View: 1796|Reply: 19
|
[Tempatan]
JEREBU datang lagi
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 19-3-2019 01:19 PM
Jerebu: Rompin, Shah Alam catat IPU tak sihat
Sinar Harian | Mac 18, 2019 06:35 MYT
Orang ramai dinasihatkan untuk meminum air dengan banyak ketika ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat di Rompin, Pahang dan Shah Alam.
Setakat jam 12 tengah malam tadi, Rompin merekodkan bacaan 151 manakala Shah Alam, 105.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Online
10 mins ·
Pihak pentadbiran sekolah kini berkuasa untuk menutup sekolah sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing terjejas akibat jerebu. - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat datang jerebu |
|
|
|
|
|
|
|
manakala, esok katanya bermula permulaan monsun baru.
nanti petang la i bkk tered.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah pagi tadi nampak mcm berjerebu aje |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia. Jualan topeng N29 pastinya akan laku keras. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bau jerebu Pon subuh2 tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 18-3-2019 01:05 PM
Berita Harian Online
10 mins ·
Kalo sekolah buat loklaq aku cutikan sendiri anak aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ptutla dr sabtu td aku tgk mcm ada jerebu dkt kl ni |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 18-3-2019 01:08 PM
manakala, esok katanya bermula permulaan monsun baru.
nanti petang la i bkk tered.
Mcm ade terbaca 21 mac to apr akan start equinox. Dok dalam rumah jela jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiii..anak aku baru start exam penggal pertama ni..
Shah Alam IPU kurang sihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian Online
1 hr ·
Alor Gajah dan Bukit Rambai di Melaka rekod kualiti udara tidak sihat pagi ini - Jabatan Alam Sekitar |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2019 03:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Get Your Masks Out, Guys. Haze Has Returned To Malaysia At Unhealthy Levels
BY TAMARA JAYNE — 19 MAR 2019
A heatwave has also hit 23 different areas in Malaysia.
Haze has made a comeback to various parts of Malaysia at unhealthy levels, according to Air Pollutant Index (API) readings of the Department of Environment
Yesterday, 18 March, New Straits Times reported that the Rompin, Pahang API station recorded a reading of 171, while Banting, Selangor reached 102.
Meanwhile, 62 API stations nationwide showed moderate readings and only two stations recorded good air quality.
The range of API readings are as below:
- Between 0 and 50 is good,
- 51 to 100 is moderate,
- 100 to 200 is unhealthy,
- 200 to 300 is very unhealthy, and
- 300 and above is hazardous.
On that note, the Deputy Education Minister announced yesterday that schools are allowed to close if API levels worsen
Malay Mail quoted Teo Nie Ching as saying, "We already gave power (turunkan kuasa) to the schools so no need for them to come back to the Ministry for permission to close school or stop outdoor activities because we want them to make decisions there and then.
"We already have standard operating procedures (SOP), meaning when there is haze, actually it is for the school to decide," she told reporters at Parliament.
Additionally, a heatwave has also hit several parts of Malaysia with temperatures rising between 35 degrees and 40 degrees Celsius
On 17 March, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) issued a level 1 alert for 21 areas in nine states of Peninsula Malaysia. Three other areas were added to the list the following day.
These are the 23 areas affected:
- Chuping (Perlis),
- Kota Setar (Kedah),
- Sik (Kedah),
- Baling (Kedah),
- Kulim (Kedah),
- Hulu Perak (Perak),
- Kuala Kangsar (Perak),
- Kinta and Batang Padang (Perak),
- Jerantut (Pahang),
- Raub (Pahang),
- Temerloh (Pahang),
- Maran (Pahang),
- Bentong (Pahang),
- Kuala Selangor (Selangor),
- Kelang (Selangor),
- Hulu Selangor (Selangor),
- Sepang (Selangor),
- Petaling (Selangor),
- Jelebu (Negri Sembilan)
- Rembau (Negri Sembilan),
- Tangkak (Johor), and
- Kuala Lumpur.
The other regions, which includes Sabah and Sarawak, recorded temperatures below 35 degrees Celsius, The Star reported.
Meanwhile, a level 2 heatwave alert was issued for Pendang, Kedah after temperatures recorded between 37 degrees and 40 degrees Celsius
"The hot weather is due to the lack of cloud cover and low rainfall during the end of the north-east monsoon," said MetMalaysia director-general Datuk Alui Bahari, according to The Star.
However, the extreme heat is expected to reduce by next month once the monsoon season starts |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan marah Indog, orang tempatan dan low class warga asing selamba bakar sampah aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Henti pembakaran terbuka elak jerebu - Bomba Sarawak
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@nstp.com.my
KUCHING: Cuaca panas di Sarawak sejak lebih seminggu lalu dikhuatiri mencetuskan fenomena jerebu di negeri ini.
Walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 10 stesen di Sarawak hari ini berada pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 59.
Bagaimanapun, keadaan itu dikhuatiri berubah jika kegiatan pembakaran terbuka terutamanya untuk tujuan pertanian dan perladangan tidak dicegah dari awal.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, kebakaran tanah gambut menjadi cabaran utama pihaknya dan orang ramai harus bersama menghalangnya daripada berlaku.
Beliau berkata, sehingga jam 5 petang semalam, sebanyak lapan kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan iaitu tiga di Marudi dan masing-masing satu di Mukah, Tanjung Manis, Limbang, Lawas dan Lopeng.
Lapan kejadian yang berlaku semalam itu menjadikan keseluruhan sebanyak 147 kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di Sarawak sejak 1 Mac membabitkan keseluruhan kawasan 106.5 hektar.
“Masalah jerebu dapat dibendung jika semua pihak bersama mengelak melakukan pembakaran terbuka terutamanya ketika musim panas ini.
“JBPM bersedia menghadapinya namun seboleh-bolehnya, janganlah melakukan pembakaran terbuka,” katanya.
Khirudin berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) juga sentiasa memantau keadaan ketika musim panas ini.
“Dua agensi terbabit mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah alam sekitar yang melakukan terbuka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shah Alam catat bacaan IPU tidak sihat
Amirah Shariffudin, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 20, 2019 10:31 MYT
Laman web Jabatan Alam Sekitar menyatakan hanya tiga kawasan mempunyai bacaan IPU pada tahap yang sihat iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Tinggi.
KUALA LUMPUR: Kawasan yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia kini adalah Shah Alam dengan bacaan IPU sebanyak 107 pada pukul 11 pagi Rabu.
Berdasarkan bacaan IPU terkini di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam berada pada tahap tidak sihat sementara 62 kawasan berada pada tahap sederhana dan tiga lagi kawasan berada pada tahap baik.
Walau bagaimanapun, Rompin yang mempunyai IPU tertinggi pada Selasa telah pulih semula ke tahap sederhana dengan bacaan IPU 96 pada pukul 8 pagi hari ini.
IPU di kawasan Balok Baru Kuantan semalam berada di tahap yang tidak sihat tetapi telah dipulihkan ke tahap sederhana pada jam 4 pagi hari ini.
Sementara itu, Bukit Rambai dan Alor Gajah di Melaka pulih ke tahap sederhana pada pukul 11 malam dan 12 tengah malam semalam.
Laman web JAS turut menyatakan bahawa hanya tiga kawasan mempunyai bacaan IPU pada tahap yang sihat iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Tinggi.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah bahaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|