CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5217|Reply: 41

[Tempatan] Datuk sri tipu kami sebanyak RM735 ribu.

  [Copy link]
Post time 16-3-2019 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 02:24 AM

Kami ditipu syarikat kopi'

















Mangsa yang kerugian RM735,000 membuat laporan polis di IPD Kuantan hari ini. FOTO Shahrinnahar Latib











Shahrinnahar Latib
cnews@nstp.com.my


SEMBILAN belas individu membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya selepas membuat pelaburan tunai dengan sebuah syarikat menjual kopi sehingga kerugian RM735,000.
Semua mangsa yang terdiri daripada guru, peniaga, pekerja swasta dan kakitangan kerajaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Wakil mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ju, 36, berkata, jumlah kerugian mangsa yang membuat laporan polis hari ini antara RM10,000 sehingga RM160,000 setiap seorang.

“Syarikat ini diterajui lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dan sudah beroperasi sejak 2013.
“Setiap ahli hanya perlu mengeluarkan modal membuat pembelian produk berdasarkan pakej yang ingin disertai.
“Mereka dijanjikan menerima produk sama ada kopi atau barangan lain mengikut pilihan ahli berserta hibah tunai secara tetap setiap bulan selama 12 bulan mengikut pakej ditetapkan.

“Sebagai contoh jika ahli mengambil pakej RM10,000, mereka mendapat pulangan RM600 setiap bulan selama setahun dan diberikan produk antaranya kopi,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis.
Kakitangan kerajaan itu berkata, ramai ahli menyertai skim itu bermula Oktober 2015 dan membuka beberapa akaun tambahan secara berperingkat kerana terpengaruh dengan helah syarikat itu yang turut menaja rancangan di stesen televisyen swasta.

“Memang mula-mula ada bayaran diterima namun selepas Julai 2016, semua pembayaran hibah tunai yang patut diterima oleh ahli seperti dijanjikan tidak dibuat syarikat itu hingga kini.
“Permohonan secara lisan atau bertulis sama ada melalui e-mel dan WhatsApp untuk menutup akaun kerana pelanggaran kontrak oleh syarikat ditolak tanpa alasan malah ada ahli menerima surat peguam kerana melawan syarikat,” katanya yang turut kerugian RM30,000.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Noor, 40, yang mengalami kerugian RM160,000 berkata, dia membuat pelaburan di syarikat berkenaan dengan hanya mengambil pakej bernilai RM10,000 pada 2015.
“Pada masa itu, saya mendapat pulangan RM600 setiap bulan. Melihat pelaburan ini berjaya dan bayarannya cantik, saya tambah lagi RM50,000 pada Februari 2016 dan RM100,000 Jun 2016.

“Namun hujung 2016, saya tidak menerima sebarang bayaran dijanjikan seperti sebelum ini. Paling saya kesal ialah semua wang yang dilaburkan adalah dari simpanan,” katanya.

Eksekutif sebuah syarikat swasta itu berkata, dia kesal dengan pemilik syarikat berkenaan kerana memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar hibah tunai yang dijanjikan setiap bulan.
Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera terhadap pemilik syarikat berkenaan kerana sehingga kini masih bebas.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 3:22 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi pak belalang ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka....

Pe kejadah jual kopi sampai rm160k....berlambak lambak & berpapan papan kopi kat kedai mkn.....kau beli nescafe, tak sampai rm50 pun sebln....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nama pun pak belalang. dia punya belit putar alam pun harus setarap nujum pak belalang
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasakanlah.. Minum kopi dpt 1001 kebaikkan.. Mencegah itu ini. Too good to be true okeh baik mak aman2 minum kopi 434 jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 16-3-2019 07:01 PM

Apa brg kopi mahal. Org beli kopi o rm2-3 ringgit itupun setahun Baru habis pakai kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.   Tamak sangat la tu...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang-bayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang klasik operandi skim MLM macam tu kan
...mula2 payment cantik je..sbb dapat rolling duit dari org baru..lepas beberapa tahun,runtuh dah piramid..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi pak belalang ni sedaplah jugak kat tekak aku.. Tapi tak payahla masuk skim ngarut2 ni.. Tersontot kang naya jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:23 PM | Show all posts
mulayu ngan mlm berpisah tiada

pemalas tp nak kaye cepat
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira halal lah ..apa nak report report? Syarikat melayu islam tu..duit tu pun untuk menjana pembangunan umah.kah kah kah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 11:01 PM | Show all posts
senang senang kena tipu cam ni, mesti cai ph

rakyat senang bila ph menang dorang caya

esuk minyak rm1.50, dorang caya

tol free, dorang caya

pos serendut tarak sekolah kata si lutong dlm parlimen, tarak klinik, dorang caya

chicken little said the sky is falling, dorang caya









Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 16-3-2019 10:23 PM
mulayu ngan mlm berpisah tiada

pemalas tp nak kaye cepat

Cines pon banyak juga mlm n diorg ni pelopor benda ni n scam2 yg lain....so pls x yah nak downgrade melayu or sesuatu kaum sgt...

Actually mlm ni akan popular bila economy sesuatu negara meleset coz rakyat akan cuba cari side income n disini mlm akan mengambil kesempatan diatas kesempitan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:05 PM | Show all posts
kesian nya.
bila la orang melayu nak sadar,
yang datok2 ni semua banyak PENIPU.

tak payah la nak lebur duit dekat manosia penipu ni semua.
di zaman scam berleluasa ni, better simpan ASB jer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik dengan manusia yg mudah percya dengan benda2 "too good to be true nih"..cari le maklumat sikit sebelum terjebak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tamak nak hidup kaya raya kat dunia ni
hidup rileks2 tenang2 bersederhana tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi mesti banyak gula cheap charlie style. Yang sedap kopi local kopitiam style.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-3-2019 10:35 AM
Cines pon banyak juga mlm n diorg ni pelopor benda ni n scam2 yg lain....so pls x yah nak downgrad ...

Baca kt loyat cina2 tertipu dgn lampeberger. Bukan setakat melayu je mlm ni. Kalau haiyok pulak, cina2 jual bird nest. Melayu pulak dengan korset makin gemok
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan makcik pakcik silap tempat investnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.079964 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list