CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3855|Reply: 15

Ini Antara Senarai Sempadan Negara Di Seluruh Dunia Paling Unik Untuk Anda Ketah

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Setiap negara di dunia ini mempunyai wilayahnya sendiri. Untuk mengekalkan kedaulatannya, setiap negara bersetuju menetapkan batas sempadan.

Apabila memikirkan sempadan negara, pasti anda akan terbayangkan sesuatu yang terpencil, dikawal ketat dan kadang-kadang tidak boleh dilihat bukan?

Namun, tahukah anda masih ada sempadan negara yang unik dan menarik untuk diketahui.




1. Mexico dan Amerika Syarikat






Kredit Foto: Google





Sempadan yang paling kerap dilintasi di dunia. Sempadan kedua-dua negara ini kelihatan begitu ketara. Di sebelah kanan adalah Tijuana, Baja California, memiliki pembangunan yang membangun, manakala di sebelah kiri adalah San Diego, California, merupakan loji rawatan kumbahan yang dibina untuk membersihkan sungai Tijuana.





Kredit Foto: Google







2. Hungary, Slovakia dan Austria






Kredit Foto: Google





Batas tiga negara ini adalah unik kerana ada meja segi tiga dan kerusinya yang memisahkan tiga negara. Sisi pertama meja dimiliki Hungary, sisi kedua meja dimiliki Slovakia dan sisi ketiga dimiliki Austria.





3. Norway dan Sweden





Kredit Foto: Google






Norway dan Sweden merupakan salah satu sempadan yang agak unik. Kedua-dua negara ini memiliki sempadan negara dengan garisan putih di tengah jambatan yang membahagikan kedua-dua kawasan di negara ini.




Kredit Foto:Google






Apa yang lebih menarik, terdapat sempadan dengan hanya memotong laluan pokok. Kebiasaannya digunakan warga Sweden yang menaiki kereta salji (laluan terhad dengan jarak kira-kira 1000 batu sahaja). Namun, sebaliknya di Norway, kereta salji dilarang sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa kerana dikhuatiri akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan alam sekitar.




4. Belgium dan Belanda





Kredit Foto:Google




Terdapat sebuah bandar di benua Eropah yang dipanggil bandar Baarle yang mempunyai nama berbeza. Di Belanda, bandar ini sering dipanggil bandar Baarle-Nassau. Di wilayah Belgium, bandar ini dipanggil Baarle-Hertog.





Kredit Foto:Google





Batasan antara Belanda dan Belgium tidak hanya dipisahkan dengan garisan, tetapi sempadan ini mempunyai wilayah eksklaf (exclave) . Wilayah exclave adalah wilayah negara yang berada di wilayah negara lain.






Kredit foto:






5. Korea Utara dan Korea Selatan





Kredit Foto:Google




Negara yang memutuskan untuk mengadakan perdamaian sejak April 2018 ini bersempadan secara langsung di dataran. Korea Selatan dan Korea Utara dipisahkan oleh zon selamat yang dipanggil DMZ (zon demiliterisasi).




Kredit foto: cbsnews




Perbezaan kedua-dua negara ini sangat ketara. Salah satu yang dapat dilihat adalah lampu pada waktu malam di Korea Utara yang hampir bergelap di malam hari berbanding di Korea Selatan.




6. Poland dan Ukraine





Kredit foto:zmescience




Kedua-dua negara ini berada di Benua Eropah Timur.
Ukiran tanaman ladang berbentuk dua ekor ikan yang dihasilkan oleh Yaroslav Koziaroy ini adalah sebagai simbolik kepada keselamatan dan usahasama antara dua negara.

                                                                                                

   

                                                                                          7. China dan Nepal



                              
  

Kredit foto:World Atlas



Titik tetinggi bumi ini sebenarnya adalah sempadan antarabangsa antara China dan Nepal yang mana ia berada betul-betul di puncak Gunung Everast, tepat - tidak kurang dari 8,848 meter.


8. Sepanyol dan Portugal



Menaiki flying fox dari Sepanyol ke Portugal adalah sesuatu yang baru jika ingin melepasi sempadan. Hal ini demikian, kedua-dua negara berkenaan mempunyai sempadan kurang dari setengah batu panjangnya. Apa yang lebih menarik, perbezaan zon waktu kedua-dua negara ini adalah satu jam.





9. Jerman-Belanda





Kredit Foto:Google




Sempadan negara di dalam bangunan. Itulah keunikan sempadan bagi kedua-dua negara ini. Bahkan di sisi bangunan ini terdapat peti Mel dan polis Jerman, manakala di satu sisi lagi adalah Belanda.





10. Haiti - Republik Dominica



Kredit foto: Google




Bahagian kiri gambar adalah wilayah negara Haiti, manakala bahagian kanan imej adalah wilayah negara Republik Dominika. Kedua-dua negara kecil ini terletak di pulau yang sama di Caribbean, Amerika Tengah.



Keunikan kedua-dua sempadan ini adalah perbezaan hutannya yang mana Haiti (kiri) mempunyai asas tersendiri mengenai penebangan manakala Republik Dominika (kanan) pula sebaliknya.





11. Argentina,Paraguay dan Brazil



Kredit foto: Google




Sempadan ketiga-tiga negara ini hanyalah dipisahkan oleh Sungai Parana dan Iguazu.


12. Malaysia - Indonesia



Kredit foto: Google





Dulu, terdapat sebuah filem berjudul "Tanah Syurga...katanya" yang menunjukkan perbezaan kedua-dua negara ini walaupun hanya bersebelahan. Namun kini, Indonesia juga semakin hari sudah pun kian memaju.





Kredit foto: Google







Kredit foto: Brilio





Selain itu, terdapat juga rumah dua negara yang betul-betul berada di kedua-dua negara.







Kredit Foto : Google





13. Malaysia - Thailand





Kredit foto: Google




Seperti di Malaysia-Indonesia, Malaysia-Thailand juga mempunyai perbezaan waktu yang mana Malaysia adalah satu jam lebih cepat dari negara sempadannya. Salah satu sempadan Malaysia-Thailand yang begitu sibuk adalah sempadan Bukit Kayu Hitam yang mana menjadi laluan utama dari Malaysia untuk ke Danok dan seterusnya ke Hat Yai.  






Kredit foto: Google





Keberadaan kedua-dua sempadan negara ini adalah bersebelahan sahaja.





Selain itu, terdapat banyak lagi sempadan negara yang dikatakan unik dan menarik. Pada pendapat anda, sempadan manakah yang begitu unik dan menarik di mata anda? Atau anda ada pilihan lain? - CARI




Sumber: https://www.brilio.net/serius/foto-6-perbatasan-indonesia-dulu-dan-sekarang-berubah-drastis-170330z.html#,https://www.finansialku.com/daerah-perbatasan-terunik-di-luar-negeri/,https://www.zmescience.com/other/great-pics/ready-14-mind-blowing-international-borders-around-world/#4_Norway_8211_Sweden, https://www.youtube.com/watch?v=Yao40O4YhWQ, https://blog.misteraladin.com/7-perbatasan-antar-negara-paling-unik-di-dunia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:40 AM | Show all posts
Selalu yang tinggal di garis sempadan seperti itu akan ada dua kerakyatan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
So yang tinggal sempadan dekat (tak kena rentas sungai etc.) mcm tu kena pakai passport tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:59 AM | Show all posts
Malaysia Indonesia tu di Serikin ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:13 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 19-3-2019 11:59 AM
Malaysia Indonesia tu di Serikin ke TT?

yang iolss tau pulau sebatik,tawau. lecturer iolss citer ada rumah tu ruang tamu malaysia, dapur indonesia (tak tau la kalau dia memain je kan )kalau kat serikin tu tak tau la keadaan dia macam mana



Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:57 PM | Show all posts
nazzse replied at 19-3-2019 03:52 AM
So yang tinggal sempadan dekat (tak kena rentas sungai etc.) mcm tu kena pakai passport tak?

kalau kat kelantan tu orang luar dari tempat tu kadang2 bawak je passport utk berjaga2

kalau orang situ memang tiap hari keluar masuk x yah pakai passport

naik bot je gi sana-sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 01:34 PM | Show all posts
info yang menarik, tapi sudah pernah baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 19-3-2019 04:57 AM
kalau kat kelantan tu orang luar dari tempat tu kadang2 bawak je passport utk berjaga2

kalau or ...

Tahu, org dekat2 situ,ya pakai pas sempadan..yg tak pakai pape tu naik bot haram d pangkalan haram. If ikut pangkalan feri/bot imi, kena cop pasport ya.
I tanya negara2 yg bersempadan tanah mcm dkt jerman-belanda, belgium-belanda tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 03:38 PM | Show all posts
good info....ni yg terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 11:42 PM | Show all posts
informative
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 09:10 AM | Show all posts
TT,apsal sempadan negara luar photo sedap mata memandang
tapi sempadan malaysia mcm kurengggg
btw good info TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 02:21 AM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 05:36 PM | Show all posts
tq bagi info ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg bagus...bestnya kalau dpt pergi yg belanda tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 04:05 PM | Show all posts
menarikkkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik info ni, sangat suka. Thanks tt for sharing such great info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.068044 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list