CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4386|Reply: 7

[Falsafah] jenis2 pemikiran dalam sebuah rompakan

[Copy link]
Post time 19-3-2019 10:02 AM | Show all posts |Read mode


APA YG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI?


Dalam satu rompakan, perompak menjerit.
"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"
Semua orang meniarap dengan ketenangan.

[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"

[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah,
seorang perompak yg lebih muda (Degree)
memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6)
"Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."

Perompak senior itu menolak dan berkata
"Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira.
Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!"

[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank,
pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera.
Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank
"Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank".

[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah
"Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."

[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya,
berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak.
Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat,
tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata
"Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta.
Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta.
Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"

[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan.

[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 02:54 PM | Show all posts
Teringat pernah baca ini...

Banduan Penjara Kongsi Tips Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri

OlehKay Suhaimi

Kalau setiap kali buka dan baca suratkhabar, pasti sahaja ada berita rompakan dan pecah rumah terpapar di dada akhbar. Jenayah seperti ini memang tak dapat nak dielakkan, sama ada disebabkan oleh kecuaian sendiri, atau kelicikan penjenayah.
Pernahkah anda terfikir, adakah sistem keselamatan yang anda pasang di rumah anda betul-betul berkesan dan boleh mengelakkan kediaman anda daripada dipecah masuk?



Dalam satu penyiasatan, pihak KGW News telah menghantar surat kepada 86 orang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan pecah rumah di Oregon Department of Corrections. Banduan-banduan tersebut telah diarahkan untuk menjawab 17 soalan berkenaan bagaimana mereka memecah masuk rumah, bila jenayah itu berlaku dan apa yang mereka mahukan ketika melakukan jenayah tersebut.

Berikut merupakan ringkasan jawapan yang mereka terima:


1. Bagaimana biasanya anda memecah masuk ke sebuah rumah atau apartment?Kebanyakkan daripada mereka memecah masuk melalui pintu atau tingkap yang tidak dikunci. Sesetengah masuk dengan cara memecahkan pintu.
"Saya biasanya akan pecahkan pintu, daripada pecahkan tingkap kaca. Bunyi yang kuat itu lebih selamat daripada bunyi kaca pecah, dan juga ada risiko terluka akibat pecahan kaca," kata seorang banduan.

2. Setelah berjaya memecah masuk, apakah benda pertama yang anda cari?Barang kemas, barang elektronik seperti telefon bimbit, kad kredit adalah barang-barang tumpuan pencuri. Mereka juga sukakan himpunan koleksi dan juga pistol.
"Ada stiker NRA (National Rifle Association) di bumper kereta tuan rumah, sudah pastinya banyak senjata api untuk dirompak," jawab seorang daripada mereka.


3. Ke manakah anda mencari barang-barang berharga yang tersembunyi?
Kebanyakkan pencuri mula mencari barang berharga di bilik tidur utama, kemudian bergerak ke seluruh bahagian rumah.
"Di semua tempat! Daripada dapur hingga ke peti sejuk, ke tangki ikan dan tangki tandas, rak buku dan malah dalam kotak bijiran sarapan pagi," kata seorang banduan.

4. Bilakah masa yang paling anda suka untuk memecah masuk?
Pencuri lebih suka masuk awal pagi atau petang.
"Di antara pukul 12.30 tengahari dan 2.30 petang. Sesiapa yang balik rumah untuk makan tengahari sudah pasti tiada lagi di rumah dan kanak-kanak pula biasanya masih di sekolah," kata pencuri

5. Adalah penggera keselamatan atau papan tanda sekuriti yang diletakkan di depan rumah menghalang niat anda?
Mereka mempunyai beberapa pandangan. Ada yang mengatakan ia tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lain pula mengatakan mereka tahu cara untuk mematikan sistem keselamatan dan mengelakkan daripada dikesan oleh sistem keselamatan.




6. Adakah binatang peliharaan yang ada di rumah, seperti anjing, membuatkan anda berfikir dua kali untuk memecah masuk?
Jika tuan rumah mempunyai anjing yang besar dan bising, biasanya pencuri tidak akan berani memecah masuk. Namun, mereka tidak mengendahkan jika terdapat anjing kecil.
"Bagi saya, anjing boleh menggagalkan usaha untuk pecah rumah," kata seorang banduan. "Anjing dari baka yang besar, anjing penjaga rumah,  adalah yang terbaik untuk mencegah daripada kes pecah rumah,".

7. Adakah biasanya anda akan mengetuk pintu utama sebelum memecah masuk?Ya, semua banduan memberikan jawapan yang sama, iaitu mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memecah masuk.


8. Jika ada yang menjawab, apakah yang anda akan balas?
  • "Berpura-pura seperti saya sesat atau mencari kawan saya,"
  • "Saya akan bertanyakan kepada tuan rumah seolah-olah mereka ada mengiklankan sesuatu,"
  • "Berkata yang saya tersalah rumah, minta maaf dan terima kasih,"
  • "Bertanyakan kepada mereka jika mereka ada ternampak anjing saya, dan beredar,"
  • "Kadang-kadang saya akan memakai pakaian yang kemas dan mencetak soal selidik daripada internet dan tanya mereka jika mereka mempunyai sedikit masa untuk menjawab soalan,"
9. Jika sistem keselamatan rumah berbunyi, apa yang akan anda lakukan?
Kebanyakkan pencuri menjawab mereka akan meninggalkan rumah tersebut secepat yang mungkin.
"Saya akan cuba untuk matikan sistem keselamatan tersebut, atau terus cabut lari,"



10. Jika ada kamera litar tertutup, adakah ia menghalang anda daripada memecah masuk?Biasanya, pencuri-pencuri ini bersetuju bahawa kamera sekuriti merupakan satu penghalang terbesar. Tetapi ada juga yang mengatakan yang ia merupakan petanda bahawa terdapat barang berharga di dalam rumah.



11. Adakah lampu yang bernyala di dalam rumah membuatkan anda risau?Terdapat pelbagai respon jika berlaku situasi ini. Ada yang mengatakan ia menjadi penghalang. Tetapi seorang banduan mengatakan kombinasi lampu dan langsir yang tertutup lebih menarik bagi mereka.
"Saya akan memandu melalui kawasan orang kaya dan mencari banyak benda, seperti lampu yang terpasang dengan langsir yang tertutup rapat,"

12. Jika anda terdengar radio atau TV di dalam rumah, adakah anda masih akan memecah masuk?
Kebanyakan dari mereka menjawab mereka takut mungkin ada sesiapa di rumah jika radio atau TV terpasang. Mereka tak akan memecah masuk.
"Sudah tentunya tidak," jawab seorang banduan.



13. Ada perbezaan atau tidak jika terdapat kenderaan di jalan masuk atau tempat parking?Sebagai pemilik rumah, ini adalah langkah berjaga-jaga yang terbaik untuk diambil. Hampir kesemua pencuri ini menjawab mereka akan ragu-ragu untuk memecah masuk jika ada kenderaan rumah.
"Selalunya ia merupakan petanda yang pasti bahawa ada seseorang di rumah,"

14. Apakah sasaran menarik untuk memecah masuk rumah?
Pencuri tidak mahu dikesan. Mereka mencari rumah yang mempunyai pagar yang tinggi dan pokok yang besar atau semak-samun.
  • "Rumah yang jauh daripada rumah-rumah lain, blind spots, bingkai tingkap yang lama, pintu kayu yang murah,"
  • "Pokok besar, semak/belukar, pokok yang renek di sekeliling rumah, atau kawasan yang sunyi,"
  • "Rumah yang cantik dan mempunyai kereta mahal = Tuan rumah yang kaya,"

15. Adakah anda membuat pemantauan terlebih dahulu terhadap sasaran anda?
Respon bercampur-campur yang diberikan mereka. Ada yang memantau terlebih dahulu, ada yang tidak.


16. Jika anda memantau terlebih dahulu, apa yang anda akan buat?
Pencuri yang memantau terlebih dahulu, setuju yang mereka akan cari peluang terbaik untuk pecah masuk.
  • "Saya akan selidik siapa yang tinggal di rumah itu, apa jadual harian mereka, kenderaan apa yang dipandu, ada anjing atau tidak, serta jika ada kunci yang disembunyikan diluar rumah,"
  • "Pukul berapa rumah akan kosong dan untuk berapa lama,"

17. Apakah yang boleh dilakukan oleh tuan rumah untuk mengelakkan rumah daripada dipecah masuk?
Pencuri-pencuri ini mencadangkan agar pemilik rumah supaya membuatkan rumah mereka boleh dilihat dengan jelas dengan pencahayaan yang baik dan memotong semak samun serta pokok. Anda juga perlu saling kenal dengan jiran tetangga dan menelefon polis jika ternampak sesuatu yang mencurigakan.


  • "Pada pandangan saya, tuan rumah perlu membiarkan radio atau TV terpasang," kata seorang banduan.
  • "Pasang kamera dan letakkan di kawasan yang boleh dilihat oleh pencuri,"
  • "Letakkan palang pada tingkap dan pintu, pasang penggera keselamatan, letakkan kereta yang tak digunakan di haluan masuk, pasang lampu, TV dan radio jika meninggalkan rumah.
  • "Penggera rumah, kenali jiran-jiran anda, jadi mereka boleh melaporkan jika terdapat orang yang mencurigakan di kawasan rumah,"

Nasihat banduan-banduan ini kepada orang ramai
Ramai daripada banduan-banduan tersebut telah insaf. Mereka tidak mahu pemilik rumah menjadi mangsa.


  • "Terima kasih kerana memberi peluang untuk kami membantu dan memberikan nasihat yang boleh membantu orang ramai," kata sorang banduan.
  • "Saya takkan boleh kembalikan rasa selamat yang telah saya rosakkan kepada mangsa saya tapi saya boleh bantu elakkan orang lain daripada hilang rasa selamat mereka,"

@KILL_NANCY @hibernation @fixit @NamaKuMawar @chesfa @mdhelmi@kuihbakar @sitisenyum @chempaka.ayu @noor2 @ipes2  @MeghanK   @fahdramli  @friedfishsoup @wima @tari  @sapeka @cikkittydiva @bianglala @chesfa [url=home.php?mod=space&uid=2225621]@Rumpshaker @Beautifulliar.[/url] @shinichi@nurhumayra @sfhzuraz @babydoll @sfhzuraz @ciksurie @nerdy69 @spankee_fili @Fantagiro79 @SirihPinang @farlis @rantaikendoq @kerisnaga @carly_lah dan terbuka untuk sesiapa sahaja



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pasang timer pd lampu2 di bahagian tertentu dlam rumah. Lampu akan menyala dan padam setiap hari pd waktu-waktu tertentu.. Dpn pagar rumah, sy letak lampu highlight yg menyala scr automatik apabila mengesan pergerakan manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
nice info

bagusss

boleh guna next time segala tips yg diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 10:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:12 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 20-3-2019 12:20 PM

apsal susah payah perompak. zaman skrg rompak secara halus. scam la parasit menggigit la yg tak boleh didakwa spt kawen org kaya mau pencen nak mati wang semua pindah. kawen anak tunggal kaya. hack accaount bank.
jgn tunjuk kaya jika berjiran si miskin. duduk rumah ada securiti guard. kunci rumah sentiasa termasuk rumah kampung2 pintu terdedah tingkap terbuka takde grill. rumah bertanah, rumah jauh2 jiran, rumah berhampiran jalan utama orgramai lalu lalang berpotensi kena rompak. perompak memerhati apa kamu pakai apa kamu beli.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2019 09:37 AM | Show all posts
Paling senang merompak budak2 office, tolong belikan makanan tak pulangkan baki
Ada kat office macam tu. Ada lagi beli barang lazada COD suruh kawan amikkan dia kata tak ada duit suruh bayar dulu. sampai ke sudah ko x bayar nyahhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 03:13 PM | Show all posts
Rompak duit laki sendiri..Pagi2 anak nak g sekolah, buka dompet laki, bg duit kt anak..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.208899 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list