CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5986|Reply: 52

[Tempatan] Toxic Gas PG : Memang kerajaan cepat bertindak hari mula lagiii tapi guna cara b

  [Copy link]
Post time 16-3-2019 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by blastoff at 16-3-2019 12:47 PM

Bukti dah ada ni utk membolehkan penduduk saman kerajaan .

Dari kenyataan akhbar yg dikeluarkan oleh NADMA , bukan nama artis hokay tapi ia adalah singkatan bagi AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA,

yg menyebut dgn jelas , lepas kerja pembersihan pertama dilakukan pencemaran jadi makin teruk dgn pertambahan mendadak jumlah mangsa kerana reaksi kimia yg berlaku daripada proses pembersihan yg dilakukan tuuu  ...

Ye la pembersihan tak ikut prosedur yg betul ,

bahan2 kimia yg wujud tu apabila terlarut dgn cecair atau di expose ke udara ketika proses pembersihan dijalankan tuu, dok pi kocak2 dgn jengkaut dan pe saja alat yg di guna utk tarik kluar bahan kimia di sungai tu, telah menyebabkan pembentukan gas lebih hebat berlaku lalu tersebar dgn lebih jauh lah jadinya ke area yg berkilometer luasnyaaa .

info ni di provide oleh NADMA di kenyataan akhbar hokay ..... 2 bahan kimia yg paling bahaya yg melepasi tahap yg di benarkan utk di sedut manusia telah wujud di situ yakni

acrolein ......yg dibenarkan cuma 0.1 ppm  , bahaya segera pada manusia 2 ppm ....yg wujud kat sg kim kim adalah 5.29 ppm ....err itu bukan tahap segera bahaya tapi permanently bahaya dah tuuu . Kalau dah sedut seminggu nya bayangkan laaa kannn long term effect nya tuuu  

Benzena ....yg dibenarkan cuma 1ppm ....dikesan kat sungai tu adalah 1.87 ppm   ...makna melepasi bahaya dah tuuu .










]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]







Pasir Gudang: Darurat atau tidak?15 Mac 2019, 11:47 malam(Dikemaskini 16 Mac 2019, 3:14 pagi)

KINIGUIDE | Ketika kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang timbul sejak minggu lalu, cadangan mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan darurat mula kedengaran tetapi tidak menjadi kenyataan.
Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menimbulkan isu itu dengan menggesa kerajaan mengumumkan darurat semasa perbahasan parlimen pada Khamis.
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof membenarkan usul dibawa Hassan dibahaskan pada hari yang sama tanpa undian, tetapi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak perlu mengisytiharkan darurat.
Apa yang berlaku di Pasir Gudang dan bagaimanakah darurat boleh mengubah banyak perkara? Ini adalah topik dalam Panduankini kali ini.
Apa yang berlaku di Pasir Gudang?
Selepas kakitangan dan murid di dua buah sekolah di daerah itu mengalami kesan akibat bahan kimia terbabit, punca bahan kimia itu dikenalpasti dibuang secara haram di bawah jambatan di sepanjang Sungai Kim Kim.
Bahan kimia berkenaan digambarkan sebagai hitam dan berminyak. Akhbar Singapura, Straits Times memetik seorang penyiasat yang tidak dinamakan berkata ia dikenalpasti sebagai sisa minyak marin yang digunakan untuk melincirkan enjin kapal.
Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, ujian yang dijalankan oleh unit bahan berbahaya telah menemui metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein dan benzena.

  
  
Di samping itu, beliau berkata sampel diambil dari Sungai Kim Kim oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan pelarut organik benzena, toluena, xilena, etilbenzena, dan d-limonene. Bagaimanapun, beliau tidak mengatakan sama ada bahan kimia yang terdapat dalam sampel JAS juga dikesan di tapak pembuangan haram itu.
Siapa yang terjejas?
Insiden itu mula dikesan berlaku pada 7 Mac apabila pelajar dan kakitangan di SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih mengadu kesukaran bernafas, mual, muntah dan bau yang tidak menyenangkan.
Sekurang-kurangnya 79 orang mendapatkan rawatan pada hari itu yang mana 47 orang ditahan termasuk enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Keesokan harinya, warga di sekolah yang sama dan dua sekolah lagi mengadu tentang gejala yang sama. Kedua-dua sekolah yang terlibat ialah SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort.
Sekolah-sekolah berkenaan dibuka semula pada 11 Mac apabila keadaan kelihatan bertambah baik, tetapi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata reaksi kimia daripada operasi pembersihan menyebabkan peningkatan dari segi jumlah mangsa.
Setakat 4 petang pada hari Khamis, 1,906 orang mendapatkan rawatan kerana terdedah dengan bahan kimia dan 390 orang dimasukkan ke wad. Daripada jumlah ini, 10 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Di samping itu, kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang telah ditutup sehingga notis seterusnya dikeluarkan, termasuk 64 buah prasekolah.
Apa yang sedang dilakukan?
Pengurusan bencana ketika ini dijalankan oleh kerajaan Johor melalui Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Neegeri.
Menurut Nadma, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Jabatan Saliran dan Pengairan telah memulakan operasi pembersihan di tapak pembuangan dan mengeluarkan 2.43 tan bahan kimia dan tanah yang tercemar.

  
  
Bagaimanapun, kerja-kerja dihentikan sementara pada keesokan harinya sehingga kontraktor yang berkelayakan dilantik kerana difahamkan bahawa bahan kimia itu dijadikan bahan buangan yang perlu dilupuskan dengan cara yang lebih baik.
Yeo memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis bahawa terdapat empat kontraktor yang dilantik untuk membersihkan tapak pembuangan itu.
Menurut Nadma, agensi lain yang menjalankan operasi di kawasan itu termasuk polis, Hazmat, 12 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, JAS dan banyak lagi.
Ia berkata kerajaan persekutuan berkongsi kos operasi pembersihan dengan kerajaan negeri dan setiap keluarga yang terjejas akan diberi bantuan kewangan.
Sementara itu, kerajaan Johor memperuntukkan RM6.4 juta untuk operasi pembersihan, manakala kerajaan persekutuan memperuntukkan RM8 juta.
Bagi rawatan perubatan, pusat perubatan sementara telah dibina di dewan orang ramai di Taman Pasir Putih.
Isytihar darurat?
Dalam konteks pengurusan bencana, mengisytiharkan darurat melibatkan Fasal 42 Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara yang berkaitan dengan dasar dan mekanisme pengurusan bencana.
Arahan itu mentakrifkan darurat bencana sebagai "bencana besar yang melibatkan kehilangan banyak nyawa, pemusnahan harta benda, ancaman terhadap keadaan sosial, ekonomi dan politik, dan (ancaman) keselamatan dan ketenteraman awam".
Fasal 42 (i) menetapkan bahawa darurat bencana boleh diisytiharkan oleh perdana menteri jika difikirkan perlu atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Persekutuan.

  
  
Fasal 42 (ii) menetapkan bahawa apabila darurat bencana diisytiharkan, kerajaan persekutuan akan mengambil alih pengurusan bencana, bantuan bencana dan operasi pemulihan. Ini termasuk kos kewangan.
Tidak disebutkan perkara lain mengenai darurat bencana melibatkan Arahan 20.
Untuk kejelasan, darurat bencana yang diisytiharkan di bawah Arahan 20 tidak berkaitan dengan kuasa darurat Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan bagi menangkis ancaman terhadap keselamatan negara.
Apakah hujah yang menyokong darurat diisytiharkan?
Hassan berhujah sekiranya keadaan darurat diisytiharkan, ia akan meningkatkan penyelarasan antara pelbagai agensi dan membolehkan lebih banyak sumber diperuntukkan.
Apakah hujah-hujah menentang perisytiharan darurat?
Mahathir berkata keadaan masih terkawal. Sebelum itu, timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kebimbangan pengumuman darurat boleh membawa kepada "serangan panik".
Timbalan Menteri undang-undang, Hanipa Maidin berkata walaupun darurat tidak diisytiharkan, bencana itu ditangani dengan segera dan kerajaan negeri masih mengawal keadaan.
Apakah contoh darurat bencana?
Perdana menteri yang lepas Najib Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang pada tahun 2013 disebabkan jerebu yang teruk dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (API) melebihi 750. Beliau berkata pada masa itu bahawa ia tidak melibatkan perintah berkurung.

  
  
Sebaliknya, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat persekutuan, negeri dan daerah mesti merancang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam dilindungi.
Pendahulu beliau, Abdullah Ahmad Badawi juga mengisytiharkan darurat disebabkan jerebu teruk di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pada tahun 2005.
Ini melibatkan penutupan semua pejabat kerajaan dan swasta dan tempat kerja di kawasan yang terjejas. Namun kedai yang menjual makanan dan minuman termasuk pasar dan pasar raya, klinik dan farmasi serta mereka yang menyediakan perkhidmatan penting dikecualikan.
Bagaimana bahan kimia ini membahayakan?
Metana tidak bersifat toksik tetapi mudah terbakar. Menurut kenyataan akhbar Nadma pada Khamis, kepekatan kimia di tapak pembuangan di Pasir Gudang adalah serendah 0.96 part per million (ppm).
Hidrogen klorida adalah gas yang membentuk asid yang sangat menghakis apabila ia menyentuh kelembapan. Ini termasuk kelembapan yang terdapat pada kulit, mata dan di saluran pernafasan termasuk paru-paru.
Oleh itu, pendedahan kepada bahan kimia ini boleh menyebabkan kerengsaan atau menjejaskan organ termasuk kemungkinan kecacatan kekal (seperti buta) atau kematian.

  
  
Nadma melaporkan kepekatannya menjadi 1.63 ppm di lokasi yang terjejas tetapi tidak menyebut tahap yang dianggap dibenarkan. Sebagai perbandingan, AS menetapkan had pada 5 ppm dalam persekitaran kerja.
Acrylonitrile diklasifikasikan sebagai "karsinogen yang mungkin" oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (berbanding "kemungkinan karsinogen" atau "karsinogenik").
Asapnya juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, mata dan sistem pernafasan. Nadma berkata kepekatan 7.33ppm dikesan, berbanding paras 2 ppm yang dibenarkan dan tahap bahaya sebanyak 8.5 ppm.
Acrolein memiliki bahaya paling tinggi daripada lima bahan kimia yang terdapat di tapak pelupusan itu. Kepekatan yang ditemui adalah 5.29 ppm, manakala pengawal selia menganggap 2 ppm cukup untuk menimbulkan Bahaya Segera Kepada Kehidupan dan Kesihatan (IDLH). Tahap yang dibenarkan dalam persekitaran kerja hanyalah 0.1 ppm.
Daripada lima bahan kimia berbahaya yang terdapat di tapak pembungan itu, hanya satu yang melebihi tahap IDLH. Ia boleh menyebabkan kerengsaan teruk, sembap paru-paru (edema pulmonari) dan melepuh.



Sedutan terhadap Benzene boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, kadar denyut jantung yang cepat, sakit kepala, kekeliruan dan tidak sedarkan diri dalam jangka pendek.
Dalam jangka masa panjang, benzena diketahui menyebabkan leukemia dan menjejaskan perkembangan janin.
Nadma berkata ia dikesan dalam kepekatan 1.87 ppm, berbanding tahap 1 ppm di Sungai Kim Kim.
Topeng jerebu selamat?
Tidak. Sekurang-kurangnya anda memerlukan respirator yang direka untuk melindungi pemakainya daripada wap dan kemungkinan gas berasid juga bergantung kepada kepekatan hidrogen klorida di lokasi anda.
Topeng yang biasa digunakan di Malaysia semasa musim jerebu adalah topeng bedah yang direka untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit atau respirator N95 yang direka untuk menapis udara.
Kedua-duanya tidak memberi sebarang perlindungan kepada bahan kimia yang terdapat di Sungai Kim Kim.
Adalah lebih baik untuk mengelakkan kawasan yang terjejas sepenuhnya dan mencari perlindungan segera jika anda terbau bahan kimia yang berbeza.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menggesa orang ramai untuk berada sekurang-kurangnya lima kilometer daripada sungai tercemar.

PANDUANKINI ini disusun oleh Koh Jun Lin.

https://m.malaysiakini.com/news/468158




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 12:50 PM | Show all posts
topeng jerebu biasa2 pun dah tak selamat hokayy, ia memerlukan topeng gas yg betul2 boleh tapis 100% gas2 itteww ....yg tarak sorang pun penduduk2 pasir gudang milikinyaaa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 12:51 PM | Show all posts
selama seminggu lebih berpuluh ribu penduduk pasir gudang di biarkan kerajaan PH utk hidu gas2 paling bahaya di dunia dlm kepekatan yg tinggi tuh tanpa di suruh berpindah malah tun suruh dok gak situ tok sah pindah langsung .... Kuang3

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 01:14 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 01:17 PM

Dari kata2 Dr. Sahruddin Jamal - pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar dan pertanian negeri ,  nampak yg aku boh font merah tuuu haaa baca yg tuuu hokayy....

laporan kejadian di terima pada 5.15 pagi ,

9.30 pagi lokasi dikenalpasti

lalu TERUS kerja2 pembersihan dah start buat dahhhh oleh beberapa agensi kerajaan hingga 11 mlm bertan di kumpul...tanpa ambik tau pekejadah benda bahaya yg depa kumpulkan tu atau cara betoi utk cuci nya pungg langsunggg tak di pedulikan

hari kedua 8 mac tak dapat sambung kerja pembersihan kerana JAS call kata STOP STOP STOP prosedur cuci tak betoi woi bahaya bahan tuuu ....

hingga lah di lantik 4 kontraktor luar lebih kurang seminggu kemudian baru laaa di sambung balik operasi pembersihan.

Bukti jelas depa bertindak melulu sejak hari pertama lagi utk kumpui bertan bahan kimia paling bahaya yg membawa pada tersebarnya gas toxic lebih meluas ber kilometer jadinya tuuu .








]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


2.43 tan sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim


[METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 11:40 AM

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

SEBANYAK 2.43 tan sisa bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, dikumpulkan dalam operasi pembersihan pada hari pertama kejadian itu dilaporkan, 7 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah sisa bahan kimia yang dikumpulkan itu hanya pada hari pertama sehinga operasi pembersihan tamat pada 11 malam.
Beliau pada masa sama, menegaskan tidak timbul isu kerajaan negeri dan agensi kerajaan lambat memberi tindak balas dalam insiden itu kerana proses membersihkan sisa bahan kimia yang dibuang ke sungai terbabit dibuat dari hari pertama insiden dilaporkan.
“Pihak berkuasa menerima laporan berhubung insiden ini pada 5.15 pagi dan respons segera dibuat khususnya menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.
“Lokasi pembuangan dikenal pasti pada 9.30 pagi, sebelum kerja pembersihan awal dibuat membabitkan beberapa agensi kerajaan yang berada di lokasi,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Pasir Gudang, hari ini.
Bagaimanapun, kerja pembersihan terpaksa dihentikan pada hari kedua, 8 Mac lalu, berikutan makluman daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bahawa sisa buangan bahan kimia itu berbahaya dan memerlukan kaedah pembersihan yang mematuhi peraturan keselamatan.
“Kerja pembersihan disambung semula, semalam oleh syarikat kontraktor pembersihan yang pakar dalam menguruskan bahan kimia berjadual.
“Bacaan kualiti udara setakat ini adalah pada tahap yang baik dan normal, namun ia boleh berubah mengikut keadaan cuaca,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sejak insiden pencemaran sungai itu dilaporkan, 947 mangsa mendapatkan rawatan awal.
Katanya, jumlah itu direkodkan di dua pusat rawatan awal yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar.
“Seramai 209 mangsa dimasukkan ke dalam wad di empat hospital daerah ini, manakala seramai lapan mangsa ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Semua mangsa sudah diberi rawatan dan mereka yang ditempatkan di ICU juga stabil, termasuk mangsa yang ditularkan di media sosial,” katanya.
Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 11:40 AM

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gai-kim-kim-metrotv





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 01:27 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 01:28 PM

Mcm2 sistem badan boleh damage oleh acrolein ........long term adalah penyakit berkaitan jantung yg paling utama. Immune jadi lemah menyebabkan senang dapat infection.




''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

https://academic.oup.com/toxsci/article/143/2/242/1676672


Acrolein, a highly reactive unsaturated aldehyde, is a ubiquitous environmental pollutant and its potential as a serious environmental health threat is beginning to be recognized. Humans are exposed to acrolein per oral (food and water), respiratory (cigarette smoke, automobile exhaust, and biocide use) and dermal routes, in addition to endogenous generation (metabolism and lipid peroxidation). Acrolein has been suggested to play a role in several disease states including spinal cord injury, multiple sclerosis, Alzheimer’s disease, cardiovascular disease, diabetes mellitus, and neuro-, hepato-, and nephro-toxicity. On the cellular level, acrolein exposure has diverse toxic effects, including DNA and protein adduction, oxidative stress, mitochondrial disruption, membrane damage, endoplasmic reticulum stress, and immune dysfunction. This review addresses our current understanding of each pathogenic mechanism of acrolein toxicity, with emphasis on the known and anticipated contribution to clinical disease, and potential therapies.

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 01:38 PM | Show all posts
dah elok ka keadaan hari ni? mcm senyap da citer ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pegawai2 agensi yang terlibat bertungkus lumus menyelesaikan masalah pembuangan bahan toksid haram ni dikatakan bodoh oleh TT...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
NADMA, JAS, Bomba dan lain2 agensi dikatakan bodoh oleh TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 01:49 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 01:53 PM

Kajian toxicology mengenai acrolein ....boleh wujud selama 6 hari dari mula ia terdedah di permukaan air.

Kepekatan yg biasa2 dlm rumah plak adalah paling tinggi 12 ppb ...so apa beza ppb dgn ppm mcm dlm sungai kim kim tu ?

1ppm bersamaan dgn 1000 ppb .....so yg dekat 6 ppm dlm sungai tuuu sama dgn dekat 6000ppb laaa.. selama 6 hari gas sehebat tu kepekatannya wujud dan terhasil yg merebak luas kaw kaw berkilometer tu hokayy




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.atsdr.cdc.gov/toxprofiles/tp124-c2.pdf

When applied to surface water as an herbicide, acrolein may persist for up to 6 days.  It has been detected in 32 of 1,684 National Priority List (NPL) sites.  It has not been found as a contaminant in drinking water.  Acrolein has been detected in very low levels in rainwater in Los Angeles, California, a high-smog area.  Average acrolein concentrations measured at various monitoring stations ranging from 0.5 to 3.186 ppbv (parts acrolein per billion parts of air by volume).  The concentrations of acrolein in indoor air range from <0.02 to 12 ppb in residential homes.  Acrolein concentrations are found to be typically higher in indoor air when comparing paired indoor/outdoor samples taken at a site.  A burned cigarette has been measured to generate 0.06–0.22 mg of acrolein, which may result in a variable and significant inhaled concentration for the smoker or by stander by increasing the concentration of acrolein in the air of a typical room by 0.4–2 ppb.   



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:00 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 02:01 PM

Ni side effect acrolein , kalau sedut akan ganggu sistem pernafasan dari hidung sampai paru2 .







]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



Acrolein can exert toxic effects following inhalation, oral, and dermal exposures.  It is a potent irritant to the mucous membranes.  At high concentrations, it can also cause irritation to skin.  As such, its toxicity is exerted at the point of contact with tissues.Signs and symptoms resulting from inhalation exposure to airborne acrolein may include irritation of the nose, throat and lungs, pulmonary edema, lung hemorrhage, and death.  The nasal tissues appear to be the most sensitive target of inhalation exposure, with onset of noticeable irritation occurring in seconds (0.3 ppm). Higher airborne concentrations of acrolein (2– 5 ppm) result in increasingly severe manifestations of irritation over the entire respiratory tract.  Oral acrolein exposure may result in gastrointestinal discomfort, vomiting, and stomach ulceration and/or hemorrhage.  The stomach epithelium appears to be the most sensitive target for oral exposure (0.75 mg/kg).  Higher concentrations of ingested acrolein have primarily resulted in increasingly severe irritation effects in the stomach (2 mg/kg and higher).  Dermal exposure to acrolein vapors or liquids may cause stinging of the eyes, lacrimation, and reddening, ulceration, or necrosis of the skin (10% acrolein solution).  The eye appears to be the most sensitive target for dermal exposure (0.3 ppm in air).  Histological changes in respiratory and gastrointestinal epithelium have been observed from both inhalation and oral exposures, respectively.  Changes in body and organ weights, hematology, and serum biochemistry have been observed in animals.  Developmental effects, such as skeletal malformations and reduced weight of offspring, occurred at exposure levels resulting in maternal mortality.  Developmental effects were not observed independent of frank maternal toxicity.  Some of these effects are believed to be secondary effects of gastrointestinal and/or respiratory tract irritation (i.e., loss of appetite and weight loss due to gastrointestinal irritation).  Similar effects appear to result from similar exposure levels across durations of inhalation exposures.  In vitro studies have shown acrolein to be weakly mutagenic, capable of interfering with DNA repair mechanisms.  The evidence for the carcinogenicity of acrolein is weak, with a significant tumor incidence found in a single animal drinking water study.  



https://www.atsdr.cdc.gov/toxprofiles/tp124-c2.pdf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:04 PM | Show all posts
tu yg ada sampai pengsan serta ke ICU tuuu bermakna kepekatan yg terjah masuk ke hidungnya memang tinggi kaw kaw lah tu ..... yg selamat plak masih dok sedut gak selama berhari2 walau kepekatan tak menyebabkan pengsan sekalipun tapi masih di sedut lah kannn ke dlm badan yg boleh memporak perandakan sel badan di kemudian hari . Nampak ok lani , sebab kesan jangka panjang hanya tunjukkan simptom years down the road laaa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:07 PM | Show all posts
evolutionary replied at 16-3-2019 01:38 PM
dah elok ka keadaan hari ni? mcm senyap da citer ni?

ada arahan senyap2 dari gobind kot soh semua agensi kerajaan henti melaporkan pepe pun pada media .




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:09 PM | Show all posts
xy_daen replied at 16-3-2019 01:45 PM
NADMA, JAS, Bomba dan lain2 agensi dikatakan bodoh oleh TT...

tukang jilat macam kau ni elok pi jilat sungai kim kim tu laaa tengok bahaya ke idak ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:17 PM | Show all posts
ni khidmat guaman percuma pada penduduk2 yg telah dgn sengaja di dedahkan pada bahaya gas2 toxic oleh kecuaian agensi2 dan pemimpin2 PH tuh.


\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

    [UPDATE] Guamnita tawar khidmat percuma
   BERNAMA


BIRO Guaman Wanita (Guamnita) bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Pengerusinya, Azlinda Baroni dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat itu boleh mengemukakan aduan bertulis dan dihantar ke alamat e-mel di guamnita@gmail.com.
Menurutnya, setiap aduan akan dikaji dan jika terdapat kes, Guamnita akan memberi khidmat nasihat kepada mangsa untuk tindakan perundangan selanjutnya.
Guamnita adalah sebuah badan inisiatif kelolaan Yayasan Pekerja Malaysia (YAPEM) yang antara lain berperanan memperjuangkan hak dan keadilan untuk wanita daripada pelbagai aspek seperti kesihatan, kebajikan, kekeluargaan dan pembangunan sosial.
Kejadian pencemaran sisa toksik yang berlarutan sejak Khamis minggu lalu menyebabkan 947 orang awam dan pelajar sekolah dirawat di hospital sementara 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/433668/update-guamnita-tawar-khidmat-percuma


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:36 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 02:40 PM



Tonton video ni dari 2 minit ke atas dengar sendiri penjelasan menteri hokay   .....

Baru lani nak tubuhkan saintifik kommiti.......

dah seminggu kejadian baru la menteri nih sendiri mengakui depa sendiri tak faham betoi2 selamat ka idak kat sungai tu walau dah di cuci sekalipun oleh 4 kontraktor, so perlu dapat penjelasan saintifik dari pakar2 terlebih duluuuu  ...

errr sepatutnyaaaa sejak mula DAH sedar bertan bahan kimia wujud kat sungai tu, PATUTNYAAA dah kalut LAAA dapatkan penjelasan saintifik camna nak cuci camna nak pastikan para penduduk tak terdedah padanya camna proses paling selamat nak bertindak  etc etc ?

Awat seminggu main redah je buat hapa pun melulu kaw kaw,  tak kumpulkan saintis2 yg mahir utk mintak pendapat, hingga ribuan jatuh sakit di buatnya ?







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:42 PM | Show all posts
Kerajaan bertindak cepat tapi melulu semua nyaaa..... lambat mintak pandangan pakar ....errr salah kah kalau call pakar kat US sekalipun yg memang mahir bab2 toxic spill tu utk tanya apa stategi perlu di guna utk cuci dan buangnya agar keselamatan penduduk terjaga ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 02:44 PM | Show all posts
Kenapa kerajaan tak minta pandangan pakar luar yg ada direct experience dgn toxic spill ? Why why ? Kedekut duit kaaa takut mahai kena bayar kaaa kalau panggil ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:46 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-3-2019 02:48 PM

Aku dok bagi bukti niiii hokay ..... hampa yg dah di aniaya oleh kerajaan tuh kat pasir gudang boleh guna bukti nih laaa ...dah terang benderang kerajaan salahhh.

Yg buang kimia tu memang la salah tapi yg menyebabkan pencemaran jadi hebat hingga berbelas kilometer tercemar dgn gas beracun adalah kerajaan kerana guna prosedur bodo serta membiarkan rakyat hidu gas2 tu berhari2 tanpa alat tapis gas pepe pun kat mulut memasing.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2019 02:49 PM | Show all posts
bayi2 tuuu, lagi laa kesian dok hidu dlm keadaan paru2 pun masih lemah .

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 03:02 PM | Show all posts
blastoff replied at 16-3-2019 02:46 PM
Aku dok bagi bukti niiii hokay ..... hampa yg dah di aniaya oleh kerajaan tuh kat pasir gudang boleh ...

siapa si pembuang kimia tuu??


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076345 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list