CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1645|Reply: 11

[Tempatan] Rugi RM152,000 ditipu pelaburan produk suplemen

  [Copy link]
Post time 17-3-2019 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Guru rugi RM152,000 ditipu pelaburan produk suplemen


KUANTAN – Seorang guru kerugian RM152,050 dipercayai ditipu selepas membuat pelaburan membabitkan pelbagai produk minuman tambahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd. Yusuf berkata, mangsa berusia 47 tahun itu ditipu selepas rakannya memperkenalkan pelaburan berkenaan pada April 2015.

“Mangsa memaklumkan pelaburan itu membabitkan pelbagai minuman suplemen termasuk kopi terdiri daripada empat pakej iaitu RM1,000, RM3,000, RM5,000 dan RM10,000.

"Ahli yang melabur akan menerima satu perempat pulangan (dalam bentuk produk) dan tiga perempat pulangan (dalam berbentuk wang) dan mangsa melabur sebanyak RM190,000," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa dijangka menerima pulangan RM37,950, namun sejak November 2016, mangsa dan beberapa ahli lain tidak menerima pulangan seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Syarikat pelaburan terbabit memberi alasan program dan pakej sedang dinaik taraf bagi keuntungan yang lebih tinggi tapi sampai sekarang tiada maklum balas positif daripada syarikat itu.

"Pengadu berasa tidak berpuas hati dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah y dikatakan kwn mkn kwn...byk plak duit tu,190k...habis cenggitu aje..kan bagus kalau pegi labur je kt mana2 asb ke,beli property and sewa ke...hmmmm...pemikiran singkat sbb kabir mata dgr profit ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 05:33 PM | Show all posts
ini semuanya dari kilang timbang kilo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2019 05:46 PM | Show all posts
dulu ramai kena tipu dengan pelaburan emas
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknye saving 190k. Da pandai saving byk2 tu cane bleh xpndai nk pk bende cani. Labur sikit2 dulu ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 07:41 PM | Show all posts
kalu kita hangus ditipu pelaburan skim cepat kaya mmg boleh gila dibuatnya.

tapi kalu bukan duit kita yg ditipu contohnya ditipu jho lo,
kita masih bleh ketawa enjoy life tanpa rasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopi Pak Belalang ke tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 17-3-2019 07:32 PM
Byknye saving 190k. Da pandai saving byk2 tu cane bleh xpndai nk pk bende cani. Labur sikit2 dulu ke

Mungkin sebahagian dari saving yang banyak tu, ada bahagian untuk anak isteri atau ibubapa, serta orang miskin yg tak tertunaikan. Kadang2 Allah ambik dengan cara tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 17-3-2019 07:32 PM
Byknye saving 190k. Da pandai saving byk2 tu cane bleh xpndai nk pk bende cani. Labur sikit2 dulu ke

Cikgu.....

Blh pinjam kat bank rakyat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 07:58 AM | Show all posts
Guru rugi RM152,050 dalam pelaburan kopi
17 Mac 2019 10:17 AM


KUANTAN - Guru wanita di sini kerugian RM152,050 melalui skim pelaburan Arba Network di bawah syarikat Classic Worldwide Corporation yang menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pelaburan itu melibatkan produk minuman segera termasuk Kopi Pak Belalang dan Booster Factor.

Mohd. Wazir berkata, wanita berusia 48 tahun itu mula menyertai pelaburan tersebut pada 2015 dan dijanjikan pulangan tetap dalam bentuk produk serta bayaran wang.

Beliau menambah, pelaburan tersebut menjanjikan pembahagian nisbah pulangan sebanyak 75 peratus dalam bentuk wang.

"Satu per empat bahagian (25 peratus) lagi dibayar kepada ahli dalam bentuk produk," kata beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa membuat pelaburan sebanyak RM190,000 dan telah menerima pulangan RM37,950 secara berkala.

Bagaimanapun, mangsa tidak lagi menerima sebarang pulangan sejak November 2016 dan syarikat itu memberi alasan sedang naik taraf pakej untuk beri keuntungan lebih tinggi kepada semua ahli.

"Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas daripada syarikat berkenaan. Pengadu berasa tidak puas hati dan membuat laporan polis," tambah Mohd. Wazir.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:36 PM | Show all posts
KUANTAN - Guru wanita di sini kerugian RM152,050 melalui skim pelaburan Arba Network di bawah syarikat Classic Worldwide Corporation yang menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pelaburan itu melibatkan produk minuman segera termasuk Kopi Pak Belalang dan Booster Factor.

btw opismate ak ade jual KPB ni tp packaging beza rasanya mcm dlm gmbr

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 cikgu tak pernah tak nak kalah... cikgu kan.. semuanya betul... hidup la sederhana sbb pendapatan cikgu dah tetap... cikgu ajarlah murid2 jadi pandai dan murid tu akan jadi peguam atau doktor. mereka la yg akan bayar cukai utk menampung pencen cikgu nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.206999 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list