CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanesra

Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

  [Copy link]
Post time 16-3-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah untuk wafa... Lama juga dia sakit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
RamonaFlower replied at 16-3-2019 02:06 PM
Al fatihah.. sakit cancer ovari peratus nk sembuh atau hidup mmg tipis ke? Takutnya i dgr berita cam ...

You, my fren pun cancer ovari, early stage.. Dh buat treatment, n free cancer. Now tgh pregnant her 1st baby..Twin lagi. Belum cnfrm kannn... I"ll pray you sihat & baik2 je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 03:13 PM | Show all posts
Kagum dengan semangat Wafa







“KALI terakhir arwah bercakap yang saya boleh faham, jam 3 pagi semalam. Dia nak bangun, mengiring dan betulkan posisi badan sebab berasa tidak selesa,” kata Tajul Faizal Tamimudin, suami pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, yang meninggal dunia awal pagi hari ini.

Wafa yang dikenali menerusi filem Azizah The Legend meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya jam 1 pagi hari ini akibat kanser peritoneal.

Tajul berkata, tahap kesihatan arwah menurun sejak dua bulan lalu akibat penyakitnya itu. Sejak itu, dia bersama keluarga lain sudah bersedia dan reda dengan pemergian arwah hari ini.

“Kalau tanda-tanda, doktor pun ada sebut dari dua bulan lalu lagi. Ketika itu, tahap kesihatan arwah semakin menurun. Kami sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan. Saya, adik-beradik dan anak-anak arwah reda.

“Pagi semalam arwah sangat lemah. Tidak banyak aktiviti yang dia buat. Cuma saya maklumkan kepada saudara mara dan rakan terdekat supaya datang rumah. Jam 10 pagi semalam, sudah nampak perubahan dan tanda arwah akan pergi. Apa pun, sepanjang sakit, dia sangat kuat. Saya kagum dengan semangatnya,” katanya.

Sepanjang sembilan tahun berkahwin dengan Wafa, Tajul menyifatkan Wafa seorang isteri yang penyayang.

“Dia seorang yang penyayang dan sangat kuat. Dia juga senang untuk memahami antara satu sama lain. Kalau bergaduh itu biasalah. Suami isteri mana yang tak bergaduh,” katanya.

Menurut Tajul, Wafa menghembus nafas terakhir di sisi semua anaknya dan saudara mara terdekat.

“Semua ada di sisi arwah sejak pagi semalam. Cantiknya ketentuan Allah ketika itu seorang anaknya pergi membeli makanan. Sebaik dia sampai di rumah, arwah terus tiada. Dia seolah-olah menunggu semua anaknya di sisi.

“Arwah ada tinggalkan hajat terakhir, tapi ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cuma, dua tahun lalu kami merancang untuk menunaikan umrah. Tetapi, selepas saya buat solat isthikarah, dapat petunjuk tidak baik. Tak sangka rupa-rupanya dia dimasukkan ke hospital selepas itu,” katanya.

Tajul berkata, walaupun semua anak tidak tinggal bersama, tetapi mereka kerap datang melawatnya.

“Walaupun anak-anaknya tidak tinggal bersama, tetapi mereka sentiasa datang. Yang tinggal Pulang Pinang akan menziarahnya seminggu sekali dia datang. Anak yang tinggal di Petaling Jaya boleh dikatakan setiap hari datang,” katanya.

Ditanya sejauh mana kehidupan arwah melawan kanser dihidapi, Tajul mengakui terlalu berat untuk berkongsi.

“Dari segi ketabahan arwah, bagi saya ia terlalu dalam. Berat untuk saya kongsikan,” katanya.

Jenazah Wafa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 10.40 pagi. Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Antara rakan artis yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir ialah Eja, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Betty Benafe dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Pada 2014, Wafa disahkan mengidap kanser ovari dan terpaksa menjalani pembedahan membuang ovari, rahim, ormentum dan tiub falopio setahun selepas itu.

Sejak 2016 dia sudah menjalani lebih 18 pusingan rawatan kimoterapi sebelum disahkan menghidap kanser peritoneal tahun lalu.

Arwah meninggalkan empat anak lelaki hasil daripada dua perkahwinan terdahulu. Menerusi perkahwinan pertama, Wafa dikurniakan seorang anak, Luqman Yusof, 39.

Menerusi perkahwinan kedua, Wafa dikurniakan tiga anak iaitu Muhd Hakiim Rauf, 24, Muhd Kamil Rauf, 23, dan Muhd Adib Rauf, 21.

Menerusi perkahwinan dengan Tajul, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham meyifatkan Allahyarham seorang yang kuat.

“Dia legenda. Saya nampak dia berlakon dari kecil. Apabila memasuki bidang hiburan, kita saling berhubung. Kami selalu kongsi mengenai sukan golf, cuma tidak berkesempatan main bersama.

“Selepas dia sakit, tidak tahu sangat tahap kesihatannya macam mana.

Sebab setiap kali jumpa dia tidak tunjuk malah jauh sekali nak bercerita. Tiga atau empat tahun lalu saya ada berjumpanya dan dia kelihatan ceria. Cuma, dia ada cakap dalam proses rawatan sikit.

“Walaupun arwah jarang muncul di kaca TV, tetapi dia banyak terbabit dengan aktiviti bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO). Sebab itu dia bawa namanya di situ,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. tkziah buat kluarga.. apetu kanser peritoneal
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga sekeluarga tabah.
Semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun

Semoga sekeluarga arwah tabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 16-3-2019 07:04 AM
You, my fren pun cancer ovari, early stage.. Dh buat treatment, n free cancer. Now tgh pregnant he ...

Yeke, lega dgr cerita camni. Sbb family i yg cancer semua dah meninggal. Tinggal my mom yg masih buat cemo. Thank you, i pun doakan u and family u sihat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailayirojiun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah buat keluarga. moga rahmat Allah mencucuri roh & jasad Allahyarhamah wafa serta terampun segala dosa. aamiin. tapi betul ke anak sulungnya umur 39 y.o? takkanlah Allahyarhamah kawen masa umur 13y.o
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhi wainnailaihi rojiun..semoga ditempatkn disamping org2 beriman n beramal solehh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah...salam takziah..

alfatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:03 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:18 PM | Show all posts
Takziah kepada keluarga.. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa, ringankan azab kubur, dan tempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang2 yang dikasihi.. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah dan alfatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
RamonaFlower replied at 16-3-2019 02:06 PM
Al fatihah.. sakit cancer ovari peratus nk sembuh atau hidup mmg tipis ke? Takutnya i dgr berita cam ...

Sis...moga tidak benar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati itu pasti. Alfatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079513 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list