CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 9

[Tempatan] Putrajaya isytihar perang terhadap pemburu haram, selamatkan harimau Malaya.

[Copy link]
Post time 18-3-2019 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya isytihar perang terhadap pemburu haram, selamatkan harimau MalayaBernama -

March 17, 2019 9:12 PM


Daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat dimusnahkan dan 162 penceroboh ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar. (Gambar fail)


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram sebagai agenda nasional dalam komitmennya untuk memastikan spesies Harimau Malaya tidak pupus.


Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, untuk itu, pasukan petugas yang akan menjalankan rondaan ditubuhkan di bawah Program Perlindungan Harimau dan Rondaan (TP3).


Penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada 2,000 kakitangan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), tentera dan polis, dianggap penting memandangkan semakin banyak perangkap digunakan untuk menjerat haiwan itu dan peningkatan kes manusia menceroboh habitat harimau.


“Masa telah tiba untuk menghentikan pembunuhan Harimau Malaya dan hidupan liar yang lain oleh pemburu haram yang tidak berhati perut!


“Hari ini, pada Hari Hidupan Liar Sedunia saya mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram!”, katanya pada acara pra-pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya sempena Hari Hidupan Liar Dunia 2019, di sini, hari ini.


Dr Xavier berkata, kempen selama 2 tahun yang bermula hari ini dengan isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Perhilitan menjadi penaung kempen.


Dr Xavier berkata, beliau dimaklumkan daripada lebih 1,000 operasi yang dijalankan dari 2013 hingga 2018, sejumlah 3,500 jerat telah dimusnahkan dan 162 penceroboh terdiri daripada 98 warga tempatan dan 64 warga asing ditangkap kerana kesalahan memburu hidupan liar.


Beliau berkata, sempena kempen yang dilancarkan hari ini, kementerian telah menubuhkan Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti dan syarikat dan agensi lain dialu-alukan untuk menyumbang kepada dana ini untuk aktiviti penguatkuasaan, pemuliharaan dan kesedaran.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/17/putrajaya-isytihar-perang-terhadap-pemburu-haram-selamatkan-harimau-malaya/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenakan hukuman mati mandatori.
Tp ada lagi ke hukuman mandatori?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:31 AM | Show all posts
urm bukan panda ke makin pupus sampai perlu aircond .. 2 biji lahir dua anak kembar yang yang dan vokuru vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:54 AM | Show all posts
Wa tabik spring. 162 ekor penceroboh sialan dah mereka cekup. Kipidap. Dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:57 AM | Show all posts
adm7 replied at 17-3-2019 11:18 PM
Kenakan hukuman mati mandatori.
Tp ada lagi ke hukuman mandatori?

Sebat jer kaw kaw. Sampai lunyai berbelang bontot longgar sekor sekor
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Negara malaysia kaya dengan hidupan liar tapi malangnya berada di southeast asia di mana berjiran dengan negara pprt serantau dan dekat dengan china. Puak ni makan haiwan eksotik termasuklah daging dan konek harimau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 08:22 AM | Show all posts
tak nak tukar jadi 'harimau malaysia' ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-3-2019 08:01 AM
Negara malaysia kaya dengan hidupan liar tapi malangnya berada di southeast asia di mana berjiran de ...

Vietnam ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Airun replied at 18-3-2019 10:22 AM
tanya sikit
kenapa pemburu ikan tak ditangkap
ikan pun nak hidup

Sbb ikan dicipta utk dimakan oleh manusia, sama level mcm ayam dan lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 12:08 PM | Show all posts
Baguslah ada usaha sebegitu sebelum semuanya pupus dan hanya boleh dilihat gambarnya aja nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058781 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list