CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 1

[Dunia] Rangka dugong bertaring berusia 20 juta tahun ditemui di Panama.

[Copy link]
Post time 19-3-2019 06:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-3-2019 02:51 PM

Rangka dugong bertaring ditemui di Panama
16 Mac 2019 3:00 AM

]GAMBAR menunjukkan rangka fosil spesies dugong purba yang dinamakan Culebratherium alemani.










BANDAR PANAMA - Sepasukan penyelidik telah menemui fosil spesies dugong purba yang bertaring panjang berusia 20 juta tahun di Lembah Culebra, Terusan Panama, lapor Journal of Vertebrate Paleontology baru-baru ini.


Ahli paleontologi Jabatan Kajian Mamalia di Muzium Sejarah Semula Jadi Daerah Los Angeles, Dr. Jorge Velez-Juarbe yang membuat penemuan tersebut menjelaskan bahawa mamalia dinamakan Culebratherium alemani itu hanya memakan rumput laut dan merupakan nenek moyang dugong moden.



“Kami menemui rangka kepala, tulang belakang, tulang rusuk dan lain-lain tulang haiwan purba sepanjang 4.6 meter itu tetapi dugong itu belum dewasa dan masih membesar, taringnya juga baru keluar,” kata Velez-Juarbe.
“Penemuan ini membuktikan terdapat banyak rumput laut di rantau itu sekitar 20 juta tahun lalu. Spesies dugong purba ini memang pakar dalam mengorek rumput dari dasar laut,” tambahnya.

Mamalia berleher tebal dan muncung menghala ke bawah itu adalah satu daripada 30 spesies dugong purba yang hidup berjuta-juta tahun lalu.
Dugong moden atau nama saintifiknya Dugong dugon mempunyai pertalian genetik dengan tiga spesies menati tetapi dipisahkan di bawah pengelasan berbeza.
Dugong dugon juga satu-satunya spesies dugong moden yang masih hidup sementara satu lagi spesies dikenali sebagai lembu laut Steller atau Hydrodamalis gigas telah diburu sehingga pupus dalam tempoh 27 tahun selepas ditemui pelayar Eropah pada tahun 1741. – Agensi



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 08:30 AM | Show all posts
teringat kuih dugong kat kantin sekolah dulu
sedapnyeeee
xjumpa da kt tpt len.huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.218811 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list