CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 9

[Tempatan] Kedah catu air di Merbuk, Semeling - Mukhriz

[Copy link]
Post time 18-3-2019 12:34 PM | Show all posts |Read mode



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah membuat catuan bekalan air di kawasan Merbuk dan Semeling, susulan cuaca panas melampau sejak bulan lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pihaknya mendapati beberapa kawasan kritikal yang mengalami gangguan air memerlukan bantuan bekalan, manakala beberapa kawasan lain turut dilaporkan terjejas, tetapi tidak teruk hingga memerlukan pengisytiharan darurat.

“Saya pun kadang-kala terasa seperti nak isytihar darurat apabila melihat keadaan itu, tetapi saya dimaklumkan, pendekatan yang kita ambil setakat ini akan dapat mengurangkan bebanan dengan memberi tumpuan penyelesaian jangka pendek dan panjang.


“Melihat keadaan sekarang, sudah pasti rakyat mahukan penyelesaian segera dan kita menggunakan penyelesaian jangka pendek seperti mencatu air. Malah mengikut kiraan, sudah ada 23 lori air dibantu tangki serta Loji Rawatan Air (LRA) bergerak.

“Kita sudah kerahkan apa yang diperlukan dan turut membabitkan pihak swasta. Catuan bergantung kepada tempat,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan bulanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), di sini hari ini.

Mengenai pembabitan pihak swasta itu, Mukhriz berkata, LRA bergerak dicadang ditempatkan di Semeling yang memerlukan bekalan air disuling dan dirawat.

“Ini membantu kerajaan negeri dalam menyalurkan bekalan air bersih. Malah kerajaan Pusat juga sedia membantu apa yang diperlukan selepas perbincangan kami baru-baru ini. Namun, rakyat perlu bijak menggunakan air, jangan melakukan pembaziran seperti basuh kereta dua hingga tiga kali seminggu,” katanya.

Minggu lalu, BH Online melaporkan Kedah menerima bantuan 13 lori tangki dari enam operator air negeri lain bagi membekalkan air ke sekitar kawasan yang terjejas akibat cuaca panas ketika ini.

Jurucakap Syarikat Air Darul Aman (SADA), berkata pihaknya menerima bantuan lori tangki dari Lembaga Air Perak (LAP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Pengurusan Air Selangor (AIS) dan Syarikat Air Terengganu SATU).

“Antara kawasan mengalami gangguan bekalan adalah di daerah Kuala Muda, iaitu Merbok, Tanjung Dawai, Bedong, Semeling, Singkir dan Gurun,” katanya dalam satu kenyataan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 02:53 PM | Show all posts
kekurangan air dikawasan merbok,tanjung dawai,bedong,semeling,sngkir,gurun ni dah lama sejak puluhan tahun dahulu. munculnya byk taman perumahan, taman universiti di bedong, tman lembah bujang, fasa 1,2,3,4,5,6,7 di merbok, menyebabkan peningkatan penggunaan air. bila telefon pejabat sada sungai petani, orang yg jawab tu kata tekanan pam pam rendah paras 2 je, patut paras 3 baru boleh air dipam dengan elok. dah tu selama ni biarkan je rumah pam tu pada paras 2 takdak inisiatif nak repair ke.

kutip duit bil bulan -bulan tu buat apa, buat bangunan sada besar-besar kat alor setar, elok terminate je paip sada kt rumah baik pakai pam boring sedut air dalam tanah baru padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:00 PM | Show all posts
di sebelah merbok, kemarau pun susah, hari hujan pun susah, kerana pada pada hari hujan pihak sada akan menutup supply air dgn alasan air keruh, kerana guna air sungai merbok. kalau macam ni elok la takde aip paip, kalau ada air pun kena bangun pukul 4 pagi tahan air itu pun sangat slow, terpaksa pasang pam sedut air berhampiran kepala meter air.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:27 PM | Show all posts
nasib ko la sada, rugi berkilo-kilo, korang tau musim kemarau tahun lepas, selama sebulan berapa sada belanja utk upah lori-lori persendirian utk hantar air? ya rm500 sehari, 24 jam penghantaran air itu belanja utk satu lori je. asalnya lori angkut padi diletakkan tong besar atas tu. korang bayangkan berpuluh lori air swasta setiap hari berapa sada dah belanja selama sebulan.
tahun ni musim kemarau, sada angkut pulak lori dari syarikat air negeri lain, belanja murah la sikit.

tu la ada masalah tak mau tackle, buat bangunan besar-besar di alor star, sekarang dah jadi macam ni lagi rugi bertimbun-timbun kerana sewa lori persendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:53 PM | Show all posts
ok lagi kedah... teringat dulu org selangor berhari2 angkut baldi turun naik flat. nak berak pun hazab
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gbam replied at 18-3-2019 03:00 PM
di sebelah merbok, kemarau pun susah, hari hujan pun susah, kerana pada pada hari hujan pihak sada a ...

Kedah maju 2020 kannn.

Takkan darj zaman Mahathir sampai ke Mukhriz tak maju2...Tak boleh sahut Wawasan 2020
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2019 04:02 PM | Show all posts
apa komen menteri besaq kedah? wakakakakakakakkaka


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 04:10 PM | Show all posts
Edited by gbam at 18-3-2019 04:12 PM
tobby replied at 18-3-2019 03:53 PM
ok lagi kedah... teringat dulu org selangor berhari2 angkut baldi turun naik flat. nak berak pun haz ...

sama je, lori air bubuh air kt main road, siapa yg letak tong air besar warna biru setinggi paras dada orang dewasa, dgn satu lagi tong besar mcm tangki atas rumah tu, ha tong tu je lori air akan isi air tepi jalan, rumah jauh ke dalam lori tak akan masuk, sama je kena ulang alik angkut dgn baldi kecil.
lori air akan ulang isi air shari sekali ada yg 2 hari sekali. sebab tu lori jalan 24 jam. ada route masing masing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 04:19 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 18-3-2019 03:58 PM
Kedah maju 2020 kannn.

Takkan darj zaman Mahathir sampai ke Mukhriz tak maju2...Tak boleh sahut ...

mukhriz dua kali jadi MB pun masalah x selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 18-3-2019 04:19 PM
mukhriz dua kali jadi MB pun masalah x selesai.


Dah 2 generasi kot mentadbir Kedah Dr PM sampai ke MB.

2 orang PM Pon dari negeri Kedah.

PM dengan MB anak Beranak.
Apa diorg buat???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069449 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list