CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 1

[Dunia] Komuniti Cina NZ kecam serangan, hulur sumbangan pada mangsa.

[Copy link]
Post time 16-3-2019 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 01:37 AM

Komuniti Cina NZ kecam serangan, hulur sumbangan pada mangsaBernama -

March 16, 2019 3:48 PM


Persatuan Pelajar dan Sarjana Cina Universiti Canterbury berkata kekejaman menyebabkan banyak nyawa melayang dan mencetuskan kemarahan. (Gambar AFP)


CHRISTCHURCH: Masyarakat Cina di Christchurch, New Zealand mengecam serangan pengganas ke atas 2 masjid dan turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, lapor Xinhua.

Dewan Perniagaan Canton di New Zealand dalam 1 kenyataan pada Sabtu berkata, walaupun tiada korban membabitkan komuniti Cina, masyarakat itu tetap prihatin dengan kejadian yang menimpa umat Islam.


“Tidak sepatutnya ada perkauman, keganasan dan kekejaman walau apa pun alasannya,” kata kenyataan itu.

Persatuan Pelajar dan Sarjana Cina Universiti Canterbury juga turut bersedih dengan kejadian itu, berkata kekejaman menyebabkan banyak nyawa melayang dan mencetuskan kemarahan.


“Bagaimanapun, apa yang mereka (pelaku) tidak dapat memusnahkan ialah semangat kami.

“Kepelbagaian di New Zealand tidak akan goyah dan tidak melunturkan semangat untuk membantu satu sama lain,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.


Pada Jumaat bandar raya Christchurch digemparkan dengan serangan keganasan apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di 2 masjid, menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang maut dan 48 lagi cedera.

Tiga suspek kini ditahan dan seorang daripadanya didakwa di mahkamah kerana membunuh.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/16/komuniti-cina-nz-kecam-serangan-hulur-sumbangan-pada-mangsa/

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara ummah lokalis pertiwi gigih guna google translate epegi mengamok di page2 newsportal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.239577 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list