|
Agensi
CHRISTCHURCH: Penyerang masjid Christchurch, Brenton Tarrant gagal menemui pintu utama masjid, secara tidak langsung menyebabkan lebih ramai jemaah terselamat dalam serangan kedua dilaksanakannya, Jumaat lalu.
Portal berita stuff.co.nz memetik saksi, Mohammed Akheel Uddin berkata, dia melihat suspek menghampiri masjid dari arah bertentangan pintu utama ketika kira-kira 100 jemaah baru memulakan solat Jumaat.
Kerana gagal masuk ke premis itu, suspek melepaskan tembakan di luar bangunan dan ke arah tingkap.
“Saya berhenti solat dan menyuruh jemaah tunduk serta berlindung di ruang solat wanita yang lebih selamat kerana boleh dikunci dari dalam.
“Semua orang panik, tetapi ketika dia berada di pintu utama kami semua sudah menyorok. Mujur dia gagal menemui pintu utama jika tidak pasti lebih ramai yang maut,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi polis dan turut meminta anggota keselamatan melindungi masjid berhampiran, tanpa menyedari satu lagi serangan dilaksanakan sebelum itu di Masjid Al Noor dengan jumlah kematian jauh lebih tinggi.
Suspek, Brenton Harrison Tarrant, 28, sudah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 9:17 PM |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|