CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2021 01:36 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 11-8-2021 07:38 AM
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta k ...

tamat baca Harry Potter Dalam Piala Api pagi tadi
my review
Rasa nak sepak Cornelius Fudge ...
Bangang tahap tak boleh bawa bincang
Voldemort kembali semula lah
Buta betul

Geng Malfoy semak-semak
Ye lah dari Slytherin kan
Riak nak mati ...

Terasa sedih bila Cedric mati
Bukan salah Harry
Harry tak tinggal kawan
Dia nak fair and square
Ajak Cedric pegang piala api
Cuma tak sangka bawa ke tempat lain

And last sekali ... Harry berikan wang 1000 Galleon pada Fred & George ...
Good deeds and money can't buy happiness and laughter
Being poor doesn't mean we are living in sad
Being rich doesn't mean we are living in happy
Be moderate

Ron haishh budak ni
Suka betul bersungut .. annoying rasanya
Nasib lah Harry bagi pesan pada kembar tu untuk belikan jubah baru ...

This is not the beginning and not the end ...
Voldemort Vs Harry Potter

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 02:47 PM | Show all posts
currently reading :

Tajuk : Wira Cinta Widya
Penulis : Mahizan Husain
Penerbit : Fajar Pakeer

Sinopsis :

Wira tak pernah berjaya meluahkan cintanya kepada Widya - gadis paling cantik, pintar dan elit di sekolahnya. Di sekolah, Wira menjadi mangsa buli dan gagap adalah gelarannya. Latar belakang keluarganya yang miskin dan sebagai pelajar paling corot dalam kelas, Wira merasakan yang dia memang tak sepadan dengan Widya. Dalam kekurangan itu, Wira ada kelebihan, dia berbakat dalam penulisan.

Tamat sekolah, Wira gigih berusaha. Daripada penjaja jalanan dan pekerja kilang, Wira berjaya menjadi novelis terkenal. Wira tak pernah melupakan Widya sedetik pun. Satu hari, Widya muncul kembali dalam hidup Wira. Tragiknya, Widya kini sedang meniti hari-hari gelap kerana diserang penyakit.

Wira tetap mencintai Widya tetap mahu mengahwini Widya biarpun terpaksa menerima hakikat yang dia mungkin akan hilang Widya. Dia mahu jadi Wira yang akan mencintai Widya selama-lama. Mampukah seorang Wira terus cinta akan Widya?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 09:30 PM | Show all posts
baca 2 buku hari ni

currently reading :

Tajuk : Terminal Terakhir
Penulis : Ramlah Hussein
Penerbit : Creative Enterprise

Sinopsis :


Mungkinkah kasih sayang seorang lelaki boleh dipercayai? Ataukah terlalu lama Zaidi menanti hingga semakin banyak tuntutannya yang tidak mungkin Zihan tunaikan? Untuk berlaku adil, haruskah kedua-duanya ditinggalkan?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 06:32 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 4-8-2021 03:10 PM
“Sorry kacau abang. Tapi kita ada masalah sikit dengan client malam ni.”
“Masalah apa?”
“Enci ...

memang plan nak beli buku isma niwalaupun tak pernah baca karya dia sebelum ni

sebenarnya tertarik tengok cover hahaha
nanti boleh beli sekali dengan buku fixi lain la

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2021 08:53 PM | Show all posts
cmf_summer_snow replied at 28-8-2021 06:32 PM
memang plan nak beli buku isma niwalaupun tak pernah baca karya dia sebelum ni

sebenarnya terta ...

ada rezeki boleh beli either fizikal book or ebook
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 10:22 PM | Show all posts
currently reading :

Tajuk : Sampah
Penulis : SN Shahnon Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sinopsis :



Dia menghulurkan tangan sekali lagi. Sekurang-kurangnya dia bersandarkan harapan juga. Tetapi, sekian lama sandaran itu tidak pernah dimakbulkan. Kini, manusia hanya memikirkan kewujudan sendiri. Tidak pernah memikirkan kewujudan orang lain. Mahu tidak mahu sandaran yang paling nikmat dan paling memuaskan ialah khayalan. Hanya berkhayal dalam kematian menunggu keabadian di alam barzakh sahaja yang terdaya meneruskan degupan jantungnya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-8-2021 11:39 AM | Show all posts
budi_jentayu replied at 28-8-2021 10:22 PM
currently reading :

Tajuk : Sampah

nanti review le
jalan ceritanya mengenai apa

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 01:13 AM | Show all posts
sekarang ni sibuk habiskan masa dgn baca buku dr indonesia..penulisnya tere liye (penulis buku hafalan sholat delisa)..ada 9 series buku ni...order kat shopee...dlm masa tiga hari i dah baca 6 buku..sesiapa yg suka genre adventure fantasy blh try kot
buku ni tentang dunia paralel..tentang klan2 yg wujud di bumi seperti klan bumi iaitu kita la, klan bulan, klan matahari, klan bintang dan semua klan2 ni mempunyai kemajuan dan kuasa yg berbeza..yg paling primitif thp ketinggalan zaman, klan bumi lah yg klan lain gelar makhluk tanah...dan buku ini juga berkisarkan pengembaraan 3 org sahabat yg tinggal di bumi tetapi berasal dr klan yg berbeza cuba untuk selamatkan bumi daripada hancur

watak utama : pada awal buku mereka tak tahu pun yg mereka ni dr klan yg berbeza tp ada peristiwa yg menyebabkan mereka terpaksa mengembara merungkai rahsia di sebalik klan
1) Raib dari klan bulan : ada mcm2 kuasa (blh menghilang,pukulan berdentum, blh keluarkan salji, ada kuasa penyembuhan, blh bercakap dengan alam )
2) Seli dari klan matahari : blh mengeluarkan petir, ada kuasa kinetik
3) Ali dr klan bumi : x ada kuasa mcm kwn2 yg lain tp dia ni supergenius sehinggakan org klan bulan & matahari surrender dgn tahap genius ali ni...suka mencipta pelbagai peralatan yg pelik2...dan peralatan yg dia cipta nilah yg banyak membantu pengembaraan diaorg...tetapi ali blh bertukar menjadi beruang yg ganas bila dia dah marah (dikatakan makhluk primitif dr klan bumi)

walaupun nama2 klan ni matahari, bulan, bintang bukan bermaksud mereka ni tinggal di bulan, matahari bagai, mereka tetap tinggal di bumi tetapi dunia yg lain...mcm bunian mcm tu la





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 31-8-2021 11:39 AM
nanti review le
jalan ceritanya mengenai apa

orait ni review sikit pasal novella Sampah

Kisah tentang kehidupan seorang pengemis yang hidup terbiar dan melarat di tempat letak kereta, di kaki lima, dan lorong-lorong. Penceritaan daripada suara hati sang pengemis, sudut pandang dia melihat dunia, digambarkan dirinya yang sebenar adalah amat kaya, juga amat miskin. Kaya dengan ketenangan dan harapan untuk menemui keabadian. Miskin kerana tidak punya sebarang alat deraan hidup. 'Alat deraan' dalam konteks ini adalah harta benda. Harta benda yang hanya menderakan proses mencari keabadian, iaitu kematian.

Disebabkan karya SN Shahnon Ahmad, jadi kita perlukan penelitian semasa membaca, tak boleh terburu-buru membaca disebabkan laras bahasa yang tinggi dan banyak pengulangan ayat yang ditulis (memang 'stail' beliau begitu).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 03:33 PM | Show all posts
budi_jentayu replied at 1-9-2021 03:15 PM
orait  ni review sikit pasal novella Sampah

Kisah tentang kehidupan seorang pengemis yang hid ...

i see ..
tengok lah ada rezeki beli lah kot
rehatkan diri membeli buku dulu ...

saya pernah baca buku Srengenge
not bad juga lah


buku dari sasterawan negara tak boleh baca dalam keadaan terburu
maksud dan jalan ceritanya mendalam
kena faham betul-betul
kalau tak akan jadi tak faham dan bosan





Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 1-9-2021 03:33 PM
i see ..
tengok lah ada rezeki beli lah kot
rehatkan diri membeli buku dulu ...

setuju sis... bukan bacaan untuk kita release tension... bila kita tenang & rileks baru boleh baca dan mudah nak fikir & hadam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 08:34 PM | Show all posts
budi_jentayu replied at 1-9-2021 04:35 PM
setuju sis... bukan bacaan untuk kita release tension... bila kita tenang & rileks baru boleh baca ...

maka buku sebegini perlu dibuat pekasam dulu
mungkin setahun atau lebih ...
sebab saya pekasam dulu buku-buku macam ini ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:51 AM | Show all posts
saya tengah baca buku KHURAFAT, TAHYUL & MISTIK DI ALAM MELAYU karangan Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. buku ni bukan buku fiksyen tapi kupasan dan gaya bahasanya sangat menarik kadang2 rasa macam baca novel pula; macam penceritaan seseorang.

discovered tgg buku ni secara tak sengaja masa dengar ceramah di Ytube. ustaz tu letak atas meja dan promote...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedang cuba baca Everyone Communicates, Few Connects: What the Most Effective People Do Differently by John C. Maxwell. Self explanatory title
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
currently reading :

Tajuk : Telaga
Penulis : Khairi Mohd
Penerbit : Fixi

Sinopsis :

“Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam,” arah Lebai Kosim.
Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ.
“Hoh, sebab apo, Dan?” tanya ayahnya kehairanan.
“Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi.”
“Gapo? Mano?”
“Ado lagi ni duk dapur,” kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. “Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo.”
“Banyok ko, Dan?”
Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. “Mung nok gapo?”
Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran ‘sesuatu’ itu.

* * *

Siapa sangka Sungai Kelantan menyimpan banyak rahsia. Termasuklah rahsia yang tidak sengaja aku bongkar pada satu petang, semasa pergi memancing dengan kawan baikku, Mat Toya dan Pok Jik.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2021 06:51 PM | Show all posts



Bagi la ucaptama  buku ni sikit
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 26-9-2021 06:51 PM
Bagi la ucaptama  buku ni sikit

Tak masuk kepala apa yg dibaca,kepala meolls terbayang bukan2.

Nnt dah ada rumusan meolls bagi hokeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 12:33 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 29-9-2021 12:36 PM
Annaquinn009 replied at 1-9-2021 01:13 AM
sekarang ni sibuk habiskan masa dgn baca buku dr indonesia..penulisnya tere liye (penulis buku hafal ...

boleh bagi link seller tak?
saya cek kat goodreads.comdah sampai 11 buah buku
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:36 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 29-9-2021 12:33 PM
boleh bagi link seller tak?
saya cek kat goodreads.comdah sampai 11 buah buku

boleh order kat shopee je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.701366 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list