CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 635|Reply: 6

[Tempatan] Guru jalan kaki 12km pujuk murid ke sekolah

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:06 AM | Show all posts |Read mode
PENAMPANG: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan, sebuah sekolah terpencil di pedalaman daerah ini, mengambil inisiatif melawat ke rumah sambil memujuk seorang murid Tahun Empat kembali belajar, walaupun terpaksa berjalan sejauh 12 kilometer (km) untuk berbuat demikian.

Guru Besar SK Buayan, Matius Kusop, berkata tiga guru terbabit mengambil masa tiga jam berjalan kaki pada minggu lalu, untuk melawat murid berkenaan yang tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu.

Katanya, ini cubaan kedua diambil mereka untuk memujuk murid lelaki itu supaya kembali ke sekolah.

“Sebelum ini dalam lawatan pertama, guru kami juga pergi ke rumahnya di Kampung Pongobonon, tetapi mereka hanya dapat berjumpa dengan ibu bapa murid itu saja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Matius berkata, kanak-kanak itu mendakwa tidak pergi ke sekolah kerana belum pulih daripada sakit kaki, namun pihak sekolah dimaklumkan bapanya bahawa dia sudah pulih tetapi mereka tidak dapat memujuknya untuk kembali ke sekolah.



“Abang kepada murid itu berhenti sekolah ketika berada dalam Tahun Enam yang mana difahami pada masa lalu, murid terpaksa berjalan jauh setiap hari.

“Tetapi sekarang, sekolah ini sudah menyediakan asrama dan guru menjaganya (termasuk menyediakan makanan percuma).

“Bagaimanapun, dua adik mereka bersedia datang ke sekolah,” katanya sambil menambah murid berusia 10 tahun itu memberi alasan tidak lagi minat belajar.

Matius berkata, dalam lawatan itu, ibu bapa dan guru juga tidak berjaya memujuk murid itu untuk kembali ke sekolah, malah dia menarik baju ibunya sehingga koyak ketika guru cuba memujuknya.

“Kita tidak akan berputus asa untuk membawanya ke sekolah,” katanya.

Terletak di kawasan Banjaran Crocker, SK Buayan, sekolah Kategori 3 itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Selama tiga tahun berturut-turut, sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus lulus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:13 AM | Show all posts
payah jugak nak pujuk anak gi sekolah.
cikgu plak kene tracking 3 jam dtg rumah.

tetiba teringat kat cikgu chazey
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:17 AM | Show all posts
bagus cikgu2 mcm ni.. dedikasi sungguh.. klu cikgu2 camni mintak naik gj or more allowance pun ak x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:21 AM | Show all posts
kagum dengan kegigihan guru2 yang komited dengan tugas mereka bagi memastikan anak bangsa mereka punya pendidikan dan berjaya dalam hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:23 AM | Show all posts
Syabas atas usaha mereka itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:39 AM | Show all posts
rase menyesal pulak tak ambik offer cikgu dulu.. huhuhu.. pernah ckp kat mama.. if i dapat i tak nak ajar bandar i nak ajar kampung2 kesian mereka. Mama okey ker.. terus mama ckp tak yah ambik lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 11:43 AM | Show all posts
tak bole ke sesiapa yg mampu sediakan lori pikap buat transport pegi skolah. alamak..jalan tu mcm berbukit2 dan berliku2..agak mustahil utk lori pikap kalau motor tu ok. alah benda ni bole setel lah..cuma takde sapa nak amik pot seriusli. semua pentingkan isi perut sendiri lagi2 muka2 politik sabahan tuh..mcm lalang asal perut diorg kenyang..nasib rakyat bukan diorg peduli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065622 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list