CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2643|Reply: 20

[Tempatan] Keselamatan anak saya kini terancam - Jasmin Hamid.

[Copy link]
Post time 19-3-2019 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 02:04 PM

Keselamatan anak saya kini terancam - Jasmin Hamid
MOHD. HAIKAL ISA
[size=0.9]17 Mac 2019 4:02 PM




[size=0.8]
Sejak membuat laporan polis pada Jumaat, beberapa individu sudah melakukan permohonan maaf.





KUALA LUMPUR - Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan tindakannya melakukan laporan polis terhadap lebih 15 orang netizen bukan hanya disebabkan mereka menghina anak angkatnya yang dikenali sebagai Rohana, tetapi keselamatan anaknya itu kini turut berada dalam bahaya.

Kata Jasmin atau nama sebenarnya, Jasmiah Abdul Hamid, angka netizen yang dikenal pasti mengutuk anaknya kini sudah meningkat kepada 23 orang. Bagaimanapun, selepas melakukan laporan polis lima orang netizen telah melakukan permohonan maaf melalui pesanan terus (DM).
“Jumlah netizen yang dikenal pasti sekarang sudah jadi 23 tiga orang. Mereka ingat dengan menggunakan akaun palsu dan melontarkan kutukan boleh melepaskan diri begitu sahaja. Zaman sekarang senang sahaja untuk mengesan siapa di sebalik akaun palsu.

“Saya ingin mengambil tindakan undang-undang bukan hanya kerana Rohana dikutuk atau menghadapi buli siber, namun tindakan kurang bertanggungjawab segelintir netizen telah menyebabkan keselamatan anak saya terancam. Termasuklah orang sudah tahu di mana tempat anak saya bekerja sekarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata pelakon filem Anaknya Sazali itu, sejak membuat laporan polis pada Jumaat, beberapa individu sudah melakukan permohonan maaf.
“Ada lima orang yang sudah mohon maaf kepada saya menerusi DM di Instagram. Adakah saya akan menarik keputusan untuk menyaman kalau mereka sudah mohon maaf, itu terpulang kepada peguam yang menguruskan kes ini nanti.

“Anak saya sampai murung disebabkan apa yang berlaku. Bukan hanya dibuli dalam media sosial, netizen telah mendedahkan tempatnya bekerja sehingga menjejaskan keselamatannya. Kata polis, jika ada keadaan atau individu yang mencurigakan, dia harus segera menghubungi pihak polis untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” terangnya lagi.

Dalam pada itu, Jasmin menjelaskan ramai yang mempersoalkan tindakannya seperti sengaja mencari perhatian dengan menggunakan status Rohana sebagai anak yatim.
“Dia anak angkat saya. Saya menjaganya sejak usianya empat tahun dan dia anak yatim. Kalau dia ingin berkahwin kelak perlu mencari walinya atau mengggunakan wali hakim,” ujarnya.

Sebelum ini, Jasmin pernah mendedahkan ada dalam kalangan netizen menghina wajah anaknya seperti seorang maknyah.
Rohana atau mesra disapa sebagai Cicik, 29, diambil sebagai anak angkat oleh Jasmin ketika pelakon itu berusia 20 tahun.
Selain Rohana, Jasmin, 46, turut mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Lukhman Hakim, 23, dan anak kandung iaitu Ian Haziq yang kini berusia 18 tahun. - K! ONLINE



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 19-3-2019 06:33 AM

Ohhh ni anak angkat dia yg dibela dr kecik tu... Ya ya ngan anak angkat sorg lg lelaki....dulu penah kuar magazine... Dia ni bagus kurg2 dia jaga bebdk tu sampai besar...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Jasmin. Teruskan je dgn tindakan undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:43 AM | Show all posts
Oh anak angkat.. iols tak tau dia ada anak.. then bukak ig and tunjuk dekat mak iols...

Iols just tertanya2 apsal muka tiga orang anak lain2.. so terjawab sudah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang biadap pun komen yang mendedahkan tempat kerja anaknya itu. Dahla tinggalkan komen dengan menghina fizikal. Wajar sangat kalau saman.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Amendeeelaa.. lantaknyaa laa muka dia burukke.. bknnya jangkit ke muke netizen pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 08:57 AM | Show all posts
Ooo rupanya nama sheols yang betul is Jasmiah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:25 AM | Show all posts
yg kutuk tu adakah wajah mereka persis miss world? miss universe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:30 AM | Show all posts
dia ada x anak kandung
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:34 AM | Show all posts
pernah tengok IG Cicik, gambar beliau berhijab.. memang cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:57 AM | Show all posts
Padan muka cyber bully. Teruskan saman. Dia tak kacau org pun, tetiba kena kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:01 AM | Show all posts
owh anak angkat
ingat anak kandung sheols

patut takde iras jasmin
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapala tergamak nak hina2 rupa paras orang padahal orang tu tak kacau sesapa pun

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 19-3-2019 10:21 AM
Kenapala tergamak nak hina2 rupa paras orang padahal orang tu tak kacau sesapa pun

Pe'el pembuli.

Sbb tu baghal sokom hakak Jasmin teruskan aja tindakan undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawang rangers kena saman ke? Selayaknya lah cash...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tua daa jasmine...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:46 AM | Show all posts
anak angkat dia dah tua. biarlah dia bela diri sendiri. ingatkan kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:39 AM | Show all posts
saman jeee.. pembuli ni mmg patut diajar!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 19-3-2019 10:28 AM
Pe'el pembuli.

Sbb tu baghal sokom hakak Jasmin teruskan aja tindakan undang2.

Iols pun sokong. Kasi pengajaran sikit mementang berselindung di balik keyboard sesedap rasa jah khenn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.199188 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list