CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63857|Reply: 658

[Jenayah] Tembakan rambang Christchurch: "Assalamualaikum..." ucap PM New Zealan

  [Copy link]
Post time 15-3-2019 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 19-3-2019 04:12 PM


Petugas keselamatan membantu mangsa kejadian tembakan di sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand, 15 Mac, 2019. (Foto AP)





CHRISTCHURCH: Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh.

Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah.

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu.

Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.

Len Peneha, yang tinggal berjiran dengan masjid itu berkata, lelaki bersenjata itu kemudiannya dilihat keluar dari masjid dan menjatuhkan senjatanya di hadapan rumahnya sebelum berlalu pergi.



Mangsa tembakan rambang terbaring di kaki lima masjid di tengah Christchurch, New Zealand, 15 Mac, 2019. (Foto AP)


Peneha kemudiannya turut pergi ke masjid itu untuk menghulurkan bantuan.

"Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku.

"Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal," katanya.


Katanya, dia membantu memberi rawatan kepada lima mangsa di rumahnya. Seorang daripadanya mengalami kecederaan ringan.

"Saya sudah lima tahun tinggal disebelah masjid ini. Penduduknya selama ini sangat baik, sangat peramah. Saya tak faham bagaimana ini boleh terjadi."

Kata Peneha, lelaki bersenjata itu berkulit putih dan memakai topi keledar yang mempunyai alat di atas kepala, seakan-akan seperti anggota militari.

Terbaru, New Zealand Herald melaporkan terdapat kejadian tembakan kedua di satu lagi masjid di bandar raya itu, iaitu di Masjid Linwood.

Saksi memberitahu Herald, terdapat lima das tembakan dilepaskan dan seorang jemaah solat Jumaat dilihat turut membalas tembakan dengan menggunakan senapang.

Pihak polis masih mengadakan siasatan bagi mengenal pasti angka korban sebenar.

Dalam sejarah New Zealand, hanya terdapat sejumlah kecil kes tembakan berlaku di negara ini.


Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lagi 2 minggu aku nak pergi Christchurch ni. tolong la semuanya baik2 kembali

Comments

Semoga d permudahkan urusan dan d lindungi NYA .. aamiin  Post time 15-3-2019 12:36 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 12:29 PM | Show all posts









ni dia setan anjing





https://www.facebook.com/amar.recon.5/videos/pcb.335831177277694/335840740610071/?type=3&theater



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. rakyat malaysia ada yang kena ke.. sedihnyaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 12:30 PM | Show all posts
Alfatihah.

Al Noor Mosque in central Christchurch and the Linwood Mosque have been shot at, with witnesses reporting :

Killed : 9
Wounded : still counting

Update : ADST 1501
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Update : Rakyat Malaysia ada yang kena. Info terkini dikhabarnya tengah mendapatkan rawatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Seorang rakyat Malaysia cedera parah akibat ditembak dalam kejadian tembakan  di sebuah masjid Christchurch di New  Zealand hari ini - Sumber Wisma Putra
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bandar Christchurch diarah tutup - Polis New Zealand
JUMAAT, 15 MARCH 2019 @ 12:12 PM

ANGGOTA polis mengawal lalu lintas susulan insiden tembakan di sebuah masjid di Bandar Christchurch. - Foto Reuters

ANGGOTA polis menutup laluan susulan insiden tembakan di sebuah masjid di Bandar Christchurch. - Foto AFP
CHRISTCHURCH: Polis New Zealand dikerah menutup bandar ini susulan insiden tembakan di sebuah masjid yang sedang penuh sesak di sini, hari ini.

“Polis bertindak balas menggunakan keupayaan sepenuhnya untuk mengawal keadaan, namun risikonya masih terlalu tinggi kerana kami percaya ada penembak yang masih bebas,” kata polis dalam satu kenyataan.

Media tempatan berkata beberapa orang terkorban di sebuah masjid dan berjaya memindahkan mereka yang terperangkap di satu lagi lokasi.

Pasukan kriket Bangladesh dilaporkan turut berada di salah satu lokasi insiden, kata media.

Difahamkan, Masjid Al Noor salah satu lokasi kejadian, sesak dengan jemaah yang datang untuk solat jumaat, termasuk pasukan kriket Bangladesh.

Seorang saksi memberitahu stuff.co.nz, beliau terdengar bunyi beberapa das tembakan ketika sedang solat di masjid Deans Ave sebelum terlihat mayat isterinya terbaring di laluan pejalan kaki.

Seorang lagi saksi menyaksikan sendiri seorang kanak-kanak ditembak.

Pesuruhjaya Polis, Mike Bush berkata, semua sekolah di bandar itu diarah tutup susulan insiden serius membabitkan penggunaan senjata api.

“Polis menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch untuk tidak keluar rumah dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 12:49 PM | Show all posts
ya Allah..dia tembak bertubi2 tu
pastu ulang lg tembak
psycho giler!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tengok video cam main game tembak2.. nyawa manusia murah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:51 PM | Show all posts
Allahuakbar...berita yang sangat menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 12:52 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.

Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama.

Namun, status remaja itu masih belum diketahui.

Justeru, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berada di dalam kediaman masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam main game pulak aku tengok. Ini akibat ketagihan main game ke cane?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak ingt org main game
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhuman new zealander terrorist. Their mothers and wives love to fuck with dogs

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:08 PM | Show all posts
takutnya tgk dia tembak random mcm tu. mmg gila.. kesian pada semua mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 01:11 PM | Show all posts
mr tarmizi dari MCKK  dgn anak dia ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:13 PM | Show all posts
Pussy new zelander terrorist. Come fight one on one
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:15 PM | Show all posts
Allah.. kesiannyaa. baru plan nk pegi NZ. adoiii seriau plak nk ke sane
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 01:16 PM | Show all posts
nuralisa replied at 15-3-2019 05:11 AM
mr tarmizi dari MCKK  dgn anak dia ....

That weakling new zeland terrorist looks like a cuck
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.160355 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list