CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4586|Reply: 52

[Tempatan] Berita ulang dan ulang. Kediaman tak terjual sudah cecah 40,916 unit nilai RM27.

[Copy link]
Post time 17-3-2019 01:41 AM | Show all posts |Read mode
40,916 rumah kediaman tak terjual


DATA Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 40,916 unit kediaman pelbagai jenis di negara ini membabitkan nilai RM27.39 bilion tidak terjual dalam tempoh lapan tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, masalah pemasaran rumah selain kelayakan individu untuk membuat permohonan pinjaman menyebabkan kediaman itu gagal dijual.

Beliau berkata, jumlah nilaian hartanah itu termasuk rumah yang sudah disiapkan dan projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

“Ramai terutamanya generasi muda berminat untuk membeli aset kediaman, namun gagal memenuhi kelayakan untuk membuat pinjaman bank menyebabkan rumah tidak terjual.

“Selain itu faktor lokasi dan kemudahan asas disediakan di kawasan perumahan baru yang dibangunkan juga memainkan peranan dalam memastikan rumah berkenaan dapat dijual,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Home Ownership Campaign (HOC) peringkat negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda.

Raja Kamarul Bahrin berkata, atas dasar itu kementeriannya berharap sektor perbankan dapat memberi kelonggaran dalam kelayakan membeli rumah termasuk kadar gabungan pendapatan suami isteri serta tempoh pinjaman lebih panjang supaya lebih ramai khususnya golongan muda dapat memiliki kediaman.

Beliau berkata, kementeriannya kini juga sedang mengkaji dan menilai projek terbengkalai di seluruh negara terutama membabitkan kediaman dan perumahan.

“Kita sedang lihat projek terbengkalai di seluruh negara dan kita sudah melantik ejen bertauliah untuk mengkaji pemasaran dan struktur penjualan rumah di bawah projek ini untuk kita cari penyelesaiannya,” katanya.

HOC-Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan di dua lokasi di Terengganu iaitu di Paya Bunga Square bermula hari ini dan esok dan di Mesra Mall, Kemaman pada 29 hingga 31 Mac ini.

Sebanyak 16 pemaju hartanah menawarkan lebih 1,700 unit kediaman bagi kedua-dua ekspo itu dengan anggaran nilai jualan kasar RM 650 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 02:11 AM | Show all posts
NAPIC patut buat satu web khusus letak gambar2 dan maklumat semua rumah tak terjual ni. Mane ada pembeli nak tau semua benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga yahudi. Buat banyak dekat satu kawasan yang jalan pon kecik dan jem je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 07:41 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 17-3-2019 02:11 AM
NAPIC patut buat satu web khusus letak gambar2 dan maklumat semua rumah tak terjual ni. Mane ada pem ...

itu yg sepatutnya

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Pon berterusan ikut ratiban property developer.

Kalu property developer bodoh sbb buat rumah luar kemampuan Dan Tak mampu jual, politaik yg mengiakan alasan2 konar developer spt 'bank Tak bagi loan' ni Kita nak panggil apa kalu bukan bahlul? Kan?

JFC.

Bank Tak bagi loan' sbb Tak layak. Tak layak sbb price mismatch.

Apsal menteri Tak pegi suruh bank benarkan kakitangan gomen yg keje pembantu am makmal ke apa amek loan beli mesidis?
Bantulah golongan ni beli mesidis.


Bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde langsung nak salahkan harga rumah yg tak logic. Balik2 salahkan rakyat jugak yg tak layak la...gaji kecik...harga rumah macam negara yg kaya raya...makanya susah la nak terjual.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2019 09:53 AM | Show all posts
Eh..yg pak menteri ni side sape?  Ko bekerja untuk property developer ke untuk rakyat....?? Bongok..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
side tak side  ..  ini cuma contoh kerajaan dulu yg berbelanja pembangunan yg tidak berhemah .  tidak mengkaji tentang keperluan dan juga kemampuan .   wang nnegara banyak dihabislan dgn projek2 yg tidak menguntungkan rakyat .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
satu cara utk memastikan wang ini dapat dikutip kembali kerajaan perlu mengambil alihan projek ibi ..  bermakna memilikan negara dan kemudiannya disewakan mengikut terma  . walaupun tak dipastikan keberkesanan 100 % ..
namun perubahan itu mungkin ada  .
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 17-3-2019 09:53 AM
Eh..yg pak menteri ni side sape?  Ko bekerja untuk property developer ke untuk rakyat....?? Bongok.. ...

Khenzs? Bangang. Rumah condo serupa pprt pun harga dekat setengah juta pehal?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:14 AM | Show all posts
ramai yg pening, sewa rumah tak laku sekarang ni walaupun dah berapa kali turun harga sewa, ramai yg balik kampung agak nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 17-3-2019 07:49 AM
Menteri Pon berterusan ikut ratiban property developer.

Kalu property developer bodoh sbb buat ru ...

Mmg. Harga yahudi melebihi monthly commitmen. Haruslah bank x approved. Asik pentingkan te.bolok developer je
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
evolutionary replied at 17-3-2019 10:14 AM
ramai yg pening, sewa rumah tak laku sekarang ni walaupun dah berapa kali turun harga sewa, ramai yg ...

Skang ni rumah kelamin pun ada bg sewa bilik kat org lain. Kwn i dh kena. Ingtkan myewa ngn ibu tnggal. Ada anak sorang. 1st week duk situ dh nmpk kelibat lelaki masuk umah bila dia start kete pg keje.. 2nd dh berani masuk umah time org tu kt muka pintu nk pi kije. 3rd week org tu balik kije elok jer lelaki tu bersidai dlm umah. Bini pg kije. Lelaki tu x kije. Pastu kwn i pindah umah lain. Seksanya weiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
MakareyumSuciey replied at 17-3-2019 07:51 AM
Takde langsung nak salahkan harga rumah yg tak logic. Balik2 salahkan rakyat jugak yg tak layak la.. ...

kondo 2 bilik pun 400k.. apa kejadah haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:00 AM | Show all posts
yang mana dah beli rumah teres, kondo, service apartment dan sebagai nya expect nak buat pasive income tahun ni, harap dapat la cari penyewa, kalo dpt cari penyewa pun harap penyewa tu boleh bayar sewa cantik la, kalo tak memang get ready untuk keluarkan duit sendiri bayar dekat bank la sebab tak de org nak masuk. Supply rumah sewa terlampau byk skang ni, demand sikit, last2 semua pakat turun harga sewa
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
evolutionary replied at 17-3-2019 11:00 AM
yang mana dah beli rumah teres, kondo, service apartment dan sebagai nya expect nak buat pasive inco ...

Area mana ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 11:16 AM | Show all posts
dess402 replied at 17-3-2019 09:58 AM
side tak side  ..  ini cuma contoh kerajaan dulu yg berbelanja pembangunan yg tidak berhemah .  tida ...

what do you mean by kerajaan dulu berbelanja pembangunan yang tidak berhemah? kerajaan dulu bina rumah2 ni ka? kalau you kata kerajaan dulu salah sebab tak properly manage property developer boleh la. apa kaitan plak dengan perbelanjaan pembangunan? huhu


rumah semua ni tak jual sebab harga mahai nak mati. gaji plak kecik. la ni kerajaan baru kata gaji minimum tu tinggi sangat. lagi la rakyat susah nak dapat loan kot kalau gaji kecik. ingat takdop tanggungan lain ka selain nak bayar rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 17-3-2019 03:00 AM
Harga yahudi. Buat banyak dekat satu kawasan yang jalan pon kecik dan jem je.

Setuju yang ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila maklum kpd org umno yg defensive, memang rumah-rumah tu dibina zaman KERAJAAN BN MEMERENTAH. Kerajaan PH baru 10 bulan jadi kerajaan. Belum ada lagi taman-taman baru dibuka. Kebanyakan rumah yg tak laku bernilai 27 billion ni, dah siap dan ada yg terbengkalai. Ini belum cakap lagi pasal bangunan pencakar langit di TRIX dan kawasan di KL. Beribu-ribu apartmen mewah dan ofis kosong menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 17-3-2019 10:57 AM
kondo 2 bilik pun 400k.. apa kejadah haha

Kannn...tak senonoh harganya. Kalau gaji rakyat pun diconvert ikut usd...euro...dollar singapore ke....logic la nak beli umah harga2 camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065773 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list