CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 8

[Tempatan] sekumpulan warga Myanmar apabila mereka kini sudah menjadi tauke dengan memonopo

[Copy link]
Post time 16-3-2019 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam, Jika sebelum ini mereka hanya bekerja di kilang, restoran atau tapak pembinaan, namun sekarang sudah menjadi ahli perniagaan dengan menjual pelbagai barang di Plaza Summit, di Bukit Mertajam.

Itu yang dikesan dilakukan sekumpulan warga Myanmar apabila mereka kini sudah menjadi tauke dengan memonopoli perniagaan di kompleks beli belah terbabit.

Bagaimanapun, mereka yang sedang rancak menjalankan urus niaga dalam premis berkenaan terkedu apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP), semalam.

Timbalan Penolong Pengarah JIMPP Izham Idris berkata, dalam serbuan 3 petang itu, seramai 37 warga asing diperiksa dan 20 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Serbuan dilakukan di enam lot kedai dan seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan itu terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita warga Myanmar.

“Selebihnya pula terdiri daripada tiga lelaki Pakistan, Bangladesh (1), Nepal (1), wanita Indonesia (1) dan wanita Nepal (1),” katanya.

Izham berkata, pemeriksaan mendapati golongan warga asing ini menjadikan kawasan itu sebagai tempat menjalankan urusniaga dengan memonopoli kompleks terbabit.

“Mereka ini terutama warga Myanmar dikesan menjalankan perniagaan menjual pakaian, beg, aksesori telefon bimbit dan pelbagai peralatan untuk kegunaan harian di premis berkenaan.

“Semua PATI yang ditahan dibawa ke depoh tahanan Juru dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...dah-jadi-tauke

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah puluhan tahun.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari zaman BN lagi ni....ni semua depa pandai kaut bisnes. ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa.....
Menteri akan cakap- melayu malasss....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Immigresen tak malu ke?...
Yg meniaga tu PATI....dtg kosong blh berbisness lg....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
takkan baru tau kot..berbuih buih dh rakyat bising..tp senyap je..bkn bangse ni je..pati laen pn bsepah biz kt msia ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 09:02 PM | Show all posts
dibantu tauke tauke cina juga dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 09:03 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 16-3-2019 06:41 PM
Immigresen tak malu ke?...
Yg meniaga tu PATI....dtg kosong blh berbisness lg....

pati tu xkosong
ada bekap org tempatan juga


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 09:09 PM | Show all posts
Rohingya, bnagla ,nepal , mynmar buddhist  smuaaa pakistan india halau dan seksa mereka jika mereka ada dalam Malaysia  berkerja  pun xboleh.

Tolonglah !!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075069 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list