CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6778|Reply: 42

[Tempatan] [Update] : Subang Airport To Blame For Fatal Accident - Vincent Tan

[Copy link]
Post time 18-3-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 22-3-2019 12:54 AM

Astro Awani, Kenyataan Media |  Diterbitkan pada Mac 18, 2019 17:27 MYT

KUALA LUMPUR: Seorang petugas lapangan terbang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di landasan dengan pesawat persendirian awal pagi tadi.

Ketika kejadian pada jam 3.20 pagi itu, pemandu kenderaan kejuruteraan tersebut sedang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera dalam insiden pada 3.20 pagi itu.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan berkata kakitangan itu telah menjalani pembedahan dan akan menerima penjagaan perubatan terbaik.

"Insiden itu mula sekali telah dilaporkan kepada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang yang tiba di tempat kejadian pada 3.21 pagi," kata kenyataan itu.

Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas disebabkan kerja-kerja membersihkan serpihan di lapangan terbang akibat kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, operasi penerbangan kembali pulih bermula dari 9 pagi, kata Malaysia Airports.

Kenyataan itu berkata Malaysia Airports telah menubuhkan pasukan penyiasat dan sedang bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi menyiasat punca kemalangan.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan telah mengaktifkan "Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu," kata kenyataan itu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemalangan sebuah pesawat dengan sebuah kenderaan kejuruteraan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. - Foto NSTP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 09:06 PM | Show all posts
Innalillah.. teruk juga kenderaan tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 18-3-2019 09:06 PM
Innalillah.. teruk juga kenderaan tersebut..

Orang dalam kenderaan tu lagi teruk. Kecederaan kepala. Rasanya no news yet about him
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semiga segera sembuh. Permudahkanlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr cite ada kaitan vvip
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 08:35 AM | Show all posts
Aku tak paham cemana boleh berlaku. Kereta tu sondol pesawat ka atau pesawat tu yg langgar kereta tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:44 AM | Show all posts

wow,vvip mana tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:46 AM | Show all posts
tungkai replied at 19-3-2019 08:35 AM
Aku tak paham cemana boleh berlaku. Kereta tu sondol pesawat ka atau pesawat tu yg langgar kereta tu ...

Itu lah tuh.. Takkan kereta tu parking kt tgh2 landasan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa kemalangan di landasan lapangan terbang Subang meninggal dunia

FMT Reporters - March 19, 2019 9:32 PM 5 minutes

PETALING JAYA: Kakitangan yang terlibat dalam kemalangan di landasan lapangan terbang Subang semalam meninggal dunia hari ini.

Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, disahkan meninggal dunia pada 6.45 petang.

Pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang itu meninggalkan seorang isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan 4 anak, dari 1 hingga 13 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin menggambarkan Ruzaimi seorang kakitangan yang dedikasi.


“Pemergiannya suatu kehilangan tragik kepada Malaysia Airports,” katanya dalam kenyataan.

MAHB bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan jalankan siasatan kes kemalangan tersebut.

“Untuk kebaikan semua pihak, terutama keluarga mangsa dalam masa sedih ini, kita mohon media dan orang awam tidak buat spekulasi mengenai perkara tersebut,” kata kenyataan MAHB sebelum itu.

Ruzaimi dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan pesawat persendirian di landasan LTSAAS itu awal pagi semalam.


Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas kerana kerja pembersihan serpihan di landasan.

Operasi penerbangan kembali pulih pada 9 pagi semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Kalau tgk keadaan kereta tu pun mmg teruk kena sapu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..xtau pon cemana leh accident..dia dilanggar kah?dia salah masuk laluan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:25 PM | Show all posts
tungkai replied at 19-3-2019 04:35 AM
Aku tak paham cemana boleh berlaku. Kereta tu sondol pesawat ka atau pesawat tu yg langgar kereta tu ...

Semasa kejadian, En Ruzaimi tu berapa didalam kereta, di atas landasan, sedang memantau kerja kerja painting garisan center line landasan tu.
Kereta dia betul betul berapa di kawasan touch down dan kebetulan pesawat persendirian ni mendarat.

Why pesawat tu mendarat jugak, dapat clearance ke tidak tak pasti.
Why mangsa tak beralih cepat cepat bila nampak pesawat tu nak mendarat jugak semasa mereka sedang bekerja di atas landasan tu, pun tak pasti.

Tunggu siasatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 19-3-2019 10:25 PM
Semasa kejadian, En Ruzaimi tu berapa didalam kereta, di atas landasan, sedang memantau kerja kerj ...

Kena sayap, kontraktor dh report clear of runway earlier tp dot dot dot... biar pihak berwajib buat siasatan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:49 PM | Show all posts
ekod79 replied at 19-3-2019 06:33 PM
Kena sayap, kontraktor dh report clear of runway earlier tp dot dot dot... biar pihak berwajib bua ...

So maknanya they got the landing clearance la...

Kalau high wing or wide body planes memang tak kena la kan, tapi this time low wing private jet..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 10:53 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
abangbikerz replied at 19-3-2019 08:11 AM
Dgr cite ada kaitan vvip

Vincent tan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati nyaaaa dengan arwah

Semoga dapat pampasan yang baik untuk masa depan balu dan anak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.186475 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list