CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6518|Reply: 43

[Tempatan] Ketam lembut jana RM7,000 sebulan.

[Copy link]
Post time 16-3-2019 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2019 07:18 AM

Ketam lembut jana RM7,000 sebulan















Salahuddin (tengah) diberi taklimat oleh Suhaili











Poliana Ronnie Sidom
poliana@nstp.com.my



TITIK peluh bapa tiga anak berjaga malam untuk menternak ketam lembut enam tahun lalu tidak sia-sia apabila mampu meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan hasil ternakan itu.
Suhaili Abdurahman, 39, menternak ketam lembut sejak 2013 dengan bermula enam sangkar dan modal RM700 di perairan Kampung Bambangan, Sandakan.

Idea untuk menternak ketam lembut itu timbul selepas sering melihat sangkar ketam lembut yang dibina rakannya di kawasan perairan Pulau Timbang selain mencari maklumat menerusi Internet.
Namun hari ini, usahawan itu yang sebelum ini cuma nelayan biasa dan pernah menjadi pemandu lori boleh berbangga apabila berjaya memperluaskan perusahaan sehingga ada 35 petak bagi menternak dan menghasilkan antara 200 kilogram (kg) hingga 500 kg ketam lembut sebulan.


[size=0.8em]Ketam menjadi lembut selepas proses pertukaran cengkerang. FOTO Poliana Ronnie Sidom


Menggunakan kaedah membiarkan ketam bebas dalam bakul tanpa bekalan oksigen, Suhaili berkata, ketam lembut daripada ketam bakau atau nipah melalui proses panjang antara 17 hingga 29 hari untuk menanggalkan cengkerang dan menjadi lembut selain perlu penjagaan rapi.

Katanya, risiko paling tinggi dihadapi penternak adalah pada musim el-nino iaitu antara Julai hingga September yang mendedahkan ketam kepada kematian susulan cuaca panas di permukaan laut.
“Selepas cengkerang tertanggal, ketam perlu dikutip dalam tempoh dua jam sebelum cengkerang baru menjadi keras dan terdedah kepada risiko dimakan oleh ketam lain dan ikan.

“Biasanya proses ini berlaku pada waktu malam atau awal pagi ketika cuaca sejuk.
“Sangkar juga perlu sentiasa dibersihkan. Jika banyak lumut, ia melambatkan proses bersalin kulit. Sampah pula perlu sentiasa dibersihkan agar tidak menghalang oksigen masuk dalam sangkar,” katanya ditemui selepas lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ke Projek Ternakan Ketam Lembut itu.

Menceritakan lebih lanjut, Suhaili berkata, bermula pada 2017, dia mendapat tajaan daripada Jabatan Perikanan menerusi program Penternak Ladang Akuakultur Contoh (PLAC) yang menyediakan bantuan enjin sangkut, bot, pondok terapung, kayu dan kursus.
Katanya, ketam lembut yang diternaknya ketika ini cuma untuk pasaran di sekitar daerah itu dengan tumpuan pasaran di restoran makanan laut.

“Syukur dengan bantuan rakan, keluarga dan Jabatan Perikanan, saya mampu berada seperti sekarang dan beri suntikan semangat terhadap peserta lain,” katanya.
Selain ketam lembut, Suhaili turut menternak pelbagai jenis ikan termasuk ikan jenahak, kerapu, putih, udang lipan, kupang selain mula melakukan kaedah menggemukkan ketam di bawah bimbingan Jabatan Perikanan sejak dua bulan lalu.

“Ia (kaedah menggemukkan ketam) masih dalam peringkat percubaan dan saya belum berani menerangkan bagaimana kaedah ini boleh berkesan.
“Sekarang saya ternak kira-kira 500 ekor ketam untuk projek itu,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 9:22 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerai tepi jalan sebelum bulatan kat Bangi ada jual ketam lembut goreng.. tapi tak pernah try..  now wondering pula rasa dia mcm mana..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali sekala best makan. Kolestrol tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:01 AM | Show all posts
Ketam ni  best kalau goreng bersalut tepung.. rangup rangup

gambar dari pakcik google



tapi masih tak leh tandingi rasa isi nya dengan cengkerang yang keras

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 16-3-2019 11:33 PM
Gerai tepi jalan sebelum bulatan kat Bangi ada jual ketam lembut goreng.. tapi tak pernah try..  now ...

Mohd chan ada nasi goreng ketam lembut
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketam lembut ni tak kira penyeksaan terhadap haiwan ke eh
Sebab dia dipaksa bersalin cengkerang dgn memotong kaki dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2019 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kejam betul potong kaki... if pakcik ini biarkan process salin kulit shells secara neutral ok lah ..... yang i tahu banyak peternak guna kan chemicals untuk cepat kan process .... ia patut di haram kan!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
pernahmakan ketam ini di buat burger .... tidak pasti di thailand or malaysia ... i tidak rasa apa pun sebab burger penuh dengan slimy sauce .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah bwli kt kwn dia kata size xxl..sekali dpt kecik2 je 6 ekor 90rm.byk kat kuala gula kn jetam lembut ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 02:17 AM | Show all posts
Terbaca macam 70K sebulan. Haiss silap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je bg aku .pnh makan somewhere...rasa ketam laut tu lg sedap..siapa biasa makan ketam dia boleh bezakan ketam loar or ketam ternak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah mkn kt Langkawi. Ketam biasa lg sedap. Ketam lembut a'bila bcmpur dgn rempah dh takde rasa ketam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 09:08 AM | Show all posts
Masak rempah sedap...
Ummah Mulayu reti ke masak rempah nie..
Taunya lomak lomak lomak..
Takde santan dan gula..
mamposlah kekdahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 09:13 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 16-3-2019 03:33 PM
Gerai tepi jalan sebelum bulatan kat Bangi ada jual ketam lembut goreng.. tapi tak pernah try..  now ...

kalau dah deep fried, rasa keropok jaa.. takde la istimewa sangat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu pulak nasi goreng ketam william.. pakai ketam lembut ni la tapi sedap gila
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan pokcik kena cukai ke x
Gaji kami yg ciput ni pun bulan2 kena potong cukai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah mkn... tak sedap mn pun.. best lg ketam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketam bakau atau nipah ini, jenis ketam hidup dua alam - dalam air dan di atas darat. Ia makroh dimakan. Ustaz cakap, walupun cuma 'makroh' elok dielakkan. Orang Sabah memang suka ketam hidup. Ketam nipah ni mahal di pasar Kota Kinabalu berbanding ketam bunga yg ditangkap di lautan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:50 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 17-3-2019 11:36 AM
Ketam bakau atau nipah ini, jenis ketam hidup dua alam - dalam air dan di atas darat. Ia makroh dima ...

takyah citer pasal makroh la sedang benda haram anak sedara kau si penCURIK di superMARKET buat tiap hari sampai masuk balai kess menCURIK di superMARKET
hasil menCURIK di superMARKET haram, haram jadi darah daging

bodoh punya setan kecik mak dia tak ajar








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
i suka soft shell crab temaki je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.082210 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list