CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2058|Reply: 11

[Tempatan] Seorang wanita bertutup biru menangis kerana dihukum penjara 3 tahun.

[Copy link]
Post time 19-3-2019 04:11 AM | Show all posts |Read mode


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x498.


KAKITANGAN sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadapnya.

Wanita itu dituduh atas dua pertuduhan memiliki dua kad tambah nilai Tesco Club berciri Touch n Go yang tidak sah membabitkan kerugian RM2,048, Februari lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Syahirah Adnan, 26, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan, 14 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, keluarga tertuduh yang hadir untuk memberikan sokongan menangis di galeri awam.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki dua keping kad tambah nilai Tesco Club berkenaan yang tidak sah dan menggunakan kad berkenaan yang masing-masing RM1,145.50 dan RM907.15 yang mengakibatkan syarikat Touch n Go Sdn Bhd kerugian.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di pasar raya Tesco Ampang, antara 19 Februari dan 1 Mac 2019.

Dakwaan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan dia bergaji kecil perlu menanggung keluarga dengan dua adiknya yang masih bersekolah.

“Kad itu saya gunakan untuk membeli barangan keperluan keluarga dan saya juga menyesal dengan perbuatan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene memohon hukuman sebagai pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam di samping kerugian yang dialami syarikat.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun, manakala dua tahun bagi pertuduhan kedua serta memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 8:53 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...a_hn-sVYK_wMXY


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham i.. Macam mana boleh kad tambah nilai tak sah? Maksudnya kad klon ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:45 AM | Show all posts
iols pon x phm jugek...
3 thn ...hazab dek dok dlm lokap
mati kutu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:48 AM | Show all posts
berani buat berani tanggung.....

kehidupan zaman sekarang memang susah....RM50 hanya penuh 1 troli...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:48 AM | Show all posts
Megikari replied at 19-3-2019 07:35 AM
Tak faham i.. Macam mana boleh kad tambah nilai tak sah? Maksudnya kad klon ke apa?

Auntie pun tertanya2 jugak.

Adakah ini card clone tambah nilai Tesco (Tesco loyalty card)?

Dia tak rasa bersalah ker beli barangan dgn cara penipuan dan diagihkan kpd ahli keluarga? Takder lah dia miskin tegar sbb ada pekerjaan pun.
Ini mesti ada perasaan tamak dan haloba.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:13 AM | Show all posts
sikap buruk punca tragedi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 08:14 AM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Pernah nmpk kat tepi jln area Danau Kota, org buka servis buat kad clone.  The car was parked kat tepi, pastu booth terbuka n ada poster besar iklan bisnis dia.  Akak tgh drive masa tu.  Dlm kepala terpikir, Itu macam pun boleh ka?  Naya ni kalau org clone access card masuk apartment or condo.  

She is not alone.  Mesti ramai lagi kat luar tu yg buat benda yg sama - cloning the cards @ mencuri.  Haram hukumnya makan makanan yg 'dibeli' guna kad tu, dik.  

Serupa la dgn benda alah yg slowkan meter reading air/elektrik ke apa benda tu.  Mencuri juga la tu.  Org lepas pndg benda mcm ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlambak dah kena tangkap especially tol n mrt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:11 AM | Show all posts
macam mane tesco club card tu berfungsi?? macam credit card ke? aku pon ade dulu kad tesco ni tapi zaman tok kaduk dulu la.. kad pon dah hilang.. tapi rasenye tuk kumpul point je pon.. klo kate link dengan touch n go bukan kene top up dulu ke baru boleh guna
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la, tamak lagi.pasal 2,3ribu jek mereput ko dalam jel.taubat la kak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rase mcm hukuman ni berat pulak, biase brrbulan2 je ni sampai 3 thn, kalu yg berbillion mcm bossku syg tu agaknya berape ribu thn ye dlm.penjare
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba untuk kesian. .tapi x mampu. ..sebab dari kes besar2 oleh pemimpin sampai kes kecik2 mcm ni lah yg merosakkan jiwa manusia dan di benci Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060365 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list