CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 905|Reply: 4

[Tempatan] Krisis Sisa Toksik : Dakwaan racun sianida belum dapat disahkan

[Copy link]
Post time 15-3-2019 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 15-3-2019 06:00 PM

Pencemaran: Dakwaan racun sianida belum dapat disahkan
SHARKAWI LONDING
[size=0.9]15 Mac 2019 4:26 PM




[size=0.8]
Chin Tong mendengar taklimat daripada Abdul Hamid sambil diperhatikan Sahruddin di pusat saringan awal di Stadium Tertutup MPPG.





PASIR GUDANG - Kerajaan negeri masih belum dapat mengesahkan sama ada dakwaan racun sianida yang disedut sebilangan mangsa ekoran pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, di sini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknnya bagaimanapun perlu menunggu laporan ujian toksikologi dari Jabatan Kimia bagi memastikan kewujudan elemen sianida.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter peribadinya mendakwa wujud elemen sianida dalam tubuh sebilangan mangsa terjejas.

"Kita tunggu laporan ujian daripada Jabatan Kimia sebelum memaklumkan berhubung perkara ini," katanya Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini.

Chin Tong memuji tindakan pasukan bantuan Tim Tinjau Chemical Biological, Radiological and Nuclear(CBRN) serta Tim Nyah Cemar (CBRN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, Komander Jurutera Medan Barat, Brigadier Jeneral Ir. Abdul Hamid Mohd. Isa berkata, tim dari pasukan ATM ini akan membantu dari segi kepakaran membuat tinjauan, identifikasi, serta membuat tandaan tempat yang dikenal pasti.

"Sekarang ini kita sedang membantu tim Hazmat daripada bomba untuk membuat tinjauan di lokasi terkesan.

"Semalam kita membuat tinjauan, identifikasi, serta membuat tandaan tempat yang ditetapkan itu dan hari ini kita menunggu arahan selanjutnya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan," katanya.

Menurut Abdul Hamid, seramai tujuh pegawai dan 33 anggota lain-lain pangkat diatur gerak untuk menghulurkan bantuan. - K! ONLINE


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2019 06:01 PM | Show all posts
Kerajaan Johor tunggu laporan kimia dakwaan wujud sianida

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@bh.com.my

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri perlu menunggu laporan ujian toksikologi dari Jabatan Kimia bagi memastikan kewujudan elemen sianida dalam pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan perkara itu.

“Kita tunggu laporan ujian daripada Jabatan Kimia sebelum memaklumkan berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, melawat pusat rawatan awal pencemaran toksik Sungai Kim Kim di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman sosial Twitter HRH Crown Prince of Johor, mendakwa wujud elemen sianida dalam tubuh hampir semua mangsa.

Malam tadi, Tunku Ismail melawat pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada jam 10.45 malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 07:34 PM | Show all posts
sianida ni nama cm anak dara.. moga ia benar2 tidak wujud..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg dak chemist kata, cyanide tu hasil dari acrylonitrile yg masuk dalam badan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa dgr penggunaan racun cynide ni dlm detective conan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.135750 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list