Selepas PH mengambil alih, hutang kerajaan naik RM54.2 bilion pada tahun 2018 menjadi RM741.1 bilion.
Ini kadar kenaikan yang jauh lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Bila ditambah dengan bon Samurai RM7.3 bilion, maka hutang negara menjadi RM768.8 bilion pada hari ini - iaitu RM81.96 bilion lebih tinggi berbanding akhir tahun 2017.
Ini belum ambil kira dividen RM1.5 bilion yang Khazanah terpaksa bayar walaupun rugi untuk tahun lepas atau aset-aset negara yang sudah dan terus dijual.
Antara 4 sebab mengapa kerajaan PH kekurangan hasil adalah:
1. Hasil SST jatuh berbanding hasil GST.
2. Ekonomi yang telah lembab selepas PH menang menyebabkan hasil kerajaan dari cukai, duti dan dividen dari GLC jatuh.
3. Unjuruan harga minyak dunia pada US$72 ditetapkan dalam Bajet 2019 oleh Menteri Kewayangan tidak tercapai. Harga minyak dunia tidak pernah sampai tahap ini selepas Bajet diumumkan. Ini menyebabkan bajet sudah lari dan hasil yang diunjurkan kurang.
4. Duit sudah diguna entah mana oleh PH walaupun banyak projek rakyat telah dihentikan dan bantuan rakyat telah diturunkan atau dimansuhkan.
Selepas perbahasan saya di Dewan Rakyat, saya tengok beberapa portal media PH naikkan cerita saya pejam mata di Mahkamah sebagai Berita Utama mereka.
Saya pun tak faham kenapa berita saya pejam mata atau ke bilik air untuk 5 minit itu lebih penting dari cerita hutang kerajaan yang telah naik dengan dashyat selepas PH mengambil alih.
Mungkin cerita-cerita seperti ini adalah untuk mengalih perhatian dari apa yang saya telah sampaikan di Dewan Rakyat hari ini?
RM163.96 bilion bukan jumlah yang kecil. Tak mustahak ke?
Walaubagaimanapun, angka-angka yang saya dedahkan di sini adalah sangat sukar untuk disangkal oleh PH kerana ianya berdasarkan laporan dan data rasmi dari kerajaan PH sendiri.
Oleh itu, saya jangka Menteri-menteri PH akan terus membisu supaya rakyat tidak tahu tentang isu hutang ini.