CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Secara halus, PH iktiraf UEC

  [Copy link]
Post time 19-3-2019 04:54 PM | Show all posts
bangcak replied at 19-3-2019 04:28 PM
yang cara halus besar taik hidung kemain kecoh.
yg besar gedababak berbeliyon bersaiz mega, buta.  ...

babi kau anak babi bacul tarak tolo

fitnah orang cam hebat, suh pi direct post kat fb papagomo, ilang kau punya telur

pondan bapok punya sial kau ni


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2019 06:40 PM | Show all posts
UEC: Gesa hentikan berpolitik tapi Armada tanya, mana UMNO?
19 Mac 2019 6:20 PM


KUALA LUMPUR 19 Mac - Isu melibatkan pendidikan seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu dibincangkan di luar kerangka politik kepartian.

Perkara itu ditegaskan Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang menganggap pendidikan adalah milik semua dan tidak wajar dipolitikkan.

Namun di sebalik penegasan itu, Mohd. Ashraf tetap mempersoalkan kebisuan Pemuda UMNO ketika mula-mula lepasan UEC diterima untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kira-kira sembilan tahun lalu.

“Saya tetap ingin bertanya, di mana Pemuda Melayu UMNO yang kononnya menjadi benteng kepada orang Melayu dan semangat nasionalisme kebangsaan, saat pemimpin Melayu secara kolektif dalam UMNO bersetuju memulakan pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan?

“Mana Pemuda UMNO ketika itu apabila pemimpin utama UMNO, (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak yang memaksa Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sedikit demi sedikit membuka jalan kepada UEC antaranya (dengan) implementasi UEC ke dalam PISMP?” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ashraf walau bagaimanapun menegaskan, pendiriannya menolak UEC tidak pernah berubah dan beliau mengajak semua lapisan masyarakat supaya bersama-sama menolak pengiktirafan sijil tersebut.

“Bukan mudah untuk menghapuskan sesuatu yang telah dimulakan oleh UMNO yang hampir sepuluh tahun terlaksana sudah! Perlu kita sedar hakikat itu bahawa agenda desakan, gesaan dan didikan untuk menolak sistem yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan perlu diteruskan sehingga jaya!

“Jadi ayuh bersama-sama menolak pengiktirafan UEC dan segenap sistem yang hakikatnya luar dari dasar kebangsaan dan sama membangun sebagai anak Malaysia untuk memperkasa pendidikan kebangsaan,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2019 05:21 PM | Show all posts
Kerajaan iktiraf UEC hanya untuk pengambilan ke kampus IPG - Maszlee


KUALA LUMPUR: Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh kerajaan hanya terpakai untuk pengambilan kursus ke kampus Institut Pendidikan Guru (IPG).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ketika menegaskan perkara itu, berkata langkah mengiktiraf UEC berkenaan bukan perkara baharu, sebaliknya menjadi dasar kerajaan sejak tujuh tahun lalu.

“Isu iklan ini berkaitan pengambilan ke institut IPG dan ia dimulakan sejak 2012 lagi. Saya berterima kasih kepada Rembau (Khairy Jamaluddin) kerana mengemukakannya di Twitter beliau.

“Beliau mengatakan ini bukan isu politik,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Maszlee berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai sama ada kerajaan mengiktiraf UEC kerana mendakwa beberapa iklan memberi gambaran pengambilan ke universiti awam (UA) boleh menggunakan sijil berkenaan.

Maszlee berkata, Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) ditubuhkan bagi memperhalusi keperluan mengiktiraf sijil itu dengan merangka laporan sebelum dibentangkan ke Kabinet.

“Mereka (PPDUEC) masih dalam proses libat urus, menganjurkan kegiatan dan berkomunikasi dengan semua pihak, maka belum ada keputusan dibuat. Sebarang keputusan akan dibuat di Kabinet,” katanya.

Menjawab soalan asal Steven Choong Shiau (PH-Tebrau) sama ada kerajaan akan kaji semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang melaksanakan dasar diskriminasi pendidikan bahasa ibunda, Maszlee berkata tanggapan sedemikian tidak berasas.

Beliau sebaliknya menegaskan, kementerian tidak pernah melaksanakan dasar diskriminasi pendidikan mana-mana bahasa ibunda.

“Kita sentiasa memastikan mata pelajaran bahasa ibunda dikemas kini dalam aspek kurikulum, bahan bantu belajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.

“Pelaksanaan ini selari saranan PPPM 2013-2025 supaya murid menamatkan persekolahan dengan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing pada peringkat global,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 12:42 PM | Show all posts
resign je la mazlee oii....nie timbalan plak yg power lebih, ko plak jadi pak turut je
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057392 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list