CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 30-5-2020 08:39 AM | Show all posts
TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.

Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.

Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya.

FAHMI ke Melbourne demi membuktikan cintanya. Malangnya – Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan untuk pelancong. Dia bekerja secara haram sebagai pengutip buah. Akhirnya, dia ditangkap oleh pihak imigresen dan diusir pulang.

Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne demi impiannya. Fahmi memiliki ‘senjata’ untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang, Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu. Sama-sama berjuang demi sebuah cinta.



tengah baca ni
stop kejap sebab sibuk dan puasa
bila puasa slow sikit nak baca ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2020 08:42 AM | Show all posts
Ada dua sisi dalam kehidupan ini.
Tapi itu hanyalah ilusi.
Hakikatnya…
Ada tiga sisi dalam kehidupan ini.
Dua sisi yang mengapit dunia. Dan sisi ketiga yang memerhatikan segala.
Tiga sisi ini adalah paksi kepada semua. Tiang-tiang ghaib yang mengapungkan dunia.
Tanpa paksi, semua akan terlontar ke dalam pusaran kegelapan.
Tanpa paksi, semua akan bertempiaran mencari pedoman.
Paksi adalah punca setiap kitaran. Dan setiap kitaran… pasti akan bertemu dengan pengakhiran.


akhirnya habis juga baca Haura
jalan cerita agak slow dan temanya ialah cinta
tapi bukan jenis cinta yang jiwang-jiwang
macam biasa RAM pandai main dengan emosi, persoalan dan misteri
kalau bacamesti tanya siapa pula Adam dan Fahmi nie
kemudian apa kaitan Jessica dan Haura ...
penjelasan akan muncul bila bab akhir
dan terasa laaaaa .... hmmm oooo
dan macam biasa ada moral of the story
tu kena baca sendiri lah yer ...
tak nak spoiler ..

so kita move on dengan Paksi
cerita creepy ...
hari ini kan cuti ... so gunakan hari ini dengan sebaik mungkin ..

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 08:30 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 8-6-2020 08:42 AM
akhirnya habis juga baca Haura
jalan cerita agak slow dan temanya ialah cinta
tapi bukan jenis ...

Lama tak reply dekat sini. i dah beli buku ni rasanya berbulan. belum ada mood nak baca. tak tau kenapa. tapi dah baca fly punya review, ok kot. nanti bila free boleh lah baca.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 08:31 PM | Show all posts
Sekarang tengah baca e-book Korban Kasih 1 & 2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 08:34 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 30-5-2020 08:30 AM
buku ni dibaca pada May 25, 2020
habis baca in one sitting
pendek jer

Sedap juga e-book anna lee ni. Ada lagi dua buku dia yang belum dibaca. Saja beli dulu. Butterfly dengan yang terbaru, lupa pulak tajuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Xtau knpa pkp 3 bln tp 1 buku x baca hrtu msa bln 4 kemahin bli sampai 6 e-book. Buku fixi yg satu rm5 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2020 06:49 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 10-6-2020 08:30 PM
Lama tak reply dekat sini. i dah beli buku ni rasanya berbulan. belum ada mood nak baca. tak tau k ...

buku Haura saya pre-order
bulan January dah terima
menyimpan and bulan ni baru baca slowly
agak slow and misteri tapi ending nya ok lah
mungkin RAM slowkan rentak dia kot

selalu jalan ceritanya agak laju ...
ni memang slow
so no need to rush nak tahu ending nya ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 06:51 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 10-6-2020 08:34 PM
Sedap juga e-book anna lee ni. Ada lagi dua buku dia yang belum dibaca. Saja beli dulu. Butterfly  ...

butterfly and sesuatu yang hilang
sesuatu yang hilang belum baca
nanti dulu .. simpan kejap
hahaha
tengak baca Paksi - Ismi Fa Ismail
yoikesss creepy seram gore ... adoiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2020 08:45 PM | Show all posts
Bagi Mikha Mikhail kehidupannya sudah sempurna.
Ada ibu yang menyayanginya; dapat bekerja di syarikat idamannya dan ada dua orang BFF yang sehati sejiwa.

Namun, semuanya berubah pada satu pagi. Semua orang memandang pelik ke arahnya. Tambah menghairankan bila Shuwan dan Nayan beria-ia memeluk dan menangis melihat dirinya. “Kau ni dah kenapa? Macam sebulan tak jumpa aku.” “Babe… dah dua bulan kau hilang. Tak datang kerja.” Mikha melopong. Tidak masuk akal dia tak datang kerja selama dua bulan! Bukankah baru semalam dia bersengkang mata menyiapkan proposal untuk bosnya? Mana mungkin ditinggalkan kerjanya begitu saja?

Masalahnya kini, cuma satu; ada sesuatu yang hilang dari memorinya hingga dia tak ingat apa yang sudah berlaku! Pelbagai persoalan menggasak fikiran. Tetapi, semakin dia mencari jawapan, semakin dia lemas dengan jawapan yang ditemui.

Dia... ada skandal?
Dia... pernah membunuh?
Dia... sebenarnya wanita yang jelik dan menjijikkan?

Ada sesuatu yang akan hilang selamanya, tetapi ada juga sesuatu yang hilang akan kembali ditemui.

Namun... adakah ia berbaloi?
Gara-gara tak tahan dah
Saya habiskan baca Paksi dalam masa 1 jam
Traveling dari KL ke Klang
Rasanya dah tak ingat apa dah
Nasib pakai mask so orang tak nampak muka .. cuma kerut dahi jer la
Whatever lah ... cuma bila part last tu ... terlepas satu keluhan
Mungkin orang sebelah boleh dengar kot

Ceritanya pelik .. seram ada .. sci-fi ada .. mistik ada
Kira semua elemen ada lah
Cuma larat tak larat nak imaginasi setiap scene
Tapi part last tu percaya lah ... Bulu roma akan naik tetiba
So real ... Kejadian yang seolah-olah yang akan terjadi suatu hari nanti

Siapa follow buku Ismi Fa Ismail mungkin akan faham

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 10:48 AM | Show all posts
@fly_in_d_sky
byknye borong buku prolog media
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 10:51 AM | Show all posts
sedang baca buku Hijab Qasyaf
best jugak buku ni
dh abis baca buku
- bunian - anuar darwisy
- susuk setan - illya abdullah

gigih oooo cari dlm shopee
sbb sini mana ada popular..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 06:50 AM | Show all posts
kucingkarate replied at 22-6-2020 10:48 AM
@fly_in_d_sky
byknye borong buku prolog media

tak banyak pun
ada orang lain lagi banyak
memang borong gila
rasanya dalam 12 buah buku atau lebih

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 04:43 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 24-6-2020 06:50 AM
tak banyak pun
ada orang lain lagi banyak
memang borong gila

12? byk tu...
dh abis baca semer ke?

kucen pun suka buku prolog ni sbb lain dr yg lain
plot twist dia mmg kdg2 x terjangka
mmg klu ada buku baru awal2 lg dh kumpul wit nk beli
gigih order online sbb buku ni x jumpa kat sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2020 11:14 AM | Show all posts
kucingkarate replied at 24-6-2020 04:43 PM
12? byk tu...
dh abis baca semer ke?

entah ... mungkin dapat habis kot
tambah lagi kalau jenis kene WFH ke
atau kena ERP ....
duduk rumah and baca lah
mungkin buyer ni jenis ada wang .. boleh beli untuk isi masa lapang
dari duduk termenung ke apa ..
kita tak tahu kan ...

kalau fly .. borong juga
tapi tengok masa untuk baca
kalau kerja office kena buat terpaksa tinggal buku kejap
waktu malam baru layan

ni dah mula masuk office kerja
slow sikit ..

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 12:44 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 25-6-2020 11:14 AM
entah ... mungkin dapat habis kot
tambah lagi kalau jenis kene WFH ke
atau kena ERP ....

bis la tu nanti..org kata berdikit2
atau bahasa stendet baca slow2
kucen pun biasanye baca buku
klu pilih buku & tv, kucen pilih buku
tp mcm fly kate la, time x keje je
mlm2 mmg baca/ klu cuti pun mcm tu

skarang ni kucen pun byk beli buku online
smalam tgk karyaseni ada 2 buah buku baru
terus suruh anak sedara yg duk membelek shopee order
nk beli kat kedai buku, rasa mcm x berapa nk rajin
jd order shopee, byr on deway nk gi keje kt 7e
tp klu sekali pegi book store, mmg ada la yg dibeli juga...

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 12:48 PM | Show all posts
abis dh baca buku Lelaki Exit 217 tulisan Lynn Dayana
best jugak
sekarang duk baca buku Hasutan Iblis

bila tgk buku baru beli, tiba2 kata kt anak sedara :
eh kakak, semer buku seram kita beli? x de genre lain pun...
dia balas : abis buku2 biasa tu citernye asyik2 cliche je
cliche tu ayat peberet dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 11:03 AM | Show all posts
ari ni dh abis baca Hasutan Iblis
best buku ni.
kisah seorang jurugambar & dia bekas anggota polis. baim mampu nampak apa yg orang lain tak nampak malah dia boleh ambik gambar entiti2 yg dia nampak tu. keluarganya dibunuh dgn kejam & adiknya Bahiyah mati kerana dihisap darah hingga kering. oleh sbb itu dia berazam nk tangkap sendiri pembunuh kkeluarganya & akhirnya dia berjaya.
tp part last sekali tu la yg buat suspen. eeeeehhhhh? apa yg dia nampak? mmg berjaya penulis ni buat kucen tertanya2. mcm baca hijab qasyaf jugak. apa punya pjg eeeeehhhh tu sbb mmg ending dia buat kita akan kata eeehhhh!!! juga.. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 02:25 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 5-7-2020 02:31 PM
One Piece follows the adventures of Monkey D. Luffy, a 17-year-old boy who gains elastic abilities after inadvertently eating a mystical fruit, and his diverse crew of pirates, named the Straw Hats. Luffy explores the ocean in search of the world's ultimate treasure known as the One Piece and to become the next Pirate King. On his journey, Luffy battles a wide variety of villains and makes several friends.

Kita tukar selera kejap
Jadi polygamy reader
Kita baca manga series - One Piece

Menarik juga kisah nya
Kira Luffy ni jenis tak putus asa and sentiasa fikir positif
Apa benda je semua dia fikir positif
Dan setiap kali berlayar memang main terjah
Tak fikir pros and cons
Kalau dia jumpa somebody yang dia rasa worth it
Dia akan ajak untuk join geng pirate dia
One Piece ni series nya masih on going
Kira dah masuk chapter 984
Dan untuk volume 97 dijangka keluar tahun ni cuma tak tahu bila

Sebelum ni baca Koe No Katachi (A Silent Voice or The Shape of Voice)
Tak baca manga nya dulu .. tengok movie nya
Memandangkan ramai kata manga nya lagi menarik
So decide untuk baca ... memang best dan lengkap

Shoya is a bully. When Shoko, a girl who can’t hear, enters his elementary school class, she becomes their favorite target, and Shoya and his friends goad each other into devising new tortures for her. But the children’s cruelty goes too far. Shoko is forced to leave the school, and Shoya ends up shouldering all the blame. Six years later, the two meet again. Can Shoya make up for his past mistakes, or is it too late?

Siapa baca manga ni takde rasa apa
Memang ermmm entah hati keras kot
Sebab saya baca ... rasa sebak juga lah
Walaupun hanya manga series

Saya baca kat website online ..
Tak download ...
Untuk Koe No Katachi
Series nya tak panjang ... sampai Volume 7 je
So tak rasa panjang sangat compare One Piece

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:34 AM | Show all posts
dah abis dh baca kombo OMG karyaseni
Dia tetep sempurna - anjell
Imamku lelaki pendosa - umie nadzimah

dua2 best tp paling x leh letak buku anjell tu
start baca mesti nk baca sampai abis. duk tertanya2 apa silap si Eskandar & apsal dia x suka sgt dengan mak tiri dia.

apa2 pun, dua2 mmg x nyesal beli. dh lama x beli buku cintan cintun sbb rasa tipikal sgt. kaya jumpa miskin, syarikat beso2. ada org jahat. ada tu kahwin paksa. tp dua2 ni okey je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2020 06:04 PM | Show all posts
Seventeen-year-old Anna Elizabeth Owens is a typical teen-age girl growing up in Morrisville, North Carolina, until the day her great-grandmother requests her presence at her bedside. In her late seventies, the older woman has a special gift for Anna and she shares a mysterious message.

"Tonight, as my journey in this world ends, so begins your journey into the vast world of dreams. After tonight, your dreams will take you to places of your wildest imaginations. Just remember, we all have good and bad dreams. Henceforth, both good and bad journeys will lead you to your destination."

While living in parallel worlds of dreams and reality, Anna discovers the power of love with a young man named Alex, and Princess Isis discovers the pain of sacrifice on her journey for survival. Eventually, she must choose between the throne and her one true love: a slave named Amon.

Laden with intrigue, romance, action, and adventure, this powerful tale explores Anna's coming-of-age experience from a young girl to a young woman while enthralled in the adventures of her dreams.
Jalan ceritanya menarik cuma part sex agak explicit .. terlalu details untuk buku genre YA, dah macam buku genre Adults. Buku ni diterima oleh author sendiri dan kena buat reviews lepas baca di goodreads.com. Lepas dah buat review dapat points dari Booktaster.

“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu.” – R.O. Windstedt

Pada zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson, mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu sendiri.


Menarik ada juga sebahagian jampi yang dikongsi dan tak sangka ada jampi memanggil pontianak. Tetiba baca buku ni seram sebab ada gambar hantu ... arghhh tension. Sambil baca sambil tu tutup gambar hantu ... tapi as usual ada informasi yang sungguh berguna ...

Perang Tamadun Melayu akan membawa anda menelusuri sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga membawa kepada siri peperangan yang mengasyikkan antara kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Kronikel yang sebelum ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para shogun Jepun bakal didedahkan sinarnya kepada masyarakat.


Buku ni best tak rasa bosan ... mungkin sebab mood membaca sedang meninggi ...
Cara penulisan tak membosankan .. tak rasa macam baca buku sejarah sekolah
Banyak benda yang baru tahu .. ye lah dalam buku sekolah takde lah terlalu details ...
Menarik menarik ..
Ni hasil sambar masa PKP bulan lepas ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.737121 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list