CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 10

[Tempatan] Bencana. PH tak ada jurucakap khas isu pencemaran kimia?

[Copy link]
Post time 15-3-2019 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa tiada jurucakap khas isu pencemaran kimia?
15 Mac 2019


KUALA LUMPUR – Kenapa sampai sekarang tidak ada jurucakap rasmi kerajaan Johor berkenaan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang?

Itu persoalan Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Menurutnya, ia memperlihatkan kegagalan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Datuk Osman Sapian melaksanakan tindakan awal dalam kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim.

“Ini merupakan bencana pertama yang perlu ditangani kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor. Meskipun mereka boleh bertindak dengan lebih pantas, namun apa sahaja tindakan untuk membaiki keadaan adalah amat dihargai.

“Di dalam sebarang inisiatif pengurusan krisis, antara perkara utama yang perlu diambil kira adalah komunikasi dan penyampaian mesej yang benar. Jika ini tidak dapat diuruskan dahulu, maka pelbagai spekulasi boleh merebak dan akan memburukkan lagi keadaan sedia ada.

“Tambahan lagi, ahli keluarga mangsa yang terjejas juga berhak untuk menerima informasi yang benar dan terkini, terus daripada pihak kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Onn Hafiz, kenyataan Osman sehingga kini, jumlah mangsa telah meningkat secara mendadak dan sepatutnya jawatankuasa kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dengan diaktifkan lebih awal.

“Seterusnya, sekolah-sekolah yang terlibat di sekitar radius Sungai Kim Kim sepatutnya ditutup terus sejak dari gelombang pertama lagi. Ia perlu dilakukan sehingga pihak berkuasa benar-benar pasti tiada perkara yang lebih mudarat akan terjadi,” ujarnya lagi.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2019 03:47 PM | Show all posts
menteri2 pakatan haramjada masih lemah kata Tun...wakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
apa lah nak diharapkan dr mentri mentri ph yg tarak habes baca ni. waka ka ka ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JokesCop at 15-3-2019 08:43 PM

Toxicology is a discipline, overlapping with biology, chemistry, pharmacology, and medicine, that involves the study of the adverse effects of chemical substances on living organisms and the practice of diagnosing and treating exposures to toxins and toxicants.

Menteri kesihatan kita ni grad benda ni, xberkutik pun walau dalam bidang sendiri. Sibuk hal rokok la, insurans gampang la, swasta hospital. Ni, ada isu dalam field. Dia ni buat apa? Jijik benar aku dgn menteri ni.

Ni bala dah dibagi dalam lapangan sendiri, berbunyilah syaitan!!! Nak sangat portfolio kan. Nah, portfolio terbaik dah datang. This fucker berani dgn marhaen je, ada kepentingan politik, masing2 buat pekak badak. PH ke, BN ke. Menyusahkan hidup orang, kasik cantas.

Politik besarkan busung. Harapan apa? Harapan kena guling semakin mencanak la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 15-3-2019 08:37 PM
Toxicology is a discipline, overlapping with biology, chemistry, pharmacology, and medicine, that in ...

Aku tergelak baca luahan hati hang sungguh expressive betul
Tapi apa hang kata tu betul. Aku setuju sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
juruckap rasmi mestilah berlatarkan bidang kimia. istilah kimia ni sebot pun berbelit lidah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 16-3-2019 09:48 AM
juruckap rasmi mestilah berlatarkan bidang kimia. istilah kimia ni sebot pun berbelit lidah.

Hint berlatar belakangkan kimia, menteri kesihatan kita bro. Ada doktorate, bukan tgh nak buat, dah ada dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri lembab2 belaka.
Hampir 2000 org mangsa pun kerajaan masih tidak bersuara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NAT_11 at 16-3-2019 11:21 AM

Kamu semua dah jadi jurucakap, jadi tak perlu  kerajaan PH lantik jurucakap lagi. Lantak kamulah nak cakap apa. Orang Johor di Pasir Gudang lagi tahu APA SEBAB BERLAKU BENDA NI. Pencemaran gas takkan berlaku dalam sekelip mata. Sungei kim-kim itu memang dah 30-40 tahun jadi tempat pembuangan sisa gas beracun. Bukan ada pribahasa Melayu, berkata, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bak time bom, tunggu masa je nak meletup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 11:31 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 16-3-2019 11:20 AM
Kamu semua dah jadi jurucakap, jadi tak perlu  kerajaan PH lantik jurucakap lagi. Lantak kamulah nak ...

penCURIK di superMARKET cama nak sedara kau tak akan jadi penCURIK dalanm sekelip mata.

mesti dah biasa CURIK kunci kereta kat rumah, CURIK buah jiran, CURIK selipar kat surau

pastu baru berani menCURIK di superMARKET

sial punya penCURIK


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 11:32 AM | Show all posts
bezita60 replied at 16-3-2019 10:53 AM
Menteri lembab2 belaka.
Hampir 2000 org mangsa pun kerajaan masih tidak bersuara.

gomen bukan kaki merempan mcm puak umngok.
berduyun2 tentera dah turun menyelamat, mengawal dan merawat.

yg lepak kedai mamak sambil pekena teh tarik dok merempan
tu puak umngok je.

even pas pon hantar unit amal hulur bantuan dan berkawal.

>>tentera darat ke pasir gudang<<


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.170261 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list