CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3486|Reply: 24

[Dunia] Gempa bumi Lombok: Seorang rakyat M'sia terkorban, 6 belum dikesan

[Copy link]
Post time 17-3-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 17-3-2019 09:47 PM



Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warganegara Malaysia terkorban manakala enam yang lain belum dapat dikesan dalam insiden gempa bumi berskala 5.8 Richter yang melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia petang tadi.

Bernama melaporkan, individu yang terkorban adalah Tai Siew Kim, 56 tahun.

Mendiang dan keenam-enam orang warganegara Malaysia dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara semasa gempa bumi melanda.

Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali.

"Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan. Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden ini.

"Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi ini dan menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta," kata kenyataan media Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Bernama melaporkan sebanyak 22 pelancong rakyat Malaysia dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep.

Kejadian tanah runtuh di kawasan air terjun itu terjadi selepas berlaku gempa bumi bersaiz melebihi 5 skala Richter yang menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang tadi.

Ketua Protokol dan Sekretariat Pemerintah Lombok Utara, Mujaddid Muhas dalam satu kenyataan berkata terdapat 40 pengunjung sedang beriadah di kawasan berkenaan ketika kejadian.

"Setakat ini dua orang disahkan meninggal dunia, proses menyelamat dan evakuasi masih dilakukan," katanya.

Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok - Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, pukul 2.09 petang.

Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.

Sementara itu seorang ejen pelancong di Mataram, Lombok yang dikenali sebagai Pak Arno berkata, pelancong Malaysia itu menginap di sebuah hotel di Mataram.

Beliau berkata pihak berkuasa sedang melakukan evakuasi terhadap semua mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata pihak kedutaan sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian itu.

"Beberapa orang (pelancong Malaysia) dilaporkan masih hilang," katanya.

Kredit: Malaysiakini

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga. Semoga semua proses berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:07 PM | Show all posts
Doakan yang terbaik, mudah-mudahan selamat semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah

Mcm kerap plk Gempa di lombok ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik aku baru ckp plan nak ke bali ptg tadi tapi aku X bg sbb gempa bumi.tup tup betul2 berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:51 PM | Show all posts
banyak aktiviti gerak gempa / seismics ye kawasan  kawasan zon zon tu semua ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...selalu pula Lombok gempa sekarang nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2019 11:14 PM | Show all posts
Edited by momomikomiki at 17-3-2019 11:18 PM

A 5.4-magnitude earthquake on Lombok Island in Indonesia today killed Sin Chew Daily deputy chief editor Datin Tai Siew Kim.”
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh no.. Rasanya dr awal tahun masih belum bertenang je indonesia dr gempa
Takziah buat family mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian rakyat indon, kena berjaga2. Yang tepi laut kena lari ke tempat tinggi,takut ada tsunami.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumaat nak g bali... hurmm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:53 AM | Show all posts
da kerap berlaku..x yah la nk ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:29 AM | Show all posts
takziah buat yg terkorban..opismate aku  baru je balik dari sana holiday..syukur masa dia kat sana takde apa2 berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:14 AM | Show all posts
takziah buat keluarga mangsa...nk pergi indon skrg pun dh takut tak dijangka mcm2 bencana alam berlaku...gunung berapi anak krakatau ape cita skrg agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 11:27 AM | Show all posts
indon skrg ni byk gempa je.. nak pi pun takut........... huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 11:39 AM | Show all posts
Pihak kedutaan Malaysia di Indonesia pun dah menyarankan semua yang ingin ke Indonesia tak kira Bali ke Lombok je Aceh ke Jakarta ke kiranya semua kawasan di Indonesia agar kita bagitahu mereka yang kita nak ke Indonesia.  Ia bagi memudahkan sebarang urusasn.  Kurang2 kalau jadi kes bencana sebegini pihak kedutaan tahu mana nak hubungi kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 18-3-2019 11:39 AM
Pihak kedutaan Malaysia di Indonesia pun dah menyarankan semua yang ingin ke Indonesia tak kira Bali ...

Ada link tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.697055 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list