CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 5-8-2021 12:10 PM | Show all posts
Harry Potter and the Chamber of Secrets in Malay

HARRY POTTER seorang ahli sihir terkemuka yang menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yang kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman yang mengerikan menantinya...




Harry Potter
so ni buku yang ke 41 untuk tahun 2021
Let's Go!
MAGIC!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2021 10:37 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 8-8-2021 10:33 AM

Harry Potter dengan Banduan Azkaban versi Bahasa Melayu

SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara...


buku no #43


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 06:13 PM | Show all posts
Jika Seorang Tua Di Kaki Gunung adalah dunia warga tua yang cukup menyayu dan mengesankan, Sinappapal pula adalah selaman pengarang pada dunia kanak-kanak yang gembira, lucu dan sedih. Sinappapal adalah kanak-kanak India yang hidup dalam serba kekurangan tetapi penuh kejujuran dan kebaikan. Persahabatannya yang akrab dengan Zul membawa pembaca ke alam kanak-kanak yang indah dan penuh kenangan. Kisah mereka di dalam kelas dengan kawan-kawan nakal seperti Gordi Sing, Leong dan Mazni hidup dengan spontan. Bahasa yang mudah, dialog yang ringkas, humor dan penggambaran watak serta latar yang praktik, Sinappapal adalah sebuah novel yang harus dimiliki oleh pembaca kerana Sinappapal juga adalah dunia kanak-kanak yang pernah menjadi milik setiap daripada kita. Azizi Haji Abdullah, pengarang serba boleh ini memang mempunyai keunikannya yang tersendiri.


menyelit baca buku ni
masih baca buku Harry Potter Dengan Banduan Azkaban
lagipun buku ni nipis


jalan cerita dia simple
cuma terharu bila part last


kalau boleh buku dari Aziz Abdullah ni
cuba ler cari baca dan simpan
buku dia ada nilai ...
Zaman kanak-kanak
Suka bergurau
Usik kawan
Gaduh
Esok baik balik

Kenapa bila kita dah dewasa tak macam tu?
Kita gaduh tapi kita baik balik
Lupa apa yang digaduhkan

Garang seorang cikgu
Tak rasa kita berani nak lawan
Zaman sekarang cikgu garang
End up cikgu kena terima hukuman
Either dari pihak sekolah atau dari ibubapa

Tak semua cikgu tu teruk and vice versa
Cuma .. bila dapat cikgu garang
Rasa lemah betul nak belajar
Sebab kena marah

Tersentuh bila Sinappapal curi-curi solat
Berimamkan Ustaz Sudin
Tak sangka ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 07:38 AM | Show all posts
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya! Tanda-tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu-satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter. Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat.





Seri Rama mencari Sita Dewi yang dibawa lari oleh Maharaja Rawana. Seri Rama berhasil menemukan petunjuk tentang keberadaan Sita Dewi saat bertemu dengan Jentayu.Namun, Jentayu mati setelah menceritakan tentang pertarungannya melawan Maharaja Rawana.Mayat Jentayu dibakar di atas tangan Seri Rama.Seri Rama meneruskan pencarian Sita Dewi walaupun banyak rintangan yang dihadapinya. Apakah yang berlaku kepada Seri Rama ketika mencari Sita Dewi?
Berjayakah Seri Rama bertemu dengan Sita Dewi?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 11-7-2021 09:11 AM
takde apa yang nak dikagumkan
ada orang kat luar tu lagi gila membaca
setahun cover 100-200 buah ...

Tuk thn niee..so far uols dh khatam brapa puluh/ratus buku ehhhhhh?..ttibaaa pulok nk tauuu...ngeeeeeee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 10:02 PM | Show all posts
cikmouse replied at 11-8-2021 07:47 PM
Tuk thn niee..so far uols dh khatam brapa puluh/ratus buku ehhhhhh?..ttibaaa pulok nk tauuu...ngee ...

baru 46 buah buku
dah capai target pun ...
target asal 30 buah buku
setiap tak pernah set lebih dari 30

kalau set tinggi 100 buah buku sebagai contoh
bila dah masuk pertengahan tahun baru 20 buah buku
rasanya stress ... takde rasa enjoy

better set rendah setahap mana mampu
if dapat lebih ok lah tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 11-8-2021 10:02 PM
baru 46 buah buku
dah capai target pun ...
target asal 30 buah buku


Wohaaaaaa... tahniahhh..iols x penah pun letak apa2 target sbb mood mbaca niee turun naik..tp time pkp nieee..ada byk ms free.. so boleee laaa hadap blk buku2 nieee arr..nk buh target 25 dulu..nieee br masuk buku ke 19..sempat kottt ehhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2021 10:20 PM | Show all posts
cikmouse replied at 11-8-2021 10:14 PM
Wohaaaaaa... tahniahhh..iols x penah pun letak apa2 target sbb mood mbaca niee turun naik..tp ti ...

sempat sangat lah tu
hujung bulan 12 dah capai target
kalau tak capai pun tak pe
at least ada perkembangan
ceewahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2021 10:29 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 11-8-2021 07:38 AM
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta k ...

dah habis baca Seri Rama Dan Sita Dewi
cerita sastera lama
ok lah
ada magik ...

kisah pasal seorang perempuan
berkenan walaupun dah jadi bini orang
boleh pula culik lepas tu perang entah berapa lama
ramai mati
lepas bila tentera mati salahkan Seri Rama
apa lah ... sendiri cari pasal lepas tunding pada orang lain

masa baca ni terkejut macam mana wujudnya
Hanuman ... sebab ingatkan Hanuman jadi sebab masa jadi manusia dia jahat
kemudian after life hidup semula jadi kera

tak tebal pun bukunya
97 muka surat .. tulisan font besar
senang baca ...
ada kat The Bibliophile

Private Detective Cormoran Strike is visiting his family in Cornwall when he is approached by a woman asking for help finding her mother, Margot Bamborough — who went missing in mysterious circumstances in 1974.

Strike has never tackled a cold case before, let alone one forty years old. But despite the slim chance of success, he is intrigued and takes it on; adding to the long list of cases that he and his partner in the agency, Robin Ellacott, are currently working on. And Robin herself is also juggling a messy divorce and unwanted male attention, as well as battling her own feelings about Strike.

As Strike and Robin investigate Margot's disappearance, they come up against a fiendishly complex case with leads that include tarot cards, a psychopathic serial killer and witnesses who cannot all be trusted. And they learn that even cases decades old can prove to be deadly . . .


so dah habis baca
walaupun dah pick Harry Potter Dan Piala Api
at the same time sambar The Cormoran Strike
saya follow series ni
menarik sebenarnya ..
hehehe akhirnya Robin dump future husband dia
my instinct mengatakan Robin ada feeling kat Cormoran masa buku no 3 lagi
no 4 tu dah ketara cuma in denial

so kali ni saya jadi poligamy reader
The Cormoran Strike boleh baca masa pergi balik kerja
and Harry Potter baca kat rumah
sebab malas nak usung buku pergi balik kerja
tambah lagi ada masa cuaca tak menentu
kejap panas kejap hujan

tata titi tutu ..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dah ada anak ni, koleksi buku jadi banyak buku parenting hahaha.... Tu pun kumpul je,struggle nak baca..Alahai busy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 06:23 PM | Show all posts
NOVEL AIR MATA HAMKA — “TERUSIR”
terbitan JEJAK TARBIAH
“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.” (Hamka)
#SINOPSIS:
Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.
baca dalam one sitting
watak yang terasa nak lempang laju-laju ialah Azhar
suami pada Mariah dan ayah kepada Sofyan
memang kesian gila pada Mariah
dia terpaksa jadi pelacur at the end ...

kahwin dengan Azhar kena halau sebab fitnah
kahwin dengan suami kedua, kaki pelacur dan kaki kebas

nak kerja jadi orang gaji
rata-rata tak nak sebab dia lawa sangat
zaman dulu orang lawa ni jadi nightmare pada si isteri
macam sekarang juga le
so kena cari orang gaji yang tak lawa ..
si suaminya takde lah nak ngap orang gaji

hayati babak kat mahkamah tu
sedih sebak ..
kalau jenis cepat meleleh
mm banjir dah

depressing at the end ...

curi-curi baca in between Troubled Blood dengan Harry Potter and the Goblet of Fire


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 02:39 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 16-8-2021 02:44 PM

Selesai baca novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas. Jalan cerita ok. Menarik juga. Ada sikit lawak. Overall 3.5/5.

Sekarang tengah baca Your Best Age Is Now by Robi Ludwig.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2021 07:20 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 18-8-2021 08:12 AM

Ibn Fadlan ialah seorang pengembara Arab yang terkenal sekitar abad ke-10 Masihi. Beliau dilantik sebagai diplomat bagi kerajaan Abbasiyah sewaktu pemerintahan Khalifah al-Muqtadir, dan dihantar ke kawasan utara, terutamanya di sekitar Volga yang kini terletak dalam negara Rusia.Ibn Fadlan mengarang Risalah Ibn Fadlan yang menjadi catatan penting dalam merekodkan tatacara hidup masharakat Viking dan pengembarannya ke negeri Turk, Saqalibah (Viking), Rusia dan Khazar. Selain itu, catatan beliau juga mempersembahkan kemajuan kegiatan keilmuan orang Arab yang telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu geografi.

buku ni sampai petang semalam
petang tu juga terus baca


kira buku ni macam kisah adventure Ibn Fadlan ke negara asing
melihat kehidupan, budaya & sosial serta agama mereka
yang pasti tiada batasan antara lelaki dan perempuan

orang rusia ... ewwww pengotor
wekkk tak sanggup 1 baldi air diguna untuk 10 orang
kalau orang pertama takpe lah
ni kalau dah orang kedua
air dalam baldi tu tak tukar ye
tu lah untuk kumur-kumur, basuh muka, buang air hingus dan sebagainya
air tu akan dibuang bila semua orang dah habis guna pakai


tak mandi satu hal .. pee poo tak basuh
lepas membuang macam tu jer
....

untuk menunjukkan kekayaan
yang perempuan akan letak mangkuk di area breast
dalam mangkuk tu ada gelung
jika suaminya ada wang sebanyak 10 ribu dirham
maka suaminya akan buat gelung bernilai 10 ribu dirham
tak kisah emas atau perak
dah siap letak gelung dalam mangkuk tu

ada satu part tu masa tengah borak
selamba jer perempuan tu buka kain and garu anu nya
depan tu Ibn Fadlan ... mengucap bebanyak Ibn Fadhlan
lelaki sebelah perempuan tu gelak jer
dia kata lebih  baik terbuka dan semua melihat
dari tertutup dan kemudian dicerobohi ...


ada juga cerita pasal orang Turki
orang Turki zaman dulu ... kalau suaminya mati, dibakar dan isterinya pun sama
kalau isterinnya mati, lelaki tak kena mati dibakar
tapi hamba perempuan nya kena ikut sama mati dibakar
then kalau haiwan pula diorang tak sembelih
diorang pukul sampai mati


dan paling menarik seorang Raja bercerita pada Ibn Fadhlan yang dia berjumpa Yakjuj & Makjuj
lelaki tingga 12 hasta, kepala seperti periuk besar
hidung lebih sejengkal .. mata sangat besar
jari-jari lebih sejengkal setiap satu

jarak dari penduduk Wisu dengan kaum Yakjuj ni 3 bulan lebih terpisah oleh laut
tinggal pinggir ;aut, kahwin sesama sendiri
makan hanya seekor ikan untuk dia dan keluarganya
jika makan terlebih kenyang akan rasa sakit perut
ikan tu akan masuk balik dalam laut selepas dah diambil isinya

dan betul lah Zulakarnain bina satu tembok yang menghalang kaum Yakjuj & Makjuj ni keluar
diorang tak bercakap .. tahu-tahu bunuh orang jer
hanya Allah sahaja yang tentukan sama ada kaum ni boleh keluar ke tidak
bila boleh, pintu dibuka, laut mengering dan ikan semua tiada

yang pasti dengan kaum ni membuatkan orang gerun takut
sehingga perempuan yang hamil boleh keguguran
jadi apa yang Raja tu buat ialah dia telah membunuh
dengan mengikat orang tu dipokok sehingga mati.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 07:07 AM | Show all posts
Sang Halimunan, dia tiba di Iping di penghujung musim dingin, dengan perancangan melakukan penyelidikan bagi mengembalikan tubuhnya yang tidak lagi terlihatkan. Penampilannya yang berbalut seluruh tubuh menjadi buah mulut warga Iping, sekaligus meninggalkan rasa jengkel dan skeptikal terhadap dirinya. Insiden demi insiden berlaku yang akhirnya membuka rahsia keghaiban dirinya. Setelah rahsia keghaibannya diketahui umum, dia dikejar dan diburu, dan itu membuatkan tujuan asalnya berubah. Alang-alang umum menandai dirinya dengan kejahatan, dia berazam untuk menakluk sekalian manusia, juga menakluk satu dunia!Dalam usaha warga Iping menangkapnya, dia berjaya melepaskan diri, dan bersama seorang gelandangan yang menjadi suruhannya, mereka menjadi pelarian menuju ke selatan, ke Port Burdock.Di Port Burdock, Sang Halimunan merangka dan menyusun strateginya. Keyakinannya bagi menakluk dunia kian meninggi setelah bersua dengan Dr. Kemp, seorang kenalan lama, yang berjanji untuk membantu dan menjadi sekutunya.Mampukah Sang Halimunan merealisasikan impian jahatnya? Apakah nasib yang menimpa Dr. Kemp dan Si Gelandangan di akhir cerita?

baru mula baca malam tadi
mmm tertanya motif Sang Halimunan
sabar sabar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2021 11:14 AM | Show all posts
Jonathan Harker, seorang peguam cara muda, ditugaskan ke Transylvania bagi menemui Pangeran Drakula atas urusan jual beli hartanah di London. Pada mulanya, ketibaannya di Kastil Drakula disambut mesra, namun lama-kelamaan, Jonathan mengalami satu demi satu peristiwa aneh dan ngeri, dan semua itu dicatitkan dalam jurnalnya. Dia seperti terpenjara, dan mula mencari jalan keluar dari kastil tersebut.Selama Jonathan berada di Transylvania, tunangnya, Mina Murray berasa khuatir sekali. Dia sering berkirim surat, meluahkan perasaan kepada sahabat baiknya, Lucy Westenra. Atas jemputan Lucy, Mina berangkat ke Whitby bagi menenangkan perasaan. Ketika di Whitby, tidur Lucy sering terganggu oleh mimpi ngeri, dan dia sering keluar berjalan dalam lena, hingga akhirnya dia menjadi mangsa pertama vampira.Kesihatan Lucy kian memburuk, membikin tunangnya, Athur Holmwood, meminta bantuan daripada temannya, Dr. Seward. Setelah diperiksa, Dr. Seward terpaksa meminta pula pertolongan daripada mantan gurunya, Dr. Van Helsing.Pada ketika ini, Mina mendapat berita, Jonathan dalam keadaan  trauma di sebuah hospital di Budapest. Mina berangkat ke sana, lalu di hospital itu mereka bernikah, dan kemudian pulang beristirahat di Exeter.Berita aneh mula muncul di Hampstead, kehilangan kanak-kanak yang dilarikan oleh seorang wanita jelita. Dr. Van Helsing mengesyaki sesuatu. Bersama-sama Dr. Seward, Arthur dan Morris, mereka merungkai misteri yang menyelubungi Hampstead.Kemudian, berdasarkan petunjuk-petunjuk yang dikumpul, juga cantuman jurnal-jurnal Jonathan dan Mina, mereka melakukan pakatan memburu Pangeran Drakula.

baru baca malam tadi .. so takde apa-apa sangat
cuma The Invisible Man kan
agak tragis ending nya
nak kata kesian ... rasanya mati sia-sia
sebab eksperimen dia tak berhasil dan membuatkan dia berubah watak
menjadi orang yang kejam, pembunuh



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 08:29 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 26-8-2021 08:30 AM
Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal-kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap. Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun-tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet. Harry bimbang yang dia mungkin terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.



next book Harry Potter Dalam Kumpulan Phoenix
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 01:36 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 11-8-2021 07:38 AM
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta k ...

tamat baca Harry Potter Dalam Piala Api pagi tadi
my review
Rasa nak sepak Cornelius Fudge ...
Bangang tahap tak boleh bawa bincang
Voldemort kembali semula lah
Buta betul

Geng Malfoy semak-semak
Ye lah dari Slytherin kan
Riak nak mati ...

Terasa sedih bila Cedric mati
Bukan salah Harry
Harry tak tinggal kawan
Dia nak fair and square
Ajak Cedric pegang piala api
Cuma tak sangka bawa ke tempat lain

And last sekali ... Harry berikan wang 1000 Galleon pada Fred & George ...
Good deeds and money can't buy happiness and laughter
Being poor doesn't mean we are living in sad
Being rich doesn't mean we are living in happy
Be moderate

Ron haishh budak ni
Suka betul bersungut .. annoying rasanya
Nasib lah Harry bagi pesan pada kembar tu untuk belikan jubah baru ...

This is not the beginning and not the end ...
Voldemort Vs Harry Potter

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 02:47 PM | Show all posts
currently reading :

Tajuk : Wira Cinta Widya
Penulis : Mahizan Husain
Penerbit : Fajar Pakeer

Sinopsis :

Wira tak pernah berjaya meluahkan cintanya kepada Widya - gadis paling cantik, pintar dan elit di sekolahnya. Di sekolah, Wira menjadi mangsa buli dan gagap adalah gelarannya. Latar belakang keluarganya yang miskin dan sebagai pelajar paling corot dalam kelas, Wira merasakan yang dia memang tak sepadan dengan Widya. Dalam kekurangan itu, Wira ada kelebihan, dia berbakat dalam penulisan.

Tamat sekolah, Wira gigih berusaha. Daripada penjaja jalanan dan pekerja kilang, Wira berjaya menjadi novelis terkenal. Wira tak pernah melupakan Widya sedetik pun. Satu hari, Widya muncul kembali dalam hidup Wira. Tragiknya, Widya kini sedang meniti hari-hari gelap kerana diserang penyakit.

Wira tetap mencintai Widya tetap mahu mengahwini Widya biarpun terpaksa menerima hakikat yang dia mungkin akan hilang Widya. Dia mahu jadi Wira yang akan mencintai Widya selama-lama. Mampukah seorang Wira terus cinta akan Widya?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 09:30 PM | Show all posts
baca 2 buku hari ni

currently reading :

Tajuk : Terminal Terakhir
Penulis : Ramlah Hussein
Penerbit : Creative Enterprise

Sinopsis :


Mungkinkah kasih sayang seorang lelaki boleh dipercayai? Ataukah terlalu lama Zaidi menanti hingga semakin banyak tuntutannya yang tidak mungkin Zihan tunaikan? Untuk berlaku adil, haruskah kedua-duanya ditinggalkan?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 06:32 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 4-8-2021 03:10 PM
“Sorry kacau abang. Tapi kita ada masalah sikit dengan client malam ni.”
“Masalah apa?”
“Enci ...

memang plan nak beli buku isma niwalaupun tak pernah baca karya dia sebelum ni

sebenarnya tertarik tengok cover hahaha
nanti boleh beli sekali dengan buku fixi lain la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.893325 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list