CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2324|Reply: 12

[Dunia] Terus kelilingi dunia walaupun sudah berkahwin Dan mempunyai 3 orang anak.

[Copy link]
Post time 19-3-2019 06:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 02:30 PM

Terus kelilingi dunia walaupun sudah berkahwin

[size=0.9]19 Mac 2019 3:00 AM









JESS mendukung anak pertamanya, Rocket sambil mengemudi kapal layar beberapa tahun lalu











LONDON - Sepasang kekasih dari Britain yang meninggalkan negara itu pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia dan mereka masih meneruskan pelayaran walaupun sudah berkahwin serta mempunyai tiga cahaya mata.

Jess Lloyd-Mostyn, 36, dari sini serta suaminya, James, 48, memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sudah melawat 36 buah negara dan belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun.
“Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, kami memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga,” kata Jess baru-baru-baru ini.
Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3, dilahirkan di New Zealand.
Cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang ke Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
James dan Jess menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli sebuah kapal layar sepanjang lebih 12 meter pada harga £35,000 (RM190,739).
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James yang kini suaminya terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/dunia/terus-kelilingi-dunia-walaupun-sudah-berkahwin-1.864378

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 06:47 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:12 AM | Show all posts
lamanya belayar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:27 AM | Show all posts
mcmn belayar ditengah lautan
sampai tahap anak da perlukan pendidikan formal, apa plan mereka ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok jugak hidup cenggini.. jauh dr mkcik bawang.. leh tengok tmpt org.. jauh dr sedara mara kenalan yg mendengki.. hidup sendiri sendiri jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 08:47 AM | Show all posts
Buritan replied at 19-3-2019 08:31 AM
Seronok jugak hidup cenggini.. jauh dr mkcik bawang.. leh tengok tmpt org.. jauh dr sedara mara kena ...

kan sis.. asalkan tak mabuk laut sudehh..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 19-3-2019 08:47 AM
kan sis.. asalkan tak mabuk laut sudehh..

Kalo mabuk laut.. pi ngembara dlm utan pun ok jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 09:29 AM | Show all posts
airmineral replied at 19-3-2019 08:27 AM
mcmn belayar ditengah lautan
sampai tahap anak da perlukan pendidikan formal, apa plan mereka ye?

mereka dalam proses berguru dengan suhaimi sohai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 09:32 AM | Show all posts
byk duit sheolss
anak2 omey angat
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 04:26 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-3-2019 09:29 AM
mereka dalam proses berguru dengan suhaimi sohai

hati2 belayar sampai ke hujung dunia
takut nnt jatuh

kalau da setel nnt boleh la declare kat Sohai
bumi tu bulat ke flat
berdasarkan pengalaman pelayaran di laut lepas

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Gegar2 perut akak gelak baca komen sorang2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 05:39 PM | Show all posts
ok la tu jaga anaknya

dari  mak main game kt cc, smpai anak kebuluran

mgkin dia aja homeschool kt kapal

bkn cm SS tu , takut berlayar, takut jatuh kt hujung dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 10:21 AM | Show all posts
Ini sebaiknya. Beli aset. Sewakan dan mengembara seluruh dunia.

Bukannya berjalan dan tiba2 minta derma Fund Me Travel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.659953 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list