CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 1

[Tempatan] Suhakam kecewa hukuman mati mandatori diganti hukuman mati budi bicara.

[Copy link]
Post time 16-3-2019 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 01:11 AM

Suhakam kecewa hukuman mati mandatori diganti hukuman mati budi bicaraFMT Reporters -

March 16, 2019 3:24 PM


Kini sebanyak 106 negara memansuhkan hukuman mati atas dasar memperakui hukuman itu kejam dan tidak berperikemanusiaan. (Gambar AFP)


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kecewa dengan keputusan kerajaan menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman mati atas budi bicara mahkamah.

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail berkata walaupun hukuman budi bicara merupakan langkah yang baik, ia masih menjadi penghalang dalam menegakkan maruah dan hak kepada kehidupan.


“Suhakam berpandangan hukuman mati bukan cara yang berkesan atau mekanisma pencegahan jenayah yang terbaik dalam sistem keadilan.

“Tiada sebarang bukti yang sahih bahawa hukuman mati dapat mengurangkan kadar jenayah dengan berkesan berbanding hukuman penjara,” katanya.


Rabu lalu, kerajaan dilaporkan bercadang menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman mati atas budi bicara mahkamah bagi 9 kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan 2 kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti. Lebih Berat) 1971.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata langkah itu selaras dengan janji ke-27 manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori.

Razali berkata hukuman mati merupakan sesuatu yang tidak boleh ditarik balik.

“Apabila seseorang dikenakan hukuman mati, tiada cara untuk memulihkan ketidakadilan sekiranya berlaku kesilapan dalam proses penghakiman,” katanya.


Beliau menambah, kini sebanyak 106 negara memansuhkan hukuman mati atas dasar memperakui hukuman itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Hukuman itu juga, katanya, tidak memulihkan penjenayah dan tidak menangani punca utama dalam masyarakat yang membawa kepada perlakuan jenayah serius.


“Suhakam menyeru kerajaan mengambil langkah bagi memansuhkan hukuman mati sepenuhnya, dan bagi menyertai Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) serta Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan, Atau Menjatuhkan Maruah (CAT).


Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu meningkatkan libat urus dengan masyarakat sivil untuk membincangkan hujahan yang menentang pemansuhan hukuman mati dan hukuman lain yang kejam dan tidak sepatutnya bagi memelihara piawaian hak asasi manusia antarabangsa.”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/16/suhakam-kecewa-hukuman-mati-mandatori-diganti-hukuman-mati-budi-bicara/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 07:55 PM | Show all posts
“Tiada sebarang bukti yang sahih bahawa hukuman mati dapat mengurangkan kadar jenayah dengan berkesan berbanding hukuman penjara,” katanya.


Tu la.. orang cadang buat hudud, tak pernahnya nak amik port, nak study...nak kaji.. yang tau, hanya dok kecam.. pas ni, ramai la orang malaysia kudung kaki tangan.. Mangkaq betui! ingat semua orang Malaysia ni kaki ragut ayam ka?

Hukuman gantung sampai mati hari ni buat secara tertutup, macam mana la masyarakat nak amik iktibar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.082680 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list