CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8593|Reply: 84

[Tempatan] Hospital Putrajaya: Pelawat perlu datang seawal 5 pagi rebut tempat parkir

  [Copy link]
Post time 18-3-2019 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Datang 5 pagi rebut petak letak kereta


PENGUNJUNG Hospital Putrajaya meletakkan kenderaan di atas jalan walaupun baru pukul 9 pagi akibat petak letak kereta tidak mencukupi. UTUSAN/RASHID MAHFOF



18 Mac 2019 3:00 AM


PUTRAJAYA 17 Mac - “Sudahlah mak cik sakit darah tinggi, hendak cari tempat letak kereta di Hospital Putrajaya boleh tambah lagi paras tekanan darah.”

Demikian luahan seorang pengunjung ketika menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya yang kini berhadapan masalah tempat letak kereta terhad sekali gus menyebabkan kesesakan di jalan masuk.

Tinjauan Utusan Malaysia pada pukul 9 pagi mendapati, walaupun disediakan petak letak kenderaan, tetapi jumlah­nya tidak mampu menampung bilangan kenderaan pelawat, apatah lagi di sebelahnya terletak Institut Kanser Negara (IKN) yang juga merupakan tempat tumpuan orang ramai bagi menjalani rawatan.

Mungkin kerana terdesak, ada yang meletak kenderaan mereka di laluan masuk ambulans.

Menurut seorang pesara kerajaan Abu Bakar Atan, 65, kebiasaanya dia ke hospital tersebut seawal pukul 5 pagi semata-mata untuk mendapatkan petak letak kereta serta ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Pak cik datang sini tiga bulan sekali untuk bawa isteri me­lakukan pemeriksaan, kalau terlambat sedikit sampai memang susah hendak dapat petak letak kereta.

“Tetapi kalau sudah terlambat, memang berjam-jam saya cari ruang kosong, kadangkala tunggu dalam kereta sahaja sementara isteri selesai diperiksa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Nada sama disuarakan oleh seorang pekerja Hafiz Kamal, 27, yang memaklumkan semakin ramai penduduk di sini mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya kerana kemudahannya bertaraf kelas pertama.

Sehubungan itu, dia mengesa pihak bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah tersebut bagi meringankan beban orang ramai yang terpaksa menunggu lama untuk meletak kereta.

Seorang lagi pengunjung Abu Hakim Abdul Raof, 35, pula mencadangkan Kementerian Kesihatan menyediakan tempat letak kereta bertingkat seperti disediakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Serdang.

Katanya, sudah tiba masanya jalan penyelesaian dibuat pihak bertanggungjawab untuk mengelakkan kesesakan kenderaan sekali gus dapat meringankan beban khususnya warga emas dan wanita mengandung.

“Macam saya pada hari ini, terpaksa letak kereta jauh kerana tempat kereta disediakan sudah penuh sejak awal pagi lagi,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kereta porsche yang halang jalan kat parking sampai berkicap bumbung fabrik kena tuang kandungan tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:57 AM | Show all posts
kt kk pandamaran penuh dgn cingkis parking penuh dirog dtg awal nk dpt free medical.
lagi ckp byk.

fakta:

pandamaran terdapatnya penempatan lama bekas2 komunis diberi penempatan percuma berupa rumah diatas tanah lot setelah pengampuan dari agong selepas kemerdekaan. maka tidak heranlah di kawasan pandamaran byk cina dari generasi komunis memenuhi klinik kerajaan. sedangkan orang melayu terpaksa menunggu lama kerana dipenuhi org cina dan pendatang asing yg juga turut menumpang senang.

camsi

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu saya parking kat putrajaya sentral, pastu ada feeder van ambil bawa ke hospital dan hantar semula ke putrajaya sentral. Sekarang takde ke servis tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:00 AM | Show all posts
nak kata jem, takde la sangat. cuma tempat parking mmg terhad sangat area tu plus dengan new construction ongoing lagi. kalau mampu , naik grab. lebih mudah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:13 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 18-3-2019 09:59 AM
Dulu saya parking kat putrajaya sentral, pastu ada feeder van ambil bawa ke hospital dan hantar semu ...

masih ada
tunggu kt dpn lift kt blkg bangunan p.sentral
tmpt drop off org nk ambik tren tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 10:13 AM | Show all posts
sini mmg payah dapat parking...bleh sakit jiwa dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:14 AM | Show all posts



mmg makin sesak area tu
segala pelusuk pesakit dr seluruh negara
aku pun heran nape x besar kan je parking tu
sudahla sesak dgn penduduk putrajaya
tambah lg org luar mai

regards
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 10:21 AM | Show all posts
naik grab je senang. xyah sakit pale stress cari parking. boleh kata aku tiap bulan ada appointment kat sini. kalau datang awal dpt parking pun kang nak balik kete kena block. payah jugak. huhuhu.

kalau buat parking bertingkat pun nanti aku syak penuh dgn orang yang tinggal kete sbb nak naik erl ke klia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kat hosp. serdang pon lbh kurg jer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Berebut dgn staff lagi..nak buat cmnoo..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:23 AM | Show all posts
mana-mana hospital pun memang masalah parking..
HKL dah buat bangunan pun masih tak cukup..
susah-susah naik grab je la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:24 AM | Show all posts
hospital HUKM dan HKL pun sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif PENGUNJUNG??
Kau hengat pusat membeli belah orang saja-saja datang berkunjung ke hospital?
Ganja rasa PELAWAT lebih bersesuaian kot.

Sekadar pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:26 AM | Show all posts
rasanya kebanyakan hospital mengalami
masalah yang sama.. memang kesian kat
warga emas yang kena menapak..

semoga masalah dapat diatasi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:30 AM | Show all posts
rasa semua hospital kjaan macam tu, kecuali hospital daerah, tak busy sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 18-3-2019 10:22 AM
kat hosp. serdang pon lbh kurg jer..

Dah disediakan parking kat maeps pun org masih parking tepi jalan. Feeder van free disedian cuma bayar parking je. Cuma agak leceh sebb hanya touch n go payment diterima. Tapi skrg kan semua toll dah guna tng. Org sanggup bayar saman dan menapak jauh dari parking tmpt disediakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:43 AM | Show all posts
parking jer kat putsentral
xpon ade kawasan parking depan tu seberang jalan (xtau la ade lg x)

kalau ade appoinment pagi kat HP, jgn lupe beratus seawal jam 7am
kalau x, mau kol 1 baru siap appoinment
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kpj Damansara lagi la takde parking pagi. Dia clear skit after 2pm. Ingat lagi kenangan hantar arwah mak depan pintu hosp dengan adik....then baru la aku gi cari parking. Bila pergi sekarang rasa lain plak. Tetiba meluahkan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:52 AM | Show all posts
apa nak buat  hadap ajelah. hospital melaka walaupun ada parking bertingkat pun sama aje x kan selesai masalah parking. naik grab aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.099130 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list