18 Mac 2019, 3:52 petang(Dikemaskini18 Mac 2019, 4:39 petang)
AA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan tidak menggunakan sistem pendidikan moden ditutup.
Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah itu ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
"Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jais dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah pada masa ini terdapat 15,000 pelajar di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan Jais.
Isu berkaitan tahfiz terutama yang tidak berdaftar adalah dari segi tahap keselamatan premis yang digunakan, selain soal kokurikulum dan pembelajaran.
Tahun lalu Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi tempoh sehingga 31 Disember untuk pusat tahfiz tak berdaftar di Kuala Lumpur untuk berbuat demikian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Pada Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata kerajaan akan menubuhkanMajlis Tahfiz Negarapada suku pertama tahun ini untuk menambah baik institusi tahfiz.
Author|Post time 19-3-2019 09:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dinopower2 replied at 19-3-2019 08:46 AM
alahai... klau bab hina lebai baru la berani kluar gua... sadis sgt hidup ko
Hina ke ni? Suruh tutup pusat tak berdaftar kira hina lobai? Kau nak cakap sultan Selangor tgah hina lobai ke? Alahai cetek nya pemikiran kau. Org suruh tutup demi keselamatan, kau rasa terhina kehulu kehilir. Sbb tu lobai xberkembang. Kahkahkah
kalau jenis penipu ni bukan kira sapa
rasnya pernah terkena
eh..tak silap pegi urut kaki kt booth di Giant shah alam..lama dulu, org tu suh beli produk dia ni..aku pun main beli je..ada muka lelaki penipu ni. memang muka penipu betul dia ni..cer tengok betul2.