CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 0

[Tempatan] cuaca yang terlalu panas -Kes tangkapan ular meningkat

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:17 AM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI: Kes tangkapan ular di sekitar daerah Kuala Muda meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (Pertahanan Awam), Azahar Ahmad, berkata jumlah kes pada Januari dan Februari tahun lepas ialah sebanyak 174 kes, meningkat 34 kes pada tahun ini kepada 208 kes.

“Kita dapati antara faktor peningkatan kes membabitkan tangkapan ular ini ialah keadaan cuaca yang terlalu panas, selain faktor sampingan seperti habitat mereka diganggu, diceroboh atau dimusnahkan.

“Kes-kes yang diterima pula kebanyakannya membabitkan ular sawa batik serta ular berbisa seperti tedung selar,” katanya, ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Azahar turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada pada setiap masa selain memastikan kawasan rumah bersih daripada sampah yang boleh menjadi ‘rumah’ kepada reptilia terbabit.

“Berhati-hati semasa hendak memakai kasut serta semasa menggunakan tandas kerana dibimbangi reptilia terbabit berada di situ untuk menyejukkan badan atau berteduh.

“Sentiasa pastikan tingkap, pintu rumah atau lubang pada pintu bertutup bagi mengelakkan ular menyusur masuk ke dalam rumah, serta periksa bahagian enjin kereta yang merupakan tempat ular sering menumpang teduh,” katanya. – BERNAMA

















Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.434809 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list