia akhirat utk kamu semua. Amiiin
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kawen tahun ayah dia meninggal?
Klu kata org tua kaya yg kawen ngn dia sbb nk tolong tu ok gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:14 PM | Show all posts
ibu kepada dua cahaya mata masing-masing berusia tiga dan lima tahun.


Meaning this girl dah preggy mase 15 thn ke?

Pneat rase membaca, belum tuan badan yang mengalami lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Get education sis..selagi umur muda...
Mati sebab demam panas dan darah rendah macam kes terpencil yang boleh dielakkan jika dpt trratment awal.,which comes from education,/common sense.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 17-3-2019 02:32 AM
mne ada org mati sbb sakit demam panas ngn tekanan darah rendah

Idk bout them .tp saya biasa jah jumpa u mah pprt pergi klinik desa....pastu balik mereput di rumah..tanpa tindakan susulan atau pergi spital besar...biasanya diora g cari bomoh..bila dah critical baru pergi spital besar ..tp terus cash.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list