CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Tempatan] Patutlah ada 'gaya'

[Copy link]
Post time 15-3-2019 11:54 AM | Show all posts |Read mode
RAHSIA kehidupan mewah seorang penganggur akhirnya terbongkar selepas serbuan polis menemui 382 gram ganja yang disembunyikannya di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Permai Jaya, di Miri, semalam.

Serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu adalah bertindak atas maklumat risikan, termasuk hasil intipan terhadap pergerakan suspek yang mendalangi kegiatan pengedaran ganja di daerah itu, sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, keseluruhan dadah dirampas dianggarkan mencecah RM7,640 mengikut harga pasaran semasa dan dipercayai untuk edaran setempat.

“Dalam serbuan dilakukan itu, kita menemui satu beg plastik hitam yang disembunyikan dalam laci plastik di bilik tidur suspek. Di dalamnya terdapat satu lagi bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 320 gram.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian membawa penemuan satu lagi bekas plastik tertutup, yang di dalamnya terdapat 23 paket lut sinar yang berisi dedaun kering dipercayai dadah jenis sama seberat 62 gram. Kita percaya dadah ini sudah siap diproses dalam bungkusan kecil untuk diedarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing mengesahkan suspek negatif dadah.

“Turut dirampas ialah dompet dan MyKad milik suspek bagi tujuan siasatan, manakala motosikal miliknya jenama Yamaha RXZ, yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah itu turut disita,” katanya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 11:48 A

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.140403 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list