CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3097|Reply: 16

[Tempatan] Pusat tahfiz di Sungai Petani guna kanak-kanak kutip derma ditutup.

[Copy link]
Post time 19-3-2019 02:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 12:41 PM

Pusat tahfiz di Sungai Petani guna kanak-kanak kutip derma ditutup

[size=0.9]18 Mac 2019 5:00 PM




[size=0.8]
Pelajar-pelajar sekolah tahfiz yang ditutup.





SUNGAI PETANI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menutup sebuah pusat tahfiz amal di sini yang dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang JKM Putrajaya, Ahmad Rashid berkata, tindakan lak atau mengunci premis itu mengikut Seksyen 16 A Akta Pusat Jagaan 1993.
Katanya, seramai 60 anggota penguat kuasa termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (JHEIK), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi yang bermula pada 10.30 pagi tadi.
"Premis ini kita dapati telah dikosongkan lebih awal dan memudahkan kita untuk mengunci dan pihak pengusaha akan dibawa ke mahkamah selepas ini untuk pertuduhan.
"Bagaimanapun, kita beri peluang 21 hari  untuk mereka kemuka semua dokumen yang membolehkan pusat ini didaftarkan. Jika gagal tindakan undang-undang akan diteruskan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Ahmad berkata pihaknya akan terus memantau pusat-pusat tahfiz di seluruh negara dan tindakan sama akan dikenakan jika mana-mana pusat beroperasi tanpa mendapat perakuan pendaftaran daripada JKM.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, pusat tahfiz amal itu diarahkan ditutup kerana beroperasi tanpa kebenaran selain dipercayai memperguna kanak-kanak untuk mengutip derma.
Ismail juga dilaporkan berkata, hanya 11 daripada 211 penghuni pusat itu merupakan anak yatim. - Bernama






Kedah tutup pusat tahfiz beroperasi tanpa kebenaran
Bernama -

March 17, 2019 6:53 PM• 5 minutes read





Exco Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, hasil siasatan mendapati pusat yang beroperasi sebagai pusat rawatan amal itu tidak berdaftar di bawah Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani diarah tutup kerana beroperasi tanpa kebenaran, selain dipercayai mempergunakan kanak-kanak untuk mengutip derma dengan menggunakan nama agama bagi menarik simpati orang ramai.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Dr Ismail Salleh berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pusat yang beroperasi sebagai pusat rawatan amal itu tidak berdaftar di bawah Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.


“Kita mohon orang ramai jangan terpedaya dengan aktiviti pusat rawatan amal ini yang dilihat mempergunakan kanak-kanak untuk meraih simpati orang ramai,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam tular dalam aplikasi WhatsApp satu video berdurasi 3 minit 37 saat yang antara lain memaparkan tulisan “211 anak yatim fakir miskin diarah kosongkan penempatan”, selain merakamkan keadaan kanak-kanak perempuan menangis apabila mereka diarah berpindah keluar.


Dr Ismail berkata, pusat rawatan amal itu juga dikesan melanggar Seksyen 69 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 2008 kerana mengutip derma tanpa kebenaran.

“Hasil siasatan kita juga mendapati pihak pengurusan pusat rawatan amal ini menggunakan kanak-kanak untuk kutip derma tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Kedah,” katanya.


Beliau juga berkata, daripada keseluruhan penghuni pusat berkenaan seramai 211 orang, hanya 11 orang merupakan anak yatim.

Katanya, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan pergi ke pusat yang beroperasi di dalam bangunan rumah kedai itu esok untuk mengunci premis berkenaan sebagai tindakan lanjut.



“Kalau penghuni masih ada esok, yang mana ada ibu bapa kita akan serahkan mereka kepada ibu bapa mereka, manakala yang baki 11 orang lagi ini, JKM akan tempat mereka di rumah perlindungan JKM dahulu,” katanya.


Dr Ismail memohon orang ramai supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan kisah sedih seumpama itu untuk meraih simpati orang ramai, sebaliknya perlu mengambil tindakan menyemak kesahihan operasi sesebuah pusat tahfiz terlebih dahulu.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/17/kedah-tutup-pusat-tahfiz-beroperasi-tanpa-kebenaran/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2019 02:13 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 12:30 PM

Pelajar tahfiz terabai kerana tiada agensi mahu bertanggungjawabPredeep Nambiar -

March 18, 2019 9:50 PM• 5 minutes read



GEORGE TOWN: Seorang aktivis hak asasi kanak-kanak hari ini berkata pusat tahfiz dibiarkan beroperasi tanpa seliaan kerana agensi kerajaan keberatan untuk menangani perkara yang terletak bawah pentadbiran Islam.


James Nayagam berkata kerajaan persekutuan tidak terkejut walaupun selepas 8 tahun laporan-laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menonjolkan masalah-masalah dengan pusat-pusat tahfiz.


Nayagam berkata terdapat kira-kira 1,200 sekolah tahfiz di mana lebih 500 adalah tidak berdaftar. Beberapa pusat menawarkan asrama dan pusat jagaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, tiada agensi kerajaan atau kementerian ke depan untuk menyelia hal ehwal sekolah-sekolah itu, yang ditubuhkan bawah enakmen negeri-negeri bawah pentadbiran Islam.


Badan-badan sivil juga keberatan untuk bertindak, katanya.

“Pusat-pusat ini ada di serata negara dan mereka tidak diselia oleh pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan atau badan-badan lain.

“Kami bertanyakan kepada semua agensi kerajaan siapa yang menjaga mereka dan kami terkejut apabila tiada jawapan.”

Sekolah tahfiz menjadi bahan berita minggu ini apabila sebuah pusat di Sungai Petani, Kedah diarah tutup kerana beroprasi tanpa kebenaran dan dipercayai menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma atas nama agama.



Di Shah Alam hari ini, Sultan Selangor mengarahkan pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kurikulum moden ditutup.

Nayagam berkata pusat-pusat tidak berdaftar tidak diselia dari segi pemakanan murid-murid, imunisasi dan pendidikan.

“Di Suhakam, kami pernah berbincang mengenai kesejahteraan kanak-kanak di pusat-pusat sebegitu, yang ada sesetengahnya dijamu nasi dengan garam.


“Lebih teruk lagi, sistem ‘abang jaga adik’ dan bukan penyelia dewasa atau kakitangan yang menjaga mereka. Itu boleh membawa kepada kes keganasan dan penderaan seks.”

Nayagam berkata kebakaran di pusat tahfiz pada 2017, di mana 23 orang terbunuh, mendesak pihak berkuasa supaya lebih bertanggungjawab, tetapi belum ada badan kemuka pelan komprehensif mengenai cara memantau pusat-pusat sebegitu.


Jabatan Kebajikan Masyarkat sepatutnya menjadi pelindung semua kanak-kanak dan patut menggunakan kuasanya ke atas pusat-pusat sebegitu tanpa rasa gentar atau pilih kasih, katanya.

Kementerian Kesihatan dan Pendidikan juga mesti ke depan.


Bagaimanapun, badan-badan kelihatan bimbang tentang menegur pusat-pusat tahfiz.

“Undang-undang mesti terpakai pada semua orang,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 04:26 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 12:33 PM
FOTHER-MUCKER replied at 18-3-2019 10:13 AM
Pelajar tahfiz terabai kerana tiada agensi mahu bertanggungjawabPredeep Nambiar -

Ma ...





SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya.

Baginda bertitah, terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan JAIS sehingga kini.

"Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Turut berangkat hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya pegawai kerajaan Selangor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, berintegriti dan memberikan komitmen tinggi kepada tugas diamanahkan.

Baginda bertitah, antara perkara yang perlu diatasi oleh PBT pada masa ini ialah memastikan sisa pepejal dapat diuruskan dengan sistematik dan berkesan.

"Sampah-sarap di sesebuah kawasan hendaklah dilupuskan dengan cara yang terbaik supaya tidak akan timbul masalah longgokan sampah yang tidak terkawal serta boleh mengakibatkan pencemaran bau dan membawa penyakit.

"Selain daripada itu, pihak PBT perlu mengawasi dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan yang tidak menjaga kebersihan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin," titahnya.

Sumber : MyMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah meskin duniawi...asalkan kaya di akhirat gaytoooo....so masukklah tahfiz dan blajar minta sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik tindakan Sultan Selangor dan kerajaan PH kali ni .
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusat tahfiz sp ni dah lama dulu ada kes minta derma pastu founder hidup mewah kereta sport main golf bagai
Yg tu ke baru kne tutup
Atau tahfiz lain plak yg kne tutp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah pusat tahfiz ni, senang2 jah bukak tanpa ada financial yg stabil.. Abeh tu dok mengharap org bg duit utk terus beroperasi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 19-3-2019 06:15 AM
Pusat tahfiz sp ni dah lama dulu ada kes minta derma pastu founder hidup mewah kereta sport main gol ...

Harap-harap yang itulah. Masih ada rasanya video nyanyian beliau di YouTube.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 08:28 AM | Show all posts
Ada 'TAHFIZ' PALSU ada yang betul

Yang ni yang PALSU, guna nama tahfiz, dan perguna budak-budak untuk minta sedekah. Yang ni yang MEMBURUKKAN nama tahfiz...

Tahfiz yang betul TAK GUNA pelajar untuk minta sedekah.

Masalahnya orang awam tidak dapat beza yang mana yang betul, yang mana yang PALSU, maka terpalitlah nama buruk pada institusi tahfiz.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:30 AM | Show all posts
MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTERI.


Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL,  apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014  di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus,  Jalan Yan,  Kuala Kedah.  Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA.

Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2 yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak2 ini berasal dari negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat  Tahfiz Amal Bestari,  yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM.  Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan,  mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara.  Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah.  

Ada 2 surat dari Jabatan Agama dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar.  Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan.  Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat.  Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak.  Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani.  Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara.  Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus,  Jalan Yan,  Kuala Kedah.  Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh Raja Azhar bin Raja Wahab.  

Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani.  Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN :
1.        Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional
2.        Turun padang ambil tahu
3.        Jangan mudah tular sebarang isu sebelum sahkan
4.        Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan
5.        Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini.  Jabatan Agama & JKM rujukan utama

Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat.

Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan.  Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.  Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.  

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan.  Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh.

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria.  Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda).

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:

1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang.  2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang.  3A lelaki 11 orang, 13 perempuan.  4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang.  5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.


Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.


Sewa bulanan RM14,000 sebulan.


Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).


Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan.  Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media social menuduh pihak saya membuat fitnah.  Mereka masih tidak mejawab perntanyaan saya, pejabat agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salianan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan.  Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan.  Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri.


SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB 8603280292’



Hasil Siasatan Awam:



Ustaz Kamaruddin Kassim,
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia
(UNGGAS MALAYSIA)
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan pusat tahfiz ni pengasas dia peeguna budak utk kutip derma, lepastu dia joli sakan guna duit tu. Tpi lobai cakap perbuatan mengutuk pusat tahfiz xberdaftas sebagai menghina lobai. @dinopower2
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:14 AM | Show all posts
menyampahnye tengok gambar kat atas tu.. dah tau takde duit takyah la bukak pusat tahfiz.. nyusahkan pelajar je..  pusat tahfiz aman ke yg kene tutup baru ni.. bukan main lagi founder dia menyanyi pegang pompuan bagai.. siap ade album.. pelajar2 disuruh jadi pengemis
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-3-2019 09:03 AM
Kan pusat tahfiz ni pengasas dia peeguna budak utk kutip derma, lepastu dia joli sakan guna duit tu. ...

kaki spin la ko... haha
sadis tul..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:28 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 19-3-2019 09:03 AM
Kan pusat tahfiz ni pengasas dia peeguna budak utk kutip derma, lepastu dia joli sakan guna duit tu. ...



Yang ni bukan pusat tahfiz, tapi pernah GUNA nama tahfiz untuk tujuan minta sedekah. Bila dah kantoi depa tukar nama kepada pusat amal.

Malangnya ramai yang tak dapat bezakan yang PALSU dan yang betul....

Kalau mana-mana pusat 'tahfiz' yang ada budak minta sedekah, itu PALSU.





Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:31 AM | Show all posts
harkktuih replied at 19-3-2019 07:33 AM
Masalah pusat tahfiz ni, senang2 jah bukak tanpa ada financial yg stabil.. Abeh tu dok mengharap org ...

'Tahfiz' palsu yang perguna budak minta sedekah.... ini yang memburukkan nama tahfiz

Budak2 ni bukannya belajar tahfiz pun, mereka dilatih untuk meraih simpati... guna nama 'madrasah' atau 'tahfiz'

Malangnya tahfiz yang betul terpalit dengan aktiviti mereka ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:35 AM | Show all posts
whadda replied at 19-3-2019 09:14 AM
menyampahnye tengok gambar kat atas tu.. dah tau takde duit takyah la bukak pusat tahfiz.. nyusahkan ...

Pecahan Al-Arqam, kepada Al-Mansur, tukar nama lagi....bukan tahfiz pun.... hanya guna nama 'tahfiz' untuk raih simpati
Meraka ni antara yang timbulkan fitnah kepada pusat tahfiz



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:37 AM | Show all posts
Tahfiz yang betul TIADA masa untuk minta sedekah, program mereka PENUH dari pagi sampai malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.158933 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list