CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 16-2-2024 03:47 PM | Show all posts
DIA BUKAN NABI.DIA BUKAN WALI.
DIA BUKAN TERSOHOR.
TIDAK JUGA TERBILANG.

DIA SEKADAR SEORANG HAMBA YANG CUBA TEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI INI.

DIA CUBA MENELADANI RASULLAH. NAMUN AKHIRNYA DIA HANYA MANUSIA BIASA.

SANG MUSAFIR KEMBALI BERKELANA, MENGHADAPI MUSUH TIDAK TERDUGA DEK PEMIKIRAN DAN JIWANYA. SIAPA YANG BAKAL BELIAU PERANGAI KALI INI?

MARI KEMBARA BERSAMA LAKSAMANA SUNAN DALAM BERTUALANG MERANTAU SUKMA, KEMBARA MERAGA JIWA.

SEKUEL TERBARU DARI MASTER THRILLER MALAYSIA.

review Yang paling patah antara kita memang takkan sangka endingnya dan masalah mental ni bukan masalah simple. Rumit sebab ia terjadi dalam banyak sebab.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2024 02:09 PM | Show all posts
Dengan nama Ilah.

Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.

Apa itu Goji Bundy?

Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.

● tanpa perancangan rapi.
● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj)
● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin)
● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2024 07:27 AM | Show all posts
Hassan Basri - si jejaka Melayu, menemui sebuah buku usang milik datuknya yang menganduingi catatan harian Tun Cempaka.

Sepanjang Tun Hassan Perwira mengajar pantun Melayu kepada seorang wanita Inggeris, Tun Cempaka berada bersama dan merakamkan detik itu dalam Jurnal.
Khadija, si gadis berdarah campuran, mewarisi buku nendanya ; koleksi pantun-pantun Melayu yang diterjemah ke bahasa Inggeris - mereka menggelarkanya Terjemahan.

Kedua-dua naskhah itu merupakan benang takdir yang terputus ketika Perang Bendahara Pahang, sebelum bertaut semula saat Hassan Basri dan Khadija berganding tenaga demi sayembara pantun.

Warisnya Kalbu ialah novel Sri Rahayu Mohd Yusop yang pernah memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2024 07:49 PM | Show all posts
Di hari walimatul urus ayahandanya, Tun Manis diacukan keris di leher oleh Kunta, si panjat angkara. Lalu datang Gerhana sang empu muda elok rupa baik budi bahasa menyelamatkannya. Kisah Tun Manis dan Gerhana berjalin kait apabila tahi bintang melintas di langit kerajaan Pahang Lama. Setelah lebih seabad berlalu, kisahTun Manis dan Gerhana jatuh ke tangan Hisyam, perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung dukalara dan tanda tanya. Adakah kisah yang selama ini berada dalam simpanan pustaka keluarga Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland itu boleh membawa suluh pedoman terhadap kabut gelita dalam kalbu pemuda bakal empu ini?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2024 08:12 AM | Show all posts
Muhammad Azim pemuda mithali si pencari jawapan. Surat-surat lama tinggalan bapanya membingkar akar leluhur. Branwynn Gwill, seorang perempuan suruhan yang hidup pada tahun 1881 di sebuah rumah sakit jiwa di London telah berutus surat kepada seorang pemuda bangsawan dari Pahang, Tun Ahmad Basil ibnu Tun Hassan perwira; titik ini mengheret Muhammad Azim dan gurunya, Haji Mus'ab ke Kota London.

Perkelanaan Muhammad Azim dan Haji Mus'ab ke Kota London menemukan satu demi satu kejutan. dengan mencantumkan serpihan kemusnahan keluarga dan menemukan jalan untuk kembali ke pangkuan ayahnada dan bondanya dan menemukan penawar untuk kalbunya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 05:26 AM | Show all posts
Alicia Berenson lived a seemingly perfect life until one day six years ago.

When she shot her husband in the head five times.

Since then she hasn't spoken a single word.

It's time to find out why.




Captivating. Clever plot twist tp ada beberapa scenes yg x logik...4/5



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2024 09:16 PM | Show all posts
DENDAM KESUMAT – ARMAN JAZEE
Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati.

Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta bantuan saka yang hebat untuk melunaskan dendam kesumatnya. Dikuasai sakanya dia membunuh keluarga Tengku Halim tanpa belas kasihan. Di saat hasratnya hampir tercapai tiba-tiba seorang lelaki muncul untuk menghalang niatnya membunuh Tengku Halim.

Pertempuran sengit berlaku, sejarah lalu mula terbongkar. Ada dendam yang lama bersarang, ada hasrat yang lama terhalang. Demi sebuah dendam dia terjerumus ke lembah kehancuran.

GELORA – FITRI HUSSIN
Adam jatuh cinta sepenuhnya sebaik melihat Erliana secara bersemuka. Pada malam dia melafazkan cintanya kepada gadis cantik itu, Amri, bekas kekasih Erliana dibunuh lembaga yang menakutkan dan mati dalam keadaan mengerikan.

Adam dan Erliana mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Enam tahun kemudian pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku. Beberapa kali Adam berjalan di dalam tidur sambil memegang gunting. Kata pak long, bapa saudara Erliana yang mempunyai kelebihan mengubat, Adam dikuasai oleh saka keturunanya.

Solusi diberi tetapi Adam enggan menerima. Ketegangan berlaku. Erliana bimbang dengan keselamatan dirinya dan Eryana. Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang terjadi kepada Adam? Dapatkah Erliana menyelamatkan dirinya dan Eryana?

SAKA SEBELAH RUMAH – EB REEZA
Mariani berasa pelik apabila jiran baru sebelah rumah mereka itu berpindah waktu malam, Bukan sahaja tentang perpindahan mereka menjadi soal tetapi juga tentang keaktifan mereka saat menjelang malam turut menjadi soal sehingga keluarga Mariani seringkali mengintai aktiviti jiran sebelah rumah mereka itu.

“Mak tak pelik ke… Jiran kita tu pindah waktu malam mak bukan waktu siang. Sekian lama rumah tu kosong, tiba-tiba mereka pindah malam hari.”-MARIANI

Benarkah tanggapan mereka bahawa jiran sebelah rumah mereka itu sebenarnya adalah saka kerana aktiviti keluarga jiran mereka seringkali berjalan pada waktu malam dan bukannya waktu siang, tambahan pula wajah mereka juga pelik dengan hiasan warna-warni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:53 PM | Show all posts


Baru habis baca novel dari Rose Harissa. Spin off dari novel Ghost #UmarAlHaidar

Rate saya 4/5

Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu
insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga. Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang
sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.


“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.
“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.
“Ciyeeeee!!!” Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen.
“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena
“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”


Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2024 05:56 PM | Show all posts

' Dicari kebenaran di sebalik kekaburan...'

Jerebu
Dia kembali menagih atmanya yang hilang... Membuahkan ria, pilu, gusar dan curiga melihat pulangnya perantau. Dia tegak bersama asuhan dan arus budaya yang songsang... berjuang, memperjuangkan keadilan di tanah airnya yang songsang, lalu bergelut dalam kemelut yang menjerat...

“ Hidup kita bukan atas impian dan keinginan kita semata-mata. Kita masih hidup bersama orang lain... Mungkin sebelum ini aku juga mempunyai impian dan keinginan untuk bersama kamu. Ya, begitulah sejak pertemuan semula kita, aku sudah membina impian itu. Tapi baru sekejap tadi, segala-galanya hancur. ”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2024 05:15 PM | Show all posts
“Saya bersumpah di bawah Induk dan Tonggak. Di bawah Agung dan Tempatan. Di bawah para Roh dan Manusia. Di bawah Kesucian sebuah Pemeteraian, dan di atas nama KEKUASAAN yang menciptakan—untuk menghormati Pemeteraian antara saya dan kamu.”

Jauh di dunia asing, para manusia hidup di samping makhluk sakti yang bergelar roh. Sekumpulan manusia terpilih untuk membuat pemeteraian bersama roh-roh tersebut demi mengekalkan keamanan antara para roh dan manusia.

Fyn dan ibunya hidup miskin di Kota Kardyn kerana status mereka sebagai pendatang. Eldessa—sebuah hutan tidak dimeterai yang hangus terbakar—merupakan tanah leluhur mereka.

Takdir membawa Fyn bertemu Umal, lelaki tua yang
memeterai bersama Roh Kardyn. Lantas, gadis itu turut mengenali sang roh yang sekian lama mencari penceroboh misteri yang tidak diketahui akan kewujudannya.

Siapakah penceroboh Kardyn yang dicari-cari? Apa pula kaitannya dengan peristiwa kebakaran di Eldessa?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2024 07:00 AM | Show all posts
Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu. Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu saya sakit, padahal orang lain menjauhi. Engkau berdiri di sisiku padahal tidak ada yang akan engkau harapkan daripadaku lagi, sedang orang lain telah meninggalkan daku, kerana memang tidak ada yang diharapkannya. Kerana begitu besar budimu, maka tumbuhlah di dalam hatiku perasaan cinta dan hormat kepadamu, yang belum pernah kurasai terhadap orang lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.409556 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list