View: 1155|Reply: 15
|
[Tempatan]
Sekali Tarik Dapat RM70,000
[Copy link]
|
|
Hassan Omar
SEBAHAGIAN daripada 1,200 peserta Malaysia Surfcasting Tour di Pantai Puteri, Tanjung Kling.
cnews@nstp.com.my
DOA seorang pemancing yang mahu membina rumah impian dimakbulkan apabila memperoleh RM70,000 selepas muncul johan pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, semalam.
Mohd Faizul Mohd Ali, 37, amat teruja apabila diumumkan sebagai johan berikutan kejayaannya menaikkan ikan daun baru seberat 945 gram, sekali gus mengatasi kira-kira 1,200 peserta lain.
Katanya, ketika menarik tali pancing pada jam 10.35 pagi, hatinya berdebar kerana berasa tangkapannya agak berat menyebabkan dia berdoa agar ikan berkenaan tidak terlepas daripada mata kail.
“Dua tiga hari sebelum ini saya banyak berdoa agar Allah memilih saya untuk menang kerana saya sudah lama menyimpan hasrat untuk membina rumah.
“Sekarang saya menyewa rumah di Taman Merah Jaya dan menabung sedikit demi sedikit hasil titik peluh sebagai pemandu peribadi untuk membina rumah sendiri dan Alhamdulillah hari ini (semalam), doa saya dimakbulkan Allah,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah berkenaan.
Hadiah disampaikan Pengarah Kanan (Bahagian Acara dan Domestik) Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Dr Ammar Abdul Ghapar.
Naib johan peserta dari Johor, Mohd Abdul Salam Ismail, 54, yang membawa pulang RM12,000 selepas menaikkan ikan daun baru seberat 885 gram manakala tempat ketiga dimenangi Airuddin Ismail, 53, dari Seremban dengan menerima RM5,000 selepas mendaratkan ikan kurau seberat 815 gram.
Program itu dijadualkan diadakan di 10 lokasi di seluruh Semenanjung dan bakal berakhir di Tasik Putrajaya pada hujung Disember depan dengan menawarkan hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi bagi pemancing yang mengumpulkan mata tertinggi. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 03:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MOHD FAIZUL (tengah) berkongsi kegembiraan muncul johan Malaysia Surfcasting Tour dengan membawa pulang RM70,000 di Pantai Puteri, Tanjung Kling. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 03:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tahniah.
Berpusu pusu la hp brader ni terima call& SMS. Jenis ghaib bertahun tahun pun tetiba muncul
|
|
|
|
|
|
|
|
Minta resepi umpan
Laki i gi mancing xpnh dpt jackpot. I speku umpan dia xsedap |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 18-3-2019 03:32 PM
Minta resepi umpan
Laki i gi mancing xpnh dpt jackpot. I speku umpan dia xsedap
Sepupu mak iols siap post doa dpt ikan banyak..
Tp mmg menjafi..byk ikan dia dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pasal jauh benor beza hadiah pertama kedua ketiga |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 18-3-2019 03:30 PM
Tahniah.
Berpusu pusu la hp brader ni terima call& SMS. Jenis ghaib bertahun tahun pun tetiba mu ...
Ingat tak dolu kita oenah minum teh sama sama...kat kedai depan nun...
Minum teh xsampai sejam
Tapi ingat bila dpt durian runtuh..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-3-2019 03:41 PM
Sepupu mak iols siap post doa dpt ikan banyak..
Tp mmg menjafi..byk ikan dia dpt..
Minta share doa.. Hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bese org yg kaki mancing n msuk contest ni bukan bishe2 weyh..tringat aku thun2 lpas ade sorang budak umo 13 thun xsilap mng rm50k kt kg laki meollss ni dy dpt no 1 time tu..selidik punya slidik mak pak yindon tp ank lahir kt sni..mmg ade guna2 la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 03:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 18-3-2019 03:40 PM
Ikan daun baru tu mcmana
Contoh antara ikan daun baru yang berjaya dinaikkan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Faizul Mohd Ali, 37, amat teruja apabila diumumkan sebagai johan berikutan kejayaannya menaikkan ikan daun baru seberat 945 gram, sekali gus mengatasi kira-kira 1,200 peserta lain.
xde lh berat mn pun
mmg ikan kt sini kecik2 kot
klu di tasik putrajaya ni
mau lbh sekilo ikan2nya
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sampai 1kg pun ikan nye... |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 18-3-2019 03:43 PM
Minta share doa.. Hehe..
Nnt iols cr kt fb |
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 18-3-2019 03:55 PM
Contoh antara ikan daun baru yang berjaya dinaikkan
Comeynyaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|